Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Artikel ; Ensiklopedia ; Buku ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ;

 
Khidmat Nasihat
Soalan Jawapan Jenis Soalan Tarikh Soalan
Saya ingin mengetahui istilah CCTV dalam bahasa Melayu dikenali sebagai kamera litar tertutup atau kemera litar bertutup. terima kasih

Encik Nazri,

Padanan bahasa Melayu yang betul ialah kamera litar tertutup.

Istilah16.01.2010
Apakah itu, 1. Aruhan 2.Induktif1. aruhan ialah - sifat sesuatu litar elektrik yang beroleh daya gerak elektrik akibat perubahan arus dlm litar yang sama atau dalam litar lain yang berdekatan. 2. induktif ialah berkaitan dengan atau menggunakan induksi.Tatabahasa04.10.2007
Di pagar masuk ke syarikat saya ada diletakkan kenyataan sebegini "Spansion (Kuala Lumpur) Sdn Bhd, Mengilang Litar Bersepadu". Soalan saya adalah, adakah betul penggunaan ayat Mengilang Litar Bersepadu itu?

Kenyataan tersebut sepatutnya ditulis begini: Kilang Litar Bersepadu Spansion (Kuala Lumpur) Sdn. Bhd.

Tatabahasa25.11.2008
Tuan / Puan Saya sedang menyiapkan abstrak untuk tesis peringkat PhD di dalam bidang kejuruteraan. 1.Bolehkah saya menggunakan istilah nirsentuh sebagai terjemahan kepada istilah BI : contactless? 2. Bolehkah saya menggunakan istilah Sistem Pintar Terkamil sebagai terjemahan kepada istilah BI : Integrated Intelligent System? Saya mengambil istilah terkamil = integrated dengan merujuk kepada istilah Integrated Circuit = Litar Terkamil yang biasa digunakan di dalam Bidang Kejuruteraan Elektrik. panduan dan pedoman dari pihak tuan/puan amat saya hargai dan saya dahulukan dengan ucapan terima kasih. -hanif-1. Padanan contact less dalam bahasa Melayu ialah tanpa sentuh.
2. Integrated boleh diterjemahkan kepada kamir dan sepadu. Istilah kamir bagi padanan integrated digunakan dalam bidang kejuruteraan, manakala frasa integrated intelligent system lazimnya digunakan dalam bidang pentadbiran. Kami cadangkan frasa tersebut diterjemahkan kepada sistem cerdas sepadu. Pintar lazimnya digunakan sebagai terjemahan kata smart.
Istilah05.07.2012
Boleh terangkan dengan jelas perbezaan istilah output dan outcome dan jika boleh kaitkan dengan contoh dalam bidang pendidikan ? Terima kasih...

Encik Abdul Razak,

Makna output ialah  hasil pengeluaran, keluaran: pd masa ini pengeluaran semikonduktor terdiri drpd 80% jumlah ~ industri; 2. (Komp) hasil pemprosesan data oleh komputer; 3. (Fiz) isyarat yg diperoleh drpd litar elektronik; ~ data data yg boleh dikeluarkan oleh sesuatu peranti komputer; ~ grafik hasil janaan komputer dlm bentuk cetakan atau plot grafik; manakala makna outcome ialah hasil: whether he gets the job depends on the ~ of the exams, sama ada dia mendapat kerja itu atau tdk, bergantung pd keputusan peperiksaan tersebut; we must wait on the ~ of the talks, kita mesti menunggu hasil perundingan itu.

Perkataan outcome boleh juga bermaksud akibat.  Oleh yang demikian, dalam konteks pendidikan  sekadar contoh, boleh membawa maksud  keluaran atau produk  yang bagaimana yang ingin dihasilkan oleh sistem pendidikan kita dan akibatnya apabila sesuatu sistem atau peraturan dilaksanakan.    

Makna23.03.2010
1
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata litar