Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Artikel ; Ensiklopedia ; Hasil Penyelidikan ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Khidmat Nasihat
Soalan Jawapan Jenis Soalan Tarikh Soalan
1.perbezaaan morfologi dan sintaksis?Morfologi merupakan kajian tentang pembentukan kata dlm sesuatu bahasa, termasuk infleksi, terbitan, dan pemajmukan. Morfologi juga merupakan bidang tatabahasa yang mengkaji morfem dan pembinaan perkataan dalam suatu bahasa. Untuk makluman saudara, sintaksis pula merupakan bidang linguistik yang mengkaji proses pembinaan ayat. Berdasarkan pengertian yang telah diberikan, diharap agar saudara dapat membuat perbezaan antara morfologi dan sintaksis. Bagi membantu, saudara juga boleh membuat rujukan pada bUku Tatabahasa Dewan Edisi Baharu terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka.Tatabahasa17.07.2007
Saya memerlukan serba sedikit maklumat mengenai Morfologi.Morfologi ialah i. Kajian tentang pembentukan kata dalam sesuatu bahasa, termasuk infleksi, terbitan dan pemajmukan. ii. cabang biologi yang berkaitan dengan bentuk dan sruktur organisma. iii. kajian tentang struktur dan bentuk sesuatu.Makna16.08.2006
maksud bagi morfologi,tatabahasa,bahasamorfologi ialah kajian tentang pembentukan kata dlm sesuatu bahasa, termasuk infleksi, terbitan, dan pemajmukan;tatabahasa ialah pengetahuan atau pelajaran tentang pembentukan perkataan dan proses pembinaan ayat (penyusunan kata dlm ayat) dll dan bahasa ialah 1. sistem lambang bunyi suara yg dipakai sbg alat perhubungan dlm lingkungan satu kelompok manusia (antara seorang individu dgn individu yg lain dsb): ~ Melayu; ~ Tagalog; 2. percakapan yg baik, tingkah laku yg baik, sopan santun;Makna27.07.2007
apakah maksud bagi Morfologi?Merujuk kepada Kamus Dewan, morfologi ditakrifkan sebagai kajian tentang pembentukan kata dlm sesuatu bahasa, termasuk infleksi, terbitan, dan pemajmukan.Morfologi juga dikaitkan dengan kajian tentang struktur dan bentuk sesuatu.Makna08.01.2008
Apakah morfologi dan sintaksis? Apakah contoh-contoh yang boleh menerangkan morfologi dan sintaksis? Bolehkah saya mendapatkan nota penuh mengenai kedua-dua tajuk tatabahasa bahasa melayu tersebut?

Puan Fatin Izzati,

Morfologi ialah bidang bahasa yang mengkaji perkataan dari segi struktur, bentuk dan penggolongan kata. Sintaksis ialah bidang ilmu bahasa yang mengkaji bentuk, struktur dan binaan ayat. Untuk mendapatkan nota penuh tentang perkara ini saudara perlu memilki buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga yang boleh dibeli di Kedai Buku Koperasi DBP, Menara DBP, KL atau di kedai wakil penjual buku DBP di tempat saudara.   

 

Tatabahasa09.01.2010
Maksud morfologiMenurut tatabahasa Dewan, Morfologi ialah bidang ilmu bahasa yang mengkaji struktur, bentuk dan penggolongan kata. Dengan struktur kata dimaksudkan susunan bentuk bunyi ujaran atau lambang (tulisan) yang menjadi unit bahasa yang bermakna. (Untuk mendapatkan nota lengkap berkaitan morfologi, bolehlah dirujuk buku Tatabahasa Dewan muka surat 43-55). Terima kasih.Makna25.10.2006
Sila nyatakan nota berkaitan morfologi.Menurut tatabahasa Dewan, Morfologi ialah bidang ilmu bahasa yang mengkaji struktur, bentuk dan penggolongan kata. Dengan struktur kata dimaksudkan susunan bentuk bunyi ujaran atau lambang (tulisan) yang menjadi unit bahasa yang bermakna. (Untuk mendapatkan nota lengkap berkaitan morfologi, bolehlah dirujuk buku Tatabahasa Dewan muka surat 43-55). Terima kasih.Tatabahasa19.08.2006
ciri-ciri bahasa klasik dari segi morfologi. terima kasihMenurut Buku Tatabahasa Dewan, morfologi ialah bidang ilmu bahasa yang mengkaji struktur, bentuk dan penggolongan kata. Dengan struktur kata dimaksudkan susunan bentuk bunyi ujaran atau lambang (tulisan) yang menjadi unit bahasa yang bermakna. Bagi membantu saudara mendapatkan maklumat berkaitan ciri-ciri bahasa klasik dari segi morfologi, saudara boleh membuat rujukan pada Buku Tatabahasa Dewan.Tatabahasa12.03.2007
maksud tatabahasa, morfologi

Sdr. boleh menggunakan enjin carian Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM). PRPM merupakan satu cara lain untuk membuat rujukan atau  mendapatkan makna kata, istilah, peribahasa dan sebagainya. Sila layari http://prpm.dbp.gov.my dan memasukkan maklumat yang ingin dicari dalam ruang yang disediakan dan klik "cari".

Lain-lain23.10.2010
bagaimanakah proses morfologi dalam penggolongan kata namaKata nama boleh dikelompokkan berdasarkan ciri-ciri makna perkataan kepada tiga kumpulan,iaitu kata nama khas,kata nam am dan kata ganti nama.  Proses yang terlibat dalam pembentukan kata ialah pengimbuhan, penggandaan dan pemajmukan. Sila rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga.Tatabahasa16.02.2008
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata morfologi