Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Karyawan ; Puisi ; Ensiklopedia ; Peribahasa ; Multimedia ; Jurnal ; Universiti Awam ; Kerajaan Malaysia ; Novel ; Hasil Penyelidikan ; Dialek ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Khidmat Nasihat
Soalan Jawapan Jenis Soalan Tarikh Soalan
Adakah ayat ini betul? Kadar jenayah yang berlaku saban hari telah mencalar nama baik negara.Ayat di atas betul.Tatabahasa04.04.2015
APAKAH MAKSUD INTERGERITI , KOMITED , SIASAH MENGIKUT KAMUS DEWAN1. ejaan sebenar ialah integriti - kejujuran: mencemarkan nama baik - keadaan sempurna dan utuh. 2.komited - mempunyai atau menunjukkan komitmen (terhadap sesuatu) 3. siasah - pengetahuan yang bersangkutan dengan hal-hal kenegaraan atau pemerintahanMakna01.08.2007
APAKAH MAKSUD INTEGRITI?

Puan Normazidlan,

Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat makna perkataan integriti ialah 1. kejujuran: mencemarkan nama baik dan ~ jabatan; 2. keadaan sempurna dan utuh, keutuhan;    Mengikut Kamus Inggeris Melayu Dewan  integriti bermakna 1. quality of being honest and upright, integriti: he felt that his ~ had been impugned, dia berasa bahawa integritinya dipersoalkan; a man of ~, orang yg mempunyai integriti; 2. completeness, keutuhan: border clashes that threatened the territorial ~ of neighbouring countries, pertempuran sempadan yg mengancam keutuhan wilayah negara jiran; the cultural ~ of a race, keutuhan kebudayaan sst bangsa. 

Makna09.07.2009
Saya telah menerima keputusan Hakim Mahkamah tinggi Syariah seperti fail di lampirkan. Nama semua pihak termasuk mahkamah berkenaan saya padamkan untuk menjaga nama baik semua pihak. Pertanyaan ini tidak bermaksud mempertikaikan apa-apa keputusan tetapi hanya dari sudut penggunaan Bahasa Malaysia yang standard sahaja. Persoalan saya ialah memandangkan keputusan hakim tersebut di buat dalam sehelai kertas dengan tajuk "PERINTAH". Apa yang saya faham dengan Definasi "PERINTAH" ialah kata suruh ... iaitu mengikut istilah kamus Dewan Edisi ke empat. Membaca keseluruhan 'PERINTAH' Hakim tersebut saya berpendapat secara keseluruhannya semua ayat sebaik sahaja selepas ayat "MAKA ADALAH DENGAN INI MAHKAMAH PERINTAHKAN" adalah tidak bertepatan dengan istilah perintah yang saya fahami. Dengan kata lain ianya adalah salah dari segi tatabahasanya. Mohon pandangan dan ulasan dari pihak tuan. t.kSeperti yang tuan sedia maklum, kami juga merujuk Kamus Dewan. Berdasarkan Kamus Dewan, perintah juga bermaksud peraturan daripada pihak yang berkuasa yang harus dipatuhi. Untuk makluman tuan juga terdapat perkataan yang tidak digunakan dalam kata umum tetapi dalam laras tertentu seperti laras undang-undang kata tersebut membawa maksud yang khusus. Contohnya dalam ungkapan umum, kata "perintahkan" hanya digunakan dalam ayat suruhan dan penggunaan yang betul dalam ayat penyata ialah "memerintahkan". Walau bagaimanapun kita tidak boleh mengatakan penggunaan kata perintahkan tersebut kurang tepat kerana penggunaannya dalam konteks umum mungkin berbeza dalam laras undang-undang.Tatabahasa14.04.2014
Definisi untuk perkataan `Integriti'
  • Puan Norzila, terima kasih kerana menghubungi KNBDBP. Makan integriti seperti yang diberikan dalam kamus adalah seperti yang berikut.(intégriti) 1. kejujuran: mencemarkan nama baik dan ~ jabatan; 2. keadaan sempurna dan utuh, keutuhan;
  • Makna24.03.2009
    Saya pernah mendengar dari beberapa pegawai kerajaan tentang perkataan INTERGRITI. Satelah melakukan pencarian ayat, masih belum saya menjumpai erti perkataan tersebut. Tolong bantu saya dalah hal ini.Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat, maksud integriti ialah kejujuran: mencemarkan nama baik dan ~ jabatan. Sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat untuk keterangan lanjut. Terima kasih.Makna05.11.2007
    Muhamad Asyraf Yahaya Di Dungun, Terengganu ada satu pusat dinamakan dlm bahasa melayu "Pusat Koreksional". Agak DBP la betulke perkataan Koreksional tu??? In english mmg la dipanggil Correctional Center yg mana nama baik bagi "PENJARA" tp betul ke direct tukar nama camtu?Dalam proses memperbanyak dan memperkaya perbendaharaan kata dalam bahasa Melayu, kaedah peminjaman kata daripada bahasa asing khususnya daripada bahasa Inggeris diamalkan dengan pengubahsuaian ejaan kata tersebut ke dalam bahasa Melayu. Penggunaan kata pinjaman ini bergantung pada konteks penggunaan kata tersebut terutamanya penggunaan dalam bidang-bidang khusus. Walau bagaimanapun terdapat kecenderungan pengguna untuk menggunakan kata pinjaman dalam semua konteks penggunaan. Bagi perkataan koreksional pula, pihak kami telah pun menghantar surat teguran kepada pihak berkenaan supaya tindakan pembetulan dibuat. Koreksional tiada dalam bahasa Melayu. Perkataan yang sama erti dengan perkataan tersebut ialah pemulihan.Lain-lain27.02.2015
    Lengkapkan petikan dengan jawapan yang paling tepat. pada , daripada, terhadap, dalam, dengan, kepada, di, sebagai Banyak dugaan dan halangan yang perlu ditempuhi ____golongan remaja. Pada usia sebegini seseorang remaja mudah terpengaruh _____ sesuatu yang benar atau salah. Tanggungjawab golongan muda ____ agama, keluarga, masyarakat dan persekitaran amat luas. Jika remaja tahu menjaga dirinya, maruah dan nama baik keluarga, pasti remaja akan hidup tenteram ___ dunia dan di akhirat. Sekian, terima kasih.Banyak dugaan dan halangan yang perlu ditempuhi oleh golongan remaja. Pada usia sebegini seseorang remaja mudah terpengaruh dengan sesuatu yang benar atau salah. Tanggungjawab golongan muda kepada agama, keluarga, masyarakat dan persekitaran amat luas. Jika remaja tahu menjaga dirinya, maruah dan nama baik keluarga, pasti remaja akan hidup tenteram di dunia dan di akhirat.Tatabahasa07.04.2016
    Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama atau Manusia mati meninggalkan nama, harimau mati meninggalkan belangMaklumat yang terakam dalam Kamus Istimewa Peribahasa Melayu, ialah "Harimau mati meninggalkan belang, gajah mati meninggalkan daging, manusia mati meninggalkan nama" yang bermaksud orang baik meninggalkan nama baik, orang jahat meninggalkan nama jahat. Untuk maklumat lanjut http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=harimau&d=11Lain-lain11.10.2015
    Bolehkah anda kenal pasti kesalahan dalam ayat berikut? 1.Kemeja yang tersinggung pada paku di dinding itu diambil oleh kakak untuk dicuci. 2.Ketika berasak-asak hendak menaiki bas, siku Marlia tersinggung kepala seorang kepala kanak. 3.Hati-hati ketika berbicaragadis itu kerana hatinya mudah tersinggung. 4.Kadang-kadang kata-katanya tersinggungperasaan orang lain.

    Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, perkataan tersinggung ditakrifkan sebagai 1. terkena, terjamah, tersentuh; 2. disakiti hati (terhina dll): kalau hatinya ~ sedikit, sampai seminggu dia merajuk; mudah ~ mudah sakit hati; ~ lebih bak kena prb mudah berasa hati manakala menyinggung ditakrifkan sebagai  1. menolak (menghentak, memukul) dgn siku, menyenggol, menyigung: ia kelihatan ~ kawan-kawannya dgn siku; 2. mengenai sedikit, menyentuh; 3. menyebut-nyebut sesuatu (dlm ucapan, karangan, dll), membicarakan sedikit, menyentuh: jalan cerita ini susah diikuti oleh pembaca kerana banyak perkara dan orang yg disinggung secara sepintas lalu; 4. menyakiti atau melukai hati (perasaan dll): perkataannya selalu menyebut hal yg kadang-kadang ~ hati isterinya; 5. menodai (nama baik seseorang dll): dia tidak akan membiarkan orang ~ nama baik keluarganya dgn sewenang-wenangnya; ~ mata bisul orang prb menyakiti hati orang lain dgn sindiran dll (dlm sesuatu perjumpaan dll). Berdasarkan huraian tersebut, saudara boleh mendapatkan jawapan pada pertanyaan yang dikemukakan.

    Tatabahasa13.12.2010
    Tesaurus
     
    nama (kata nama)
    1. Bersinonim dengan sebutan: panggilan, gelaran,

    2. Bersinonim dengan kehormatan: kemasyhuran, maruah, kebaikan, kebesaran, kemegahan, kemuliaan, ketinggian,

    Kata Terbitan : bernama, menamai, menamakan, ternama,

    Puisi
     

    Siti Wan Kembang perintah Kelantan,
         Nama termasyhur zaman dahulu;
    Baik-baik memilih intan,
         Takut terkena kaca dan batu.



    Lihat selanjutnya...
    Peribahasa
    418

    A good name is sooner lost than won

    Nama yang baik memerlukan masa dan usaha untuk dibina tetapi seseorang itu boleh kehilangannya dengan sekelip mata akibat satu kesalahan yang dilakukan meskipun kecil.

    Panas setahun dihapuskan oleh hujan sehari. (Nota : Padanan seperti kurang tepat, PM –ve to +ve)

    You are a man of honour and have done a lot of good things for his association. But don't get involved in those dubious activities because one minor slip could crumble your good reputation. Remember, a good name is sooner lost than won.

    Kamu orang yang terhormat dan telah banyak berjasa kepada persatuan ini. Tetapi janganlah membabitkan diri dalam kegiatan yang mencurigakan kerana satu kesilapan kecil boleh menghancurkan reputasi baik kamu. Ingat, panas setahun dihapuskan oleh hujan sehari

    Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu



    Lihat selanjutnya...