Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Artikel ; Karyawan ; Puisi ; Khidmat Nasihat ; Dialek ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Ensiklopedia
Tajuk Sinopsis Bidang Klasifikasi
PIRETRUM

Piretrum ialah nama bagi sekumpulan bunga

yang berasal dari barat daya Asia, yang

menghasilkan serbuk serangga dan ubat. Kuntum

bunga piretrum tumbuh satu-satu atau bergugus

pada batang yang tegak yang tumbuh setinggi 30

sentimeter atau lebih. Ia kelihatan seperti bunga

daisi dengan rujinya berwarna samar, putih,

merah lembayung, atau lilac. Ia mekar pada

musim bunga atau awal musim panas dan

ditanam sebagai bunga taman atau bunga untuk

dipotong.

UMUM
AGERATUM

Ageratum ialah pokok taman yang popular,

tumbuh rendah dan semusim yang popular.

Bunganya berwarna biru pucat, putih, atau samar.

Ia berbunga sepanjang musim panas. Setiap

kuntum bunga mempunyai banyak bunga kecil

berbentuk tiub yang tumbuh rapat-rapat. Pokok

ageratum boleh ditanam daripada biji pada

mulanya di dalam rumah pada awal musim bunga,

atau ditanam di luar rumah kemudiannya.

UMUM
PIS GURUN STURT

Pis gurun Sturt ialah tumbuhan luar biasa

yang meliputi kawasan yang luas di bahagian

kontang di Australia pada musim yang baik.

Tumbuhan merayap ini cepat tumbuh,

mempunyai kuntum besar bunga pis berwarna

merah tua yang lehernya berwarna gelap. Setiap

bunga panjangnya 7.5 hingga 10 sentimeter,

dengan satu kelopak yang besar di belakang, dua

kelopak kecil di sisi, dan dua kelopak yang

panjang bercantum di tengahnya. Bunga yang

kembang diikuti dengan lenggai yang sempit,

keras, berwarna perang, setiap satunya

mengandungi banyak biji keras.

UMUM
KEKWA

Kekwa adalah mana-mana satu daripada

sekumpulan herba renek berbau kuat yang

tumbuh di banyak kawasan beriklim sederhana.

Pekebun menanamnya untuk bunganya yang

cantik dan banyak, yang biasanya kembang pada

musim luruh. Namanya Chrysanthemum dalam

bahasa Inggeris, berasal daripada dua perkataan

Yunani yang bermakna bunga keemasan. Banyak

bunga satu-satu membentuk setiap kuntum.

Bunga selebar 20 sentimeter boleh dihasilkan

dengan membuang tunasnya dengan cermat.

Kebanyakan kuntum tumbuh bergugus. Bunganya

berbeza-beza warnanya daripada putih atau

kuning hingga kepada samar atau merah.

UMUM
SOW THISTLE

Sow thistle ialah nama bagi sekumpulan rumpai

yang tumbuh liar di Eropah. Sow thistle

tahunan tumbuh dari 60 sentimeter hingga 90

sentimeter tingginya dan mempunyai batang

bercabang. Ia mengandungi jus seperti

susu, dan kuntum bunganya mempunyai

gugusan bunga kecil bak dandelian berwarna

kuning pucat. Sow thistle saka mempunyai bunga berwarna kuning pekat.

UMUM
KELADI LEMBAYUNG

Keladi lembayung atau keladi bunting ialah

tumbuhan yang tumbuh terutamanya di kawasan

tropika di dunia. Ia terapung di tasik, sungai, dan

paya dan tumbuh setinggi kira-kira 60 sentimeter

tingginya di atas air. Ia mempunyai sebanyak 38

kuntum bunga ungu yang berkelompok di

sekeliling bahagian atas batangnya.

UMUM
SEDUM

Sedum ialah genus (kumpulan) bagi kira-kira 600

spesies tumbuhan hiasan dan tahan lasak.

Kebanyakan sedum berasal dari Zon Sederhana

Utara. Ia adalah tumbuhan sukulen, atau

tumbuhan yang menyimpan air dalam daunnya

yang tebal, berisi (lihat Sukulen ). Bunganya

berbentuk bintang, berwarna kuning, samar, dan

putih, yang biasanya tumbuh kuntum bunga yang

leper. Sesetengah sedum mempunyai batang

yang rendah, menjalar. Daunnya sering tumbuh

bergugus berhampiran dengan tanah. Ia sering

digunakan untuk menutupi batu-batan dan tanah

gondol. Yang lain mempunyai batang yang tinggi

dan digunakan sebagai tumbuhan tepi. Ia juga

kadangkala dikenali sebagai stoneerop.

Pengelasan saintifik. Sedum tergolong dalam

famili orpain, Crassulaceae. Ia dikelaskan dalam genus

Sedum.

UMUM
KROKUS

Krokus ialah tumbuhan berbunga bak herba yang

tumbuh di selatan Eropah dan Asia dan ditanam

di banyak kawasan di dunia. Ia tumbuh daripada

batang tebal bak bebawang yang disebut umbisi.

Daunnya seperti daun rumput yang besar. Bunga

krokus tumbuh pada aras tanah. Setiap kuntum

terdiri daripada enam segmen, dan mempunyai

tiga stamen dan satu pistil. Sesetengah krokus

berbunga awal musim bunga, dan ada pula yang

mekar pada musim gugur.

UMUM
SNEEZEWORT

Sneezewort ialah tumbuhan saka yang tahan

lasak yang tumbuh di ladang lembap dan di

sepanjang jalan di Eropah, Asia, dan Amerika

Utara. Ia dinamakan sneezewort kerana baunya

yang kuat menyebabkan sesetengah orang bersin.

Tumbuhan ini tumbuh dari 30 sentimeter hingga

60 sentimeter tingginya. Keseluruhan tumbuhan ini

berwarna kekelabuan dan mempunyai daun yang

panjang, runcing berwarna hijau tua. Bunganya

berwarna putih susu dalam kuntum satu-satu. Ia

mempunyai jambak bunga kecil berwarna putih.

Pengelasan saintifik. Sneezewort tergolong dalam

famili komposit, Compositae (Asteraceae). Ia adalah

Achillea ptarmica.

UMUM
1
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kuntum

Puisi
 

Dari Gersik ke Surabaya,
     Singgah memetik kuntum delima;
Sungguh malang nasib saya,
     Sudah berputik balik berbunga.



Lihat selanjutnya...