| Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
| Daftar istilah mana yang sesuai saya rujuk untuk mendapatkan ejaan yang betul bagi nama-nama surah dalam al-Quran. 2. Bolehkah saya e-melkan senarai ejaan nama-nama surah untuk semakan dan kelulusan nama surah berkenaan untuk membantu saya menyemak dan menyunting sebuah buku motivasi Islam yang sedang diusahakan penerbitannya yang banyak memetik ayat-ayat al-Quran. 3. Langkah ini bagi mengelakkan berlakunya kesilapan setelah buku ini dicetak. Tkasih. jamilrtm@yaho.com | Merujuk buku Pedoman Transliterasi Arab ke Ejaan Rumi, Edisi Kedua, terbitan DBP, huruf 'alif lam' ditransliterasikan sebagai al apabila huruf pertama dalam perkataan kedua tergolong dalam huruf Qamariyyah. Sebaliknya apabila dalam huruf Shamsiyyah hendaklah diikut bunyi pertama dalam perkataan kedua seperti an-Nur dan as-Shamsiyyah. Dewan Bahasa tidak menyediakan perkhidmatan untuk menyemak teks berkenaan, kami cadangkan saudara hubungi Kedai Buku DBP di talian 03-21433504/3505 untuk mendapatkan buku berkenaan. | Ejaan | 26.11.2011 |
| apakah ejaan, sebutan dan terjemaahan (bahasa inggeris) untuk nama nama di bawah: 1.) kuih semprit 2.) chocolate rice 3.) rempeyek 4.) muruku tQ | Kuih semperit, rempeyek dan maruku adalah makanan tempatan dan dikaitkan dengan kebudayaan masyarakat Malaysia. Nama-nama khas ini tidak diterjemahkan sama seperti choclate rice yang tidak diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu. | Penyemakan dan penterjemahan | 25.08.2011 |
| salam, mohon bertanya mengenai sebuah buku terbitan kami, iaitu asmaul husna. buku ini lebih kepada gift book, untuk kandungan di dalam nya terdapat senarai nama-nama Allah serta terdapat maklumat manfaat daripada membaca setiap nama-nama Allah itu. oleh itu, bolehkah buku ini disemak oleh pakar rujuk supaya kandunagannya mendapat kelulusan dari pihak DBP. Mohon penjelasan dari pihak tuan/puan. terima kasih. | Untuk makluman puan, kami menyediakan khidmat penyuntingan dokumen, iaitu penyuntingan bahasa dan tanda baca sekiranya sebut harga yang kami berikan dipersetujui. Untuk maklumat lanjut, puan boleh menghubungi Puan Aliah di talian 03-21485905 atau e-mel aliah@dbp.gov.my. | Lain-lain | 11.05.2012 |
| Pihak kami (KKM) sedang menyiapkan risalah maklumat ubat untuk pengguna dalam Bahasa Malaysia. Terdapat beberapa jenis ubat yang mana nama-nama generik ubat tersebut dalam Bahasa Inggeris diakhiri dengan perkataan pine seperti amlodipine, carbamazepine, nevirapine dll. Terdapat nama dagangan bagi ubat-ubat tersebut. Adakah bila dialihkan kepada bahasa Malaysia nama-nama generik ini menjadi amlodipina, karbamazepina, nevirapina? Terima kasih. | Untuk makluman, nama generik ubat perlu disesuaikan dengan ejaan bahasa Melayu, contohnya, amlodipina, karbamazepina dan nevirapina. Walau bagaimanapun, nama dagang ubat tersebut tidak perlu diubah. | Istilah | 06.09.2011 |
| Saya ingin bertanya apakah nama-nama tempatan tumbuhan seperti bunga raya, bunga ros, durian belanda dan sebagainya tergolong dalam kata nama am ataupun khas? Terdapat dua jawapan berbeza berdasarkan tahun di arkib khidmat nasihat. Apabila digunakan sebagai tajuk, adakah perlu saya menggunakan ia sebagai kata nama khas? Contohnya 'Pokok Durian Belanda' atau saya masih boleh menggunakan kata nama am iaitu 'Pokok durian belanda'? | Perkataan durian belanda, bunga ros, bunga raya tergolong dalam kata nama dan dieja dengan huruf kecil sekiranya dalam ayat. Bagi penulisan tajuk, lazimnya ditulis dengan huruf besar di awal perkataan kecuali kata hubung yang ditulis dengan huruf kecil. | Tatabahasa | 08.03.2013 |
