[miang] | مياڠ
Definisi : 1. bulu yg terdapat pd rebung (daun jelatang dll) dan menggatalkan; 2. = ~ gatal gatal yg merenyam (pd kulit); 3. = ~ gatal ki suka mengurat sehingga kadangkala membawa pd bersetubuh, biang, gasang; ~ jelatang a) miang kerana kena jelatang; b) ki suka memfitnah, penghasut; se ~ kalam kecil (sedikit) sekali; habis ~ kerana bergeser prb hilanglah ketakutan atau canggung kalau sudah biasa mengerjakan sesuatu pekerjaan; rebung tak ~, bemban pula ~ prb orang yg tidak campur tangan dlm sesuatu pekerjaan mendapat kesukaran sedangkan yg patut bersusah berdiam diri. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[miang] | مياڠ
Definisi : 1 bulu yg terdapat pd rebung (daun jelatang dll) dan menggatalkan kulit jika tersentuh. 2 berasa gatal pd kulit. 3 = ~ gatal suka atau ingin bersetubuh. ~ jelatang a. miang atau gatal kerana terkena jelatang. b. suka memfitnah atau menghasut. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)