Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Artikel ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Dialek ;

 
Peribahasa Melayu

Peribahasa

Biawak kudung masuk kampung.

Takrif

Orang jahat yang dikenal ramai.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Jari kudung dimasukkan cincin.

Takrif

Berbuat sesuatu tidak pada tempatnya.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Bagai si kudung pergi berbelut.

Takrif

Pekerjaan yang sia-sia. (Peribahasa lain yang sama makna: Bagai si buta pergi bergajah). berbelut = menangkap belut.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Bagai si kudung beroleh cincin.

Takrif

Beroleh keuntungan tetapi tidak dapat merasainya.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Seperti lipas kudung.

Takrif

Selalu bergerak dengan cepat; selalu sibuk bekerja.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Tangan bagai lipas kudung.

Takrif

Gerak tangan yang cepat.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Seperti si buta berbini cantik, si kudung beroleh cincin, si bisu bercakap dan si tuli mendengar.

Takrif

Beroleh keuntungan tetapi tidak dapat merasainya.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Lutung (lotong) kekah kumput jarinya; kembung sengal kentut jadinya.

Takrif

Kesudahan bagi orang yang mencari kehidupan itu ialah kesenangan. kumput = rompang, kudung; kekah = kerkah, menggigit, memakan.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
1
Tesaurus
 
kudung (adjektif)
1. Bersinonim dengan kontot: kotong, kontong, kompong, rompong, kompot, kuntum, pendek, puntung, buntung, abtar,

2. Bersinonim dengan terpenggal: terkerat, terpotong,

3. Bersinonim dengan togel: ponggok, pokeng, tidak berekor,

Kata Terbitan : sekudung, mengudungkan,