Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Artikel ; Ensiklopedia ; Buku ;

 
Khidmat Nasihat
Soalan Jawapan Jenis Soalan Tarikh Soalan
Saya ingin belajar tentang nazam, bolehkah pihak DBP memberikan saya serba sedikit pengetahuan tentang 'Nazam"?Nazam ialah puisi lama (seperti syair) yang terdiri daripada dua belas baris serangkap. Untuk mendapatkan maklumat lanjut sila rujuk artikel atau buku yang berkaitan.Lain-lain24.11.2009
SAYA HENDAK MENCARI MALKUMAT YANG BERKAITAN TENTANG FUNGSI BAHASA MELAYU DAN PERBEZAANNYA,PENGGUNAAN LARAS BAHASA DAN WACANA DAN BEBERAPA CONTOH NAZAM(PUISI LAMA),JAMPI DAN MENTERA. TERIMA KASIH

Fungsi utama bahasa Melayu seperti termaktub dalam Perlembagaan negara ialah sebagai bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan negara. Selain sebagai alat komunikasi, bahasa Melayu berfungsi sebagai alat perpaduan; menyatukan rakyat berbilang kaum. Untuk maklumat lanjut sila rujuk buku-buku yang berkaitan.

Sila rujuk juga buku atau tulisan lain tentang Sastera tradisional untuk melihat laras bahasa dan wacana yang saudara maksudkan di dalamnya. Terima kasih.

Lain-lain01.11.2008
saya ingin mengetahui huraian tentang perkataan di bawah dari mana berasal.asal usul dan apa saja yang berkaitan dengannya secara jelas dan lengkap.perkataannya ialah 1.PANTUN 2.SYAIR 3.GURINDAM, 4. SELOKA 5.MENTERA 6.TEROMBA 7.NAZAM.Mengikut Kamus Dewan makna perkataan-perkatan berikut ialah: 1) Pantun - sj puisi lama yg biasanya terdiri drpd empat baris dlm tiap-tiap rangkap (dua baris pertama merupakan pembayang maksud dan yg selainnya mengandungi maksudnya); 2) Syair - sj karangan bersajak (tiap-tiap rangkap terdiri drpd empat baris yg sama bunyi hujungnya); 3) Gurindam - sj bentuk puisi (terdiri drpd dua baris, berisi dgn berbagai-bagai pengajaran); 4) Seloka - sj puisi yg mengandungi ajaran (sindiran, jenaka, dll); 5) Mentera - kata atau ayat yg apabila diucapkan dapat menimbulkan kuasa ghaib (utk menyembuhkan penyakit dll), jampi; 6) Teromba - sejarah yg diceritakan dlm bentuk perbilangan, tambo, riwayat. 7) Nazam -Ar sj gubahan puisi (spt sajak, syair). Untuk mengetahui makna setiap perkataan itu dengan lanjut, sila rujuk Pusat Dokumentasi Melayu di DBP atau IPTA.Lain-lain03.12.2007
apakah perbezaan maksud diantara sastera moden dan sastera tradisional?

Perbezaan maksud antara sastera moden dan sastera tradisional ialah sastera moden mengandungi karya meliputi genre novel, cerpen, puisi, drama dan esei/kritikan. 

Sastera tradisional pula terbahagi kepada sastera lisan dan sastera tulisan. Sastera lisan mengandungi sastera rakyat yan terbahagi kepada prosa (cerita lipur lara, jenaka, teladan, binatang, mitos dan legenda) dan puisi (pantun, syair, nazam, gurindam, seloka, teka-teki, teromba, peribahasa dan dikir/mentera). Sastera tulisan pula mengandungi sastera hikayat, sastera panji, sastera epik sastera sejarah, cerita nabi-nabi, sastera kitab dan sastera undang-undang.

Sekian dan salam. 

Lain-lain09.07.2009
apakah yang dimakudkan dengan genre sastera serta jenis-jenisnya?

Genre ialah istilah yang digunakan bagi menyatakan jenis-jenis hasil sesuatu kesusasteraan.Istilah genre ini sebenarnya berasal daripada perkataan Perancis yang bererti ' jenis' atau 'macam'.

Secara umum pembahagian genre ini dibuat mengikut bentuk, teknik dan persoalan dalam sesuatu hasil kesusasteraan itu. Jika mengikut konteks kesusasteraan Melayu pada hari ini, sebanyak lima genre dibahagikan dalam kesusasteraan Melayu, iaitu genre puisi, genre cerpen, genre novel, genre drama dan genre kritikan sastera. Dalam setiap genre itu pula dapat pula dibahagikan kepada jenis-jenis yang kecil lagi, contoh genre puisi dibagaikan pula kepada Puisi Melayu Tradsional dan Puisi Melayu Moden. Jenis-jenis Puisi Melayu Tradsional seperti pantun, syair, gurindam, nazam, seloka dan seumpamanya. Puisi-puisi Melayu Tradsional ini biasa ditentukan berdasarkan bentuk, teknik dan persoalan yang ingin dikemukakan dalam sesebuah puisi itu. 

 

Lain-lain11.04.2008
Apakah bentuk dan aliran dalam penulisan sastera tradisional

Sdr., dari segi bentuk, kesusasteraan Melayu tradisional terbahagi kepada dua iaitu prosa dan puisi atau disebut juga sebagai genre prosa dan genre puisi. Genre prosa merangkumi cerita-cerita yang dikategorikan pula kepada,

a. Sastera Hikayat ( cerita-cerita daripada sumber Hindu, Islam dan tempatan)

b. Sastera Epik( epik tempatan dan berunsur Islam)

c. Sastera Panji dan Perwayangan ( sumber daripada Jawa dan Hindu)

d. Sastera Sejarah ( cerita yang berhubung dengan sejarah atau salasilah sebuah kerajaan Melayu silam)

e.Cerita Para Nabi dan Tokoh-Tokoh Islam ( sumber daripada sejarah Islam)

f. Sastera Kitab( berhubung dengan kitab fikah, tasawuf dan sebagainya)

g. Sastera Undang-undang dan ketatanegaraan ( undang-undang, peraturan dan adat istiadat sesebuah kerajaan Melayu)

h. Kepustakaan Ilmu  Tradisional ( berhubung dengan ilmu penujuman, ilmu mendukun dan sebagainya)

Genre puisi pula termasuk pantun, syair, nazam, gurindam, seloka, mantera, teromba dan sebagainya.

Mohon sdr. merujuk buku Kesusasteraan Melayu Tradisional( DBP,2000)  yang ditulis oleh Dr. Harun Mat Piah dll. untuk mendapatkan keterangan yang lebih lanjut tentang persoalan yang di atas.

Lain-lain22.10.2010
1
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata nazam