Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Karyawan ; Ensiklopedia ; Jurnal ; Kerajaan Malaysia ; Novel ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Khidmat Nasihat
Soalan Jawapan Jenis Soalan Tarikh Soalan
beribu-ribu penonton terpesona oleh persembahan kebudayaan dari negara asing itu. (adakah beribu-ribu salah?)

Penggunaan 'beribu-ribu" dalam ayat tersebut kurang tepat kerana tiada penjodoh bilangan. Ayat yang tepat ialah Beribu-ribu orang penonton terpesona oleh persembahan kebudayaan dari negara asing itu atau Ribuan penonton terpesona oleh persembahan kebudayaan dari negara asing itu.

Tatabahasa20.02.2011
Apa kesalahan ayat berikut? 1. Turut menghadiri majlis itu ialah para pemimpin dari negara asing. 2.Pesalah itu dijatuhkan hukuman penjara kerana kes pengedaran dadah.

1. Turut menghadiri majlis itu ialah para pemimpin dari negara asing. - ayat ini betul

2. Pesalah itu dijatuhkan hukuman penjara kerana kes pengedaran dadah. - salah dan penggunaan yang betul ialah dijatuhi. Apitan di-...-i ialah bentuk pasif meN-...-i yang menandakan lokatif, iaitu tempat berlakunya perbuatan - menjatuhi + objek (orang). Rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 207.

Tatabahasa24.06.2011
Adakah seorang jeneral, koperal dan sarjan negara asing sesuai dirujuk menggunakan kata ganti diri ketiga "beliau" apabila menulis mengenainya?Boleh juga menggunakan kata ganti "beliau". Beliau ialah kata ganti diri ketiga untuk orang tua atau orang yang dihormati.Lain-lain27.10.2014
Assalamualaikum dan salam sejahtera. (i) Yang manakah frasa yang tepat, 'mutiara kata' atau 'kata mutiara'? (ii) Bagaimanakah cara penyebutan nama tempat (negara asing) seperti London menggunakan sebutan baku? Adakah disebut sebagaimana yang dieja atau disebut menggunakan sebutan bahasa asal? TERIMA KASIH.1. Mutiara Kata
2. Nama tempat lazimnya disebut seperti asal kecuali telah diberi nama/sebutan dalam bahasa Melayu. Contohnya London kekal dengan sebutannya dan Phillipine disebut dalam teks Melayu sebagai Filipina.
Tatabahasa02.07.2013
melawat dan berkunjung kedua-dua perkataan ini sama maksud atau tidak sama? Sila berikan contoh ayat . Terima kasih.Antara maknanya ialah pergi mengