Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Peribahasa ; Pengesahan Bahasa ; Novel ;

 
Khidmat Nasihat
Soalan Jawapan Jenis Soalan Tarikh Soalan
bagaimana hendak mengetahui maksud sesuatu perkataan yang ditanyaUntuk mengetahui maksud atau makna perkataan dalam bahasa Melayu ,sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat. Bagi maksud perkataan dalam bahasa Inggeris sila rujuk Kamus Inggeris Melayu Dewan. Lain-lain22.04.2008
Sila semak ayat di bawah, yang mana satu betul: 1) Banyak murid berada di dalam perpustakaan. 2) Ramai murid berada di dalam perpustakaan. mengenai mencari maksud sesuatu perkataan. saya menaip "banyak" di ruangan carian, tetapi "banyak" tidak ditunjukkan di ruangan "kata" dan sebaliknya ia berada di dalam ruangan "takrif" maka, saya tidak dapat tahu apakah sebenarnya maksud "banyak". sila maklum.Kedua-dua ayat tersebut betul. Ramai murid merujuk suasana murid yang ramai di sesuatu tempat manakala banyak murid merujuk bilangan murid yang terdapat di tempat berkenaan. Banyak boleh digunakan untuk manusia dan bukan manusia, namun ramai digunakan untuk manusia.Tatabahasa03.02.2012
maksud "Berleter" dalam kontek yang tepat.Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat ialah bercakap-cakap dgn tidak berhenti-henti (biasanya apabila memarahi atau menegur kesalahan seseorang), mengomel. Untuk mengetahui maksud sesuatu perkataan, sila rujuk Kamus Dewan. Harap maklum.Makna31.07.2008
apakah maksut perkataan bertanggung jawab, berhati mulia, berperibadi mulia dan persahabatan?Maksud tanggungjawab ialah kewajiban yg dipikul oleh seseorang, segala yg wajib ditanggung. Untuk mengetahui maksud sesuatu perkataan, sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat. Harap maklum.Makna05.08.2008
MAKSUD PERKATAAN "FORENSIKBerkenaan pengetahuan perubatan yg diperlukan dlm pengadilan (mis, utk menentukan punca sesuatu kematian). Untuk keterangan lanjut dan mengetahui makna sesuatu perkataan, sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat.Makna17.02.2009
Apa maksud memaut?Maksud memaut ialah memegang dan menarik ke diri sendiri, memegang kuat-kuat (dengan teguh), 2. melilit dengan teguh, mengikat, menyangkut. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat di bawah kata 'paut'. Untuk mengetahui maksud sesuatu perkataan, sila rujuk Kamus Dewan.Makna08.09.2008
salam. ingin mengetahui maksud perkataan MORAT-MARIT, COMOT-MOMOT,CORENG-MORENG, BEJANA, BASA-BASI dan perkataan berlawan MELABUHKANMorat-marit ialah tidak teratur. Comot-momot pula ialah sangat kotor, manakala coreng- moreng bermaksud penuh dengan coreng. Bejana bermakna bekas (air dll), balang, jambang. Basa-basi ialah adat istiadat, sopan santun. Untuk mengetahui maksud sesuatu perkataan, sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat. Harap maklum.Makna17.06.2008
apa maksud paradimaParadigma ialah 1. daftar atau kumpulan lengkap bentuk terbitan sesuatu perkataan; 2. contoh atau model yang jelas tentang sesuatu: kedudukan dunia media hari ini mempunyai empat trend utama yang diterima sebagai ~ yang universal; 3. lingkungan atau batasan pemikiran (seseorang atau sesuatu organisasi) pada sesuatu masa yang dipengaruhi oleh pengalaman, pengetahuan, kemahiran, dan kesedaran yang ada; anjakan ~ peralihan paradigma daripada satu ling­kungan atau batasan kepada sesuatu yang baru (biasanya kepada yang lebih baik).Makna27.08.2010
soalan 1) apakah maksud "bahasa"? 2) apakah maksud "badan"? 3) apakah maksud "seni"? 4) apakah maksud "berbahasa"? 5) apakah maksud "bahasa badan"? 6) apakah maksud "seni baerbahasa"? 7) apakah maksud "bahasa badan seni berbahasa"?

Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, antara maksud bahasa ialah sistem lambang bunyi suara yg dipakai sbg alat perhubungan dlm lingkungan satu kelompok manusia. Badan ialah tubuh, jasad (manusia). Untuk mengetahui makna sesuatu perkataan, sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat.

Makna13.01.2009
selamat petang.saya mahu tahu apa maksud perkataan seperti di bawah: 01.harmoni 02.etnik 03.kuasa 04.autoriti terima kasihMerujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, antara maksud harmoni ialah selaras dari segi muzik, 2. menunjukkan persesuaian atau persetujuan. Etnik ialah berkenaan bangsa manusia. kuasa bermakna daya atau kemampuan. Autoriti bermakna kuasa atau hak. Untuk keterangan lebih lanjut dan mengetahui maksud sesuatu perkataan bahasa Melayu, sila rujuk Kamus Dewan.Makna03.09.2008
Tesaurus
 
maksud (kata nama)
1. Bersinonim dengan tujuan: hajat, hasrat, niat, motif, matlamat, objektif, keinginan, kemahuan, kehendak, murad, kasad, anju, hujung,

2. Bersinonim dengan makna: erti, maksud, pengertian, takrif, definisi, denotasi, konotasi, tafsiran, takbir, takwil,

Kata Terbitan : bermaksud, memaksudkan,