| Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
| apakah maksud perkataan rempit yang terkini? adakah maksud-maksud rempit seperti yang dinyatakan pada http://rempitunited.my/info/definisi-rempit.html kesemuanya berdasarkan kamus dewan? terima kasih. | Dalam pangkalan data kami, rempit dilabelkan sebagai dialek Perak yang bermaksud menyebat dengan rotan dan lain-lain. Walau bagaimanpun tidak ada maklumat yang berkaitan dengan definisi lain yang diberikan oleh laman web tersebut. | Istilah | 02.05.2012 |
| Bolehkah anda terangkan maksud maksud pantun-pantun berikut? Petang hari pergi ke pekan, Pulang membawa sebungkus laksa; Hidup muhibah perlu diamalkan, Di negara Malaysia berbilang bangsa. Cantik bergugus buah papaya, Masak dipetik satu per satu; Walaupun berlainan bangsa budaya, Kerana muhibah hidup bersatu. Air mengalir dalam terusan, Mengairi sawah beratus relung; Bekerjasama segala urusan, Tanda bersatu bergotong-royong. Tuan Puteri dari kayangan, Senyuman manis seperti madu; Bermacam keturunan bukan halangan, Untuk membina bangsa yang padu. Enak nian air kelapa, Penawar sakit mujarab sekali; Kebudayaan asal tidak dilupa, Kebudayaan nasional mereka banggai. | Untuk makluman saudara, kelima-lima rangkap pantun yang diajukan secara umumnya membawa persoalan tentang semangat muhibah yang perlu diamalkan oleh rakyat Malaysia. Muhibah yang bermaksud hubungan mesra pelbagai kaum dapat diwujudkan dengan perbagai cara, antaranya melalui aktiviti bergotong-royong, bersukan dan menghadiri perayaan-perayaan kaum di Malaysia. Semangat setia kawan , persefahaman dan kerjasama akan terbentuk melalui aktiviti tersebut dan secara tidak langsung perpaduan kaum juga akan dapat dicapai. Disamping itu, kita sebagai rakyat Malaysia hendaklah saling hormati menghormati pelbagai budaya dari pelbagai kaum yang ada di negara ini disamping merasa bangga dengan kebudayaan nasional. Walau bagaimanapun memupuk perpaduan di kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum ini adalah penting untuk pembangunan negara. Sekian. | Lain-lain | 13.12.2010 |
| Dalam ayat yang berikut, "Bapa menghadiahi Ali sebuah basikal baru.", guru anak saya mengatakan bahawa penggunaan perkataan "baru" dalam ayat di atas adalah salah dan harus digantikan dengan perkataan "baharu" kerana "baru" hanya bermaksud "just" dan "baharu" bermakna "new". Guru tersebut turut mengatakan bahawa maksud-maksud "baru" I dari no.1 hingga no.4 pada halaman 131 dalam Kamus Dewan Edisi Keempat adalah salah dan tidak boleh diterima lagi dalam mata pelajaran BM dan ini adalah merupakan perkembangan terkini dalam mata pelajaran BM. Adakah ini benar? | Perkataan baru sama dengan baharu dan boleh digunakan pada bila-bila masa. Namun demikian, perkataan baru lebih sesuai digunakan bagi terjemahan just seperti baru sebentar tadi, tetapi tidak salah jika kita menggunakan frasa kereta baharu atau kererta baru kerana terjemahan new menerima kedua-dua bentuk baharu dan baru. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=baharu. | Tatabahasa | 08.03.2012 |
| apa maksud negeri, apa maksud wilayah persekutuan? adakah wilayah persekutuan dikira sebagai sebuah negeri dan berapa bilangan negeri di malaysia? | Salam sejahtera, Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat negeri bermaksud daerah tempat tinggal (kampung, negara, dll). Selain itu negeri juga beerti daerah yang di bawah perintah seorang sultan atau gabenor. Untuk mengetahui maksud yang lebih jelas mengenai perkataan 'negeri' sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat halaman 1075. Manakala maksud wilayah persekutuan pula ialah wilayah yang ditadbir secara langsung oleh kerajaan Persekutuan Malaysia dan ditadbir di bawah perundangan Kementerian Wilayah Persekutuan. Tidak seperti negeri-negeri lain bagi Malaysia, Wilayah Persekutuan tidak