Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Perkhidmatan ; Artikel ; Puisi ; Ensiklopedia ; Peribahasa ; Universiti Awam ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; Novel ; Dialek ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Khidmat Nasihat
Soalan Jawapan Jenis Soalan Tarikh Soalan
makanan di sini mahal belaka. tuan, adakah mahal-mahal belaka atau mahal belaka betul? tqAyat yang betul ialah: Makanan di sini mahal-mahal belaka.Tatabahasa19.09.2011
Penggandaan kta nama dan kata adjektif boleh digunakan bersama? Ayat-ayat di bawah mana sesuai diguna 1. barang-barang yang dijual di kedai itu mahal-mahal belaka 2. Barangan yang dijual di kedai itu mahal-mahal belaka 3. Barang yang dijual di kedai itu mahal-mahal belaka 4. Barang-barang yang dijual di kedai itu mahal belakaJawapan yang paling tepat ialah "Barang yang dijual di kedai itu mahal-mahal belaka", kata nama (barang) tidak perlu dijamakkan kerana ada pernyataan yang telah menunjukkan jamak (belaka).Tatabahasa01.09.2009
Dalam ayat ini, "Baju-baju yang dijual di kedai itu mahal-mahal belaka." sudah salah. Ayat yang manakah betul? 1. Baju yang dijual di kedai itu mahal-mahal belaka. 2. Baju-baju yang dijual di kedai itu mahal belaka.

Ayat 1 dan 2 betul. Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 239.

Tatabahasa27.06.2010
adakah ayat di bawah betu? barang yang dijual di kedai itu sungguh cantik tetapi harganya mahal-mahal belakaAyat tersebut betul.Tatabahasa29.07.2013
maksud perkataan mahal na mahal kitak dari bahasa fillipina untuk diterjemahkan ke bahasa melayuKhidmat Nasihat Bahasa tidak menyediakan perkhidmatan penterjemahan daripada bahasa Filipina ke bahasa Melayu, sila rujuk kamus yang berkaitan.Penyemakan dan penterjemahan12.08.2009
Yang mana betul? (1) "Barang ini cuma beberapa puluh sen lebih mahal daripada barang itu." (2) Barang ini cuma lebih mahal beberapa puluh sen daripada barang itu.Ayat yang betul ialah "Barang ini cuma beberapa puluh sen lebih mahal daripada barang itu".Tatabahasa28.09.2014
Cara menggunakan kata penguat.Terdapat tiga jenis kata penguat: A. kata penguat hadapan, iaitu yang terletak di hadapan frasa atau kata adjektif. Contoh: terlalu, paling, agak, cukup; contoh ayat: pokok itu terlalu tinggi; masakannya paling enak;pemandangan di tasik itu cukup indah; harga emas makin mahal; jawapannya kurang tepat;B. Kata penguat belakang, iaitu kata yang letaknya di belakang kata adjektif. Contohnya: sekali, benar, betul dan nian. Contoh ayat: kelakuannya baik sekali; lambat benar dia datang; indah nian istana bunian; keputusan peperiksaannya buruk betul; C. Kata penguat bebas, iaitu letaknya boleh di hadapan atau di belakang kata adjektif. Contoh: amat, sangat, dan sungguh. Contoh ayat: Pakaiannya amat kemas=kemas amat pakaiannya; harganya sangat mahal=mahal sangat harganya; sungguh sedih kisahnya= kisahnya sungguh sedih.Tatabahasa29.08.2006
Barang-barang yang dijual di kedai itu berharga( tinggi / mahal)Kedua-dua perkataan, iaitu tinggi dan mahal adalah betul dan boleh digunakan.Lain-lain19.04.2011
1)Antara buku,pensil dengan pembaris,buku itu yang paling mahal harganya. 2)Beg itu terletak di antara pembaris,pensil dengan buku. Bolehkah tolong saya betulkan ayat-ayat tersebut?Ayat yang betul ialah:
1. Antara buku, pensel dan pembaris, buku itu yang paling mahal harganya.
2. Beg itu terletak di antara pembaris, pensel dan buku.
Tatabahasa08.06.2012
(1) Bibir gadis itu merah. (2) Baju merah itu mahal. (3) Merah lambang keberanian. (4) Warna merah warna kegemaran adik. Perkataan "merah" dalam ayat (1) hingga (4) di atas mengandungi pelbagai fungsi dalam ayat. Apakah fungsi kata "merah" dalam keempat-empat ayat itu dan berikan sebabnya.(1) Bibir gadis itu merah.
(2) Baju merah itu mahal.
(3) Merah lambang keberanian.
 (4) Warna merah warna kegemaran adik.

Dalam ayat 1, 2 dan 3, merah berfungsi sebagai warna yang dapat dilihat secara fizikal. Manakala bagi ayat 3, merah menunjukkan konotasi dengan warna merah yang terang dan mempunyai maksud tersembunyi iaitu berani.
Tatabahasa25.10.2012
Tesaurus
 
mahal (adjektif)
Bersinonim dengan tinggi, melambung, menjulang, meningkat, naik;,
Kata Terbitan : memahalkan, kemahalan,

Puisi
 

Bukanlah mahal harga perabot,
     Tidak ternilai tinggi harganya;
Harta orang jangan direbut,
     Kalau direbut buruk padahnya.



Lihat selanjutnya...
Peribahasa
554

There's no accounting for tastes

Dalam kehidupan ini, setiap insan berbeza cara, kesukaan, perangai, tabiat dan sebagainya. Inilah hakikat yang harus kita terima dan fahami meskipun aneh.

Lain mangkuk lain cawan.

I don’’t understand why he would rather spend so much money on expensive furniture for his broken-down house. Well I guess, there’’s no accounting for tastes.

Saya tidak faham kenapa dia sanggup berbelanja besar dengan membeli perabut yang mahal-mahal untuk rumahnya yang retak seribu itu. Gamaknya inilah yang dikatakan lain mangkuk lain cawan.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu



Lihat selanjutnya...