Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Artikel ; Karyawan ; Ensiklopedia ; Universiti Awam ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; Novel ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Khidmat Nasihat
Soalan Jawapan Jenis Soalan Tarikh Soalan
apa maksud sastera rejang, fakta, huraian dan contohUntuk makluman saudara, sastera rejang tergolong dalam genre puisi Melayu Tradisional. Ia dizahirkan sama ada dalam bentuk syair atau pun pantun. Persoalannya lebih kepada lambang-lambang yang mewakili tiap-tiap hari dalam sebulan.Lambang-lambang ini dipercayai mempunyai pengaruh kepada nasib atau raksi pada hari-hari yang berkenaan. Contohnya Rejang Tujuh hari, Rejang Sindir Ilmu, Rejang Si Padi Emping dan sebaginya. Untuk mengetahui lebih lanjut topik tersebut saudara dicadangkan supaya merujuk buku Puisi Melayu Tradisional: Satu Pembicaraan Genre dan Fungsi oleh Dr. Harun Mat Piah yang diterbitkan oleh DBP pada tahun1989. Buku tersebut boleh dirujuk di Pusat Dokumentasi Melayu, DBP. Pegawai yang boleh dihubungi ialah Pn. Kamariah Abu Samah( 03- 21481037) atau Pn. fatimah Zahrin( 03-21481044).Lain-lain24.07.2010
boleh pihak DBP berikan infrmasi tentang prosa tradisional Rejang.Melalui laman web ini, saya tidak memperoeh sebarang informasi mengenainya walhal prosa itu merupakan prosa tradisional.Saya nak tau tentang ciri-ciri, latar belakangnya dan apa-apa yang boleh melengkapkan tugasan saya secepat mungkin.saya berminat untuk mengkaji jenis sastera ini kerana saya hanya mendapat informasi bahawa ia adalah sejenis pantun. Kenapa tidak didedahkan?????Rejang ialah istilah astrologi, iaitu nama satu siri lambang-lambang yang mewakili tia-tiap hari dalam sebulan. Lambang-lambang ini dipercayai mempunyai pengaruh kepada nasib atau raksi pada hari-hari yang berkenaan. Dalam erti kata lain, rejang ini ialah satu ramalan tentang nasib manusia sama seperti bintang dua belas (zodiak) yang kita kenali hari ini. Untuk menjelaskan tentang nasib atau ramalan seseorang , masyarakat Melayu dahulu telah menulis rejang dalam susunan puisi Melayu. Antara bentuk puisi Melayu lama yang digunakan untuk menulis rejang ialah syair dan pantun. Contoh rejang yang telah ditemui ialah "Syair Rejang"  dan "Pantun Rejang". Untuk mendapatkan contoh-contoh rejang, saudari yang budiman bolehlah merujuk buku "Puisi Melayu Tradisional: Satu Pembicaraan Genre dan Fungsi" oleh Harun Mat Piah, terbitan DBP, tahun 1989. Untuk merujuk buku ini saudari boleh datang ke Pusat Dokumentasi Melayu, Menara DBP, Kuala Lumpur. Budi Bahasa Budaya Kita.Lain-lain15.01.2008
Peranan dan fungsi bahasa melayu sebagai bahasa kebangsaanFungsi utama sebagai alat/lambang perpaduan negara, menjadi lambang identiti negara, wahana penyatuan warganegara Malaysia, wahana komunikasi umum (lisan dan tulisan) dalam situasi rasmi. untuk maklumat lanjut saudara boleh merujuk buku Susur Galur Bahasa Melayu (Asmah Omar)Lain-lain02.10.2006
Manakah perkataan yang sesuai digunakan untuk sekolah, lencana, logo atau lambang ? Adakah istilah ini berubah mengikut situasi? Contoh - lencana sekolah pada baju, tapi lambang/ logo sekolah pada kepala surat. Secara umum mana satu? TerimakasihMenurut Kamus Pelajar, lencana ialah tanda yang dibuat daripada logam atau kain (mempunyai reka bentuk tertentu) untuk menunjukkan keanggotaan sesuatu persatuan atau murid sesebuah sekolah.

Lambang pula ialah tanda (lukisan, lencana dan lain-lain) yang digunakan untuk memperkenalkan atau untuk menyatakan sesuatu simbol atau isyarat. Contoh, Warna putih lambang kesucian.

Manakala logo pula ialah lambang khas sesuatu badan, pertubuhan dan sebagainya, yang tersirat dengan maksud tertentu.

Contohnya gambar daun lontar merupakan lambang Dewan Bahasa dan Pustaka yang digunakan pada kepala surat, lencana, logo, program rasmi DBP dan lain-lain. Begitu juga lambang sekolah digunakan pada lencana pelajar, kepala surat, program rasmi sekolah dan pelbagai lagi.
Tatabahasa30.05.2013
saya memerlukan senarai unsur-unsur bahasa basahan dan kajian yang telah dilakukan. harap pihak dbp dapat memberi cadangan dan membantu masalah saya. terima kasih

Bahasa basahan tergolong ke dalam jenis neka bahasa rendah. Ciri-ciri bahasa rendah tidak mematuhi semua peraturan tatabahasa, sebutan, dan penggunaan kata. Ia menggunakan sistem sapaan dan ganti nama yang menunjukkan kemesraan, pertalian keluarga dan kebiasaan dalam kelompok masyarakat tertentu. Ia banyak menggunakan sebutan tidak baku seperti sebutan dialek dan basahan, kosa kata dialek, kata-kata ringkas dan lambang-lambang tulisan yang tidak ada dalam sistem ejaan rasmi, dll. Lazimnya kebiasaan ini adalah peribadi sifatnya, dan tidak dimengerti oleh semua orang. Ada kalanya, kita tidak dapat memahami maksud yang ada pada penutur atau penulisnya. Neka bahasa rendah ini adalah untuk ahli kelompok masyarakat yang dikenali dengan mesra, rapat dan biasa saja. Neka ini tidak boleh digunakan dalam konteks rasmi.

Saudara digalakkan mengunjungi perpustakaan atau mana-mana pusat sumber untuk mendapatkan  maklumat lebih lanjut. Terima kasih.

Lain-lain05.02.2009
apa maksud logo secara detail dan kegunaan logo secara umum?

Saudara Ermacharlie,

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat makna logo ialah lambang khas sesuatu pertubuhan yg tersirat dgn maksud tertentu.  Secara umum logo digunakan sebagai lambang pengenalan sesuatu organisasi atau agensi.  

Makna05.08.2009
Assalamualaikum. Buat pengetahuan saudara, saya sedang mengkaji unsur perlambangan "masa" dalam sajak. Saya ingin bertanya mengenai perbezaan antara perlambangan dengan simbolisme dalam sajak. Soalan kedua saya ialah maksud lambang "petang" dalam sajak. Terima kasih atas daya usaha membantu.

Waalaikumusalam wbk. Perlambangan dan simbolisme dalam sajak sebenarnya tiada yang berbeza. Perkataan lambang adalah kata dasar dalam bahasa Melayu sementara symbol adalah kata dasar dalam bahasa Inggeris.  

Lambang "petang" dalam sajak bermaksud waktu antara pukul 12:01 tengah hari (petang) hingga pukul 7:00 petang. Petang dalam konteks ini bermaksud cuaca redup atau matahati tenggelam. Perlambangan (metafora) "petang" boleh juga bermaksud usia senja atau umur yang lewat/tua.

Bagi mendapatkan maklumat lengkap dan jelas, sdr. dicadangkan membeli atau membuat rujukan pada buku Panduan Menulis Sajak karya Rahman Shaari (terbitan DBP) dan Kamus Puisi (Siri Kamus Istilah MABBIM) terbitan DBP, 2005. 

Sekian, terima kasih dan wassalam. 

Lain-lain21.07.2009
apakah persamaan antara bahasa dengan bunyi salakan anjing, miawan kucing dan kicauan burung? apakah perbezaan asas antaranya?Persamaan :kedua-duanya merupakan sistem lambang bunyi suara yg dipakai sbg alat perhubungan dlm lingkungan satu kelompok sama ada manusia atau binatang.Perbezaan : Kedua-dua kelompok memahami sistem lambang bunyi suara masing-masing sahaja.Lain-lain14.01.2004
(1) Bibir gadis itu merah. (2) Baju merah itu mahal. (3) Merah lambang keberanian. (4) Warna merah warna kegemaran adik. Perkataan "merah" dalam ayat (1) hingga (4) di atas mengandungi pelbagai fungsi dalam ayat. Apakah fungsi kata "merah" dalam keempat-empat ayat itu dan berikan sebabnya.(1) Bibir gadis itu merah.
(2) Baju merah itu mahal.
(3) Merah lambang keberanian.
 (4) Warna merah warna kegemaran adik.

Dalam ayat 1, 2 dan 3, merah berfungsi sebagai warna yang dapat dilihat secara fizikal. Manakala bagi ayat 3, merah menunjukkan konotasi dengan warna merah yang terang dan mempunyai maksud tersembunyi iaitu berani.
Tatabahasa25.10.2012
state emblemlambang negeriIstilah15.06.2011
Tesaurus
 
lambang (kata nama)
Bersinonim dengan simbol, tanda, ideograf, logo, monogram, piktograf;,
Kata Terbitan : melambangkan,