diperintah oleh kerajaan negeri, sebaliknya terletak di bawah pentadbiran Persekutuan dan diperintah oleh Yang di-Pertuan Agong. Terdapat tiga bahagian dalam Wilayah Persekutuan, iaitu Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya. Daripada ketiga-tiga bahagian ini, Kuala Lumpur merupakan ibu kota Persekutuan, Labuan merupakan Pusat Perniagaan dan Kewangan Antarabangsa (IBFC) manakala Putrajaya merupakan pusat pentadbiran Persekutuan. Malaysia terdiri daripada 13 buah negeri dan tiga Wilayah Persekutuan. Jadi Wiayah Persekutuan tidak dikira sebagai sebuah 'negeri' | Lain-lain | 01.12.2012 |
| Saya ingin bertanya apakah maksud perkataan di bawah.. cth: jogi berhaman bujangga apakah maksud haman? cth: Ikhlas akan tumbuh dan meruncup, menghilangkan perasaan ujub. apakah maksud meruncup? cth: Ada di sisi gunung itu kandang baginda, ... diukir pelbagai warna, dan nakas, dan selimpat. apakah maksud nakas? Ketiga-tiga perkataan tidak wujud sama ada dalam Kamus Dewan Edisi Ke-4 juga kamus-kamus Melayu lain. Oleh itu saya ingin memastikan adakah perkataan ini wujud dan apakah maksudnya. Terima Kasih. | Jawapan untuk soalan ini memerlukan penelitian yang lebih mendalam dan pihak DBP memerlukan sedikit waktu lagi untuk menjawabnya. | Istilah | 25.10.2010 |
| maksud buku biografi | Buku biografi ialah buku mengenai riwayat atau kisah hidup seseorang. | Tatabahasa | 12.03.2013 |
| maksud wacana? | Wacana ialah unit bahasa yang melebihi batas ayat yang boleh terdiri daripada ayat, sejumlah ayat, ceraian,dialog,bab,buku,siri buku dan sebagainya yang memperlihatkan hubungan dan perkembangan fikiran yang berurutan dan lengkap. | Tatabahasa | 12.03.2013 |
| maksud selingan? | sesuatu yg menyelingi (menyelang, menyela), sesuatu yg mengantarai. | Makna | 08.03.2013 |
| maksud perkataan INSENTIF dan GANJARAN | Insentif bermaksud sesuatu (yang berupa kebendaan atau tidak) yang diberikan atau ditawarkan sebagai dorongan atau galakan, manakala ganjaran bermaksud hadiah untuk perbuatan baik dan balasan bagi perbuatan jahat. | Makna | 26.09.2012 |
| Maksud 'total manning' | Tidak ada istilah khusus untuk 'total manning'.Istilah bahasa melayu untuk 'manning' ialah keanggotaan.Dalam Kamus Inggeris Melayu Dewan, manning diterjemahkan sebagai pekerja, kumpulan dan anak kapal.manning juga bermaksud menjaga.Oleh itu, mungkin terjemahannya ialah jumlah keanggotaan, jumlah pekerja dan sebagainya, bergantung pada konteks penggunaan. | Istilah | 01.04.2011 |
|
| Tesaurus |
|---|
| | | maksud (kata nama) | 1. Bersinonim dengan tujuan: hajat, hasrat, niat, motif, matlamat, objektif, keinginan, kemahuan, kehendak, murad,
kasad, anju, hujung,
2. Bersinonim dengan makna: erti, maksud, pengertian, takrif, definisi, denotasi, konotasi, tafsiran, takbir,
takwil,
| | Kata Terbitan : bermaksud, memaksudkan, |
|
| Puisi |
|---|
|
Apa guna pelita minyak, Sumbu kain berjurai-jurai; Apalah guna harta yang banyak, Kalau teringin maksud tak sampai.
Lihat selanjutnya... |
| Peribahasa |
|---|
| 622 Union is strength Maksud atau kejayaan boleh dicapai jika manusia bekerjasama dan tidak bertindak sendirian. Tali yang tiga lembar itu, tak suang-suang putus. We like chicken but the decision taken by the suppliers to raise its price again was not to our liking. As we believed that union is strength, we made a concerted efford to boycott their produce, hoping that the price would go down. Our efforts were not in vain. Within just a few days, the price did go down. Kami suka makan ayam, tetapi kami tidak suka tindakan pembekal ayam menaikkan lagi harga bahan makanan. Kami percaya bahawa tali yang tiga lembar itu, tak suang-suang putus. Usaha kami itu ternyata berhasil. Dalam tempoh beberapa hari sahaja, harga ayam telah turun semula. Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
Lihat selanjutnya... |
|