[mem.bi.das] | ممبيدس
Definisi : 1. memantul (balik): setelah saya lepaskan, dahan itu ~; 2. menembus (pertahanan musuh dll): serangan itu diperhebat lagi supaya dapat ~ pertahanan musuh; 3. mengecam: menteri itu memberi jawaban sambil ~ pihak pembangkang; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[mem.bi.das] | ممبيدس
Definisi : 1 bergerak dgn cepat kerana digerakkan oleh benda-benda yg melenting; memantul balik: Apabila umpannya terusik, jerat itu akan ~. 2 bergerak maju; maju menyerang serta menembusi: Askar Mesir telah berjaya ~ barisan pertahanan Israel di Bar Lev. 3 mengeluarkan kata-kata yg pedas; mengecam: Menteri itu telah ~ orang-orang yg enggan belajar bahasa Melayu. 4 membalas serangan; menjawab (dgn keras); mengecam kembali: Surat itu bertujuan ~ pihak pentadbiran yg lemah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)