Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Karyawan ; Ensiklopedia ; Kerajaan Malaysia ; Novel ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Khidmat Nasihat
Soalan Jawapan Jenis Soalan Tarikh Soalan
Jamak bagi muka surat ialah muka-muka surat atau muka surat-muka surat? Kedua-duanya berbunyi janggal.Bagi kata majmuk yang dieja sebagai dua perkataan, bahagian awal kata sahaja yang digandakan, seperti muka-muka surat.Lain-lain31.12.2010
Selamat sejahtera. Yang mana satukah betul, terima kasih. 1. cari jawapan di / pada muka surat 2. muka surat lapan / kelapan 3. muka surat lima belas / kelima belasKata sendi nama yang betul ialah pada, ...pada muka surat lapan... dan ...pada muka surat 15....Tatabahasa08.01.2014
Dalam Kamus Dewan edisi ke-empat, perkataan "dominasi" boleh dicari dalam muka surat ke-berapa? Muka surat diperlukan untuk dimuatkan dalam nota kaki. Terima kasih.Muka surat 361Lain-lain23.10.2014
MANA SATU YANG BETUL? "MUKASURAT" ATAU PUN "MUKA SURAT". TERIMA KASIH ATAS KHIDMAT NASIHAT YANG DIBERIKAN.Jawapan yang betul ialah muka surat.Ejaan25.02.2010
Bagaimana untuk terjemah "end of page" yang perlu diletakkan di muka surat terakhir dokumen tender.Terjemahan yang dicadangkan ialah muka surat terakhir.Penyemakan dan penterjemahan24.09.2008
Assalamualaikum..merujuk kepada buku teks Bahasa Malaysia Tahun 4 terbitan DBP, pada muka surat surat 146, ada dinyatakan tentang kata ganda SEPARA berimbuhan berserta contoh: berlari-lari (awalan), sayur-sayuran (akhiran), bersalam-salaman (apitan) dan beberapa contoh yang lain. (Sila rujuk lampiran fail yang saya sertakan) Saya ingin mendapatkan kepastian sama ada kata ganda SEPARA berimbuhan benar-benar wujud dan adakah bentuknya seperti yang tercatat dalam buku teks tersebut? TERIMA KASIH.Merujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, penggandaan separa ialah proses yang menggandakan sebahagian kata dasar sahaja. Kata dasar boleh merupakan kata tunggal ataupun kata terbitan.

i. Penggandaan separa kata tunggal : laki menjadi lelaki, pohon menjadi pepohon.
ii. Penggandaan separa kata berimbuhan
   berlari = berlari-lari
   kenang= kenang-kenangan
   kuning = kekuning-kuningan

Sila rujuk halaman 77 untuk lebih lanjut.

Tatabahasa03.10.2014
saya ada membeli kamus dewan edisi ke 4 tahun 2007 tahun lepas. baru tadi saya membuat penyemakan dan didapati kekuangan muka surat serta kedudukan muka surat yang berulang-ulang. masalah bg saya mencari perkataan. apa yang perlu saya buat. adakah ianya boleh ditukar ganti

Untuk makluman sdr., urusan pemasaran, pengedaran dan percetakan buku terbitan DBP telah diswastakan kepada Syarikat Dawama Sdn. Bhd. sejak tahun 2002. Sila hubungi pihak Dawama, Puan Norida Jalaludin, Pengurus Kanan, Komunikasi Korporat di talian 03-41074233,  atau Unit Khidmat Pelanggan Dawama  di talian 03-41079037/ e-mel: support@dawama.com untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Lain-lain28.04.2009
Salam 1 Malaysia, Tatabahasa Dewan, Edisi ketiga, muka surat 102 menyatakan bahawa golongan kata untuk perkataan 'ini' dan 'itu' ialah kata ganti nama tunjuk. Walau bagaimanapun, dalam binaan frasa nama (muka surat 371-372), perkataan 'itu' dan 'ini' diketegorikan sebagai penerang bukan nama penentu belakang. Penerangan ini agak mengelirukan saya kerana saya menjadi kurang pasti untuk meletakkan perkataan 'itu' dan 'ini' sama ada dalam glongan kata nama ataupun bukan.Dalam tatabahasa sesuatu perkataan kadangkala mempunyai lebih daripada satu fungsi bergantung pada konteks ayat tersebut. Contohnya dalam ayat "Ini hasil nukilan penulis muda itu" kata "ini" berfungsi sebagai kata ganti nama tunjum, manakala dalam ayat "Orang itu yang balik awal", "itu" sebagai kata penentu yang hadir sesudah kata nama.Tatabahasa13.03.2013
1. Apakah perkataan yang sesuai untuk menggantikan perkataan muka surat dalam teks. Contohnya m/s atau m.s 2. Sila rujuk atau rujuki. Perkataan manakah yang tepat?

Puan Rosmieni,

 1. Muka surat boleh diganti dengan halaman

2. Sila rujuk

Tatabahasa01.12.2010
1.Dalam membangunkan negara atau dalam pembangunan negara?Manakah yang betul? 2.Kesalahan ejaan pada muka surat 131 Tatabahasa Dewan iaitu mendokong atau mendukung? 3.Kata majmuk yang mantap ada 15,mengapakah pada Tatabahasa Dewan(Edisi 2006)muka surat 132 ada hanya 14? 5.Meja itu terangkat oleh saya?Ayat itu betul atau salah? 6.Kekeliruan timbul antara ayat kerja transitif dengan ayat pasif songsang diri pertama iaitu pengamal bahasa berada dalam persimpangan sama ada menerima atau menolak kerana rata-rata mendukung ilmu kebahasaaan .Contoh: 1.Saya baca novel Badai Semalam(Ayat ini betul kerana merupakan ayat pasif sonsang diri pertama) Namun ayat ini dianggap tidak gramatis dalam konteks ayat kerja transitif ,sepatutnya menjadi 2.Saya membaca novel Badai Semalam(Ayat kerja tramsitif).Apa komentar tuan Munsyi?

1. Kedua-duanya betul.  2. Telah dibuat pembetulan kesalahanejaan tersebut dalam buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, hal 134 (mendukung)  3. Dalam buku Tatabahasa DewanEdisi Ketiga, terdapat 14 kata yang telah mantap, walau bagaimanapun terdapat bentuk mantap yang lain (dibincangkan dalam bab tentang kata kerja).  5. Ayat itu betul.  6. Kedua-dua bentuk ayat tersebut betul, ayat pertama mengikut pola ayat pasif songsang diri pertama dan ayat kedua mengikut pola ayat aktif transitif.

Tatabahasa01.08.2008
Tesaurus
 
muka (kata nama)
1. Bersinonim dengan wajah: rupa, paras, roman, raut, bentuk, potongan, iras, domol, tampang,

2. Bersinonim dengan depan: hadapan, hadap, anterior,
Berantonim dengan belakang

Kata Terbitan : mengemukakan, terkemuka, bersemuka, menyemukakan, bermuka-muka, permukaan, pengemukaan, pemuka,