| Apakah ejaan yang betul apabila menggunakan sengkang? Al-Quran mungkin dieja sebagai al-Quran tetapi bagaimana penggunaan kata nama bagi nama-nama beberapa masjid di Malaysia. Ejaan yang mana betul atau lebih tepat - Masjid Al-Marbawi, al-Marbawi, Al-marbawi atau Al Marbawi atau Masjid As-Salam, as-Salam, As-salam atau As Salam? Terima kasih. | Biasanya apabila mengeja al-Quran dan yang seumpamanya, ejaan al menggunakan huruf a kecil. Oleh sebab ejaan al yang terdapat pada nama masjid ialah nama khas, ejaan tersebut dikekalkan. | Ejaan | 24.07.2012 |
| Saya ingin dapatkan satu senarai nama-nama negeri seluruh malaysia dan juga nama Pihak Berkuasa Tempatan yang telah diwartakan. contoh. kerajaan negeri atau Kerajaan Negeri kerajaan negeri Pulau Pulau Pinang atau Kerajaan Negeri Pulau Pinang pihak berkuasa tempatan atau Pihak Berkuasa Tempatan. negeri Pulau Pinang atau Negeri Pulau Pinang. Setahu saya semua nama khas yang telah diwartakan hendaklah ditulis dengan huruf besar. Mohon dapat pihak tuan dapat membekalkan senarai penuh. terima kasih. | Senarai yang tuan perlukan tidak ada dalam pangkalan data kami. Sila hubungi Jabatan Kerajaan Tempatan, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan untuk mendapatkan maklumat yang diperlukan atau layari laman web jabatan http://jkt.kpkt.gov.my/bm/main.php dan klik portal SUK & PBT. Betul seperti yang dimaklumi, setiap nama khas ditulis dengan huruf besar. | Lain-lain | 02.02.2012 |
| Saya ingin dapatkan satu senarai nama-nama negeri seluruh malaysia dan juga nama Pihak Berkuasa Tempatan yang telah diwartakan. contoh. kerajaan negeri atau Kerajaan Negeri kerajaan negeri Pulau Pulau Pinang atau Kerajaan Negeri Pulau Pinang pihak berkuasa tempatan atau Pihak Berkuasa Tempatan. negeri Pulau Pinang atau Negeri Pulau Pinang. Setahu saya semua naga khas yang telah diwartakan hendaklah ditulis dengan huruf besar. Mohon dapat pihak tuan dapat membekalkan senarai penuh. terima kasih. | Senarai yang tuan perlukan tidak ada dalam pangkalan data kami. Sila hubungi Jabatan Kerajaan Tempatan, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan untuk mendapatkan maklumat yang diperlukan laman web jabatan http://jkt.kpkt.gov.my/bm/main.php dan klik portal SUK & PBT. | Lain-lain | 02.02.2012 |
| Ingin menterjemah nama-nama jabatan dari bahasa Inggeris ke bahasa Malaysia | Sila rujuk lampiran. | Penyemakan dan penterjemahan | 23.04.2013 |
| Saya sedang menyediakan risalah maklumat ubat untuk pengguna dalam Bahasa Malaysia. Bagaimanakah menterjemah nama-nama generik ubat daripada Bahasa Inggeris ke Bahasa Malaysia? Apakah terjemahan untuk nama ubat 'Isosorbide Dinitrate Oral Tablets'? | Bagi terjemahan Isosorbide Dinitrate Oral Tablets ialah pil isosorbida dinitrat. | Penyemakan dan penterjemahan | 07.11.2011 |
|
| Tesaurus |
|---|
| | | nama (kata nama) | 1. Bersinonim dengan sebutan: panggilan, gelaran,
2. Bersinonim dengan kehormatan: kemasyhuran, maruah, kebaikan, kebesaran, kemegahan, kemuliaan, ketinggian,
| | Kata Terbitan : bernama, menamai, menamakan, ternama, |
|
| Puisi |
|---|
|
Pokok melati sedang naik, Daunnya hilang subur dan sihat; Biar mati nama yang baik, Jangan mati nama yang jahat.
Lihat selanjutnya... |
| Peribahasa |
|---|
| 491 Do right and fear no man Tidak takut untuk bertindak atas nama kebenaran Biarlah terjual nyawa, jangan terjual nama I'm not afraid to reveal all malpractices that have been commited in this ministry and I am willing to face te consequences. Do right and fear no man, but fear God. Saya tidak gentar untuk mendedahkan segala penyelewengan yang dilakukan dalam kementerian ini dan saya sanggup menghadapi akibatnya. Biarlah terjual nyawa, jangan terjual nama, dan takut akan Tuhan. Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
Lihat selanjutnya... |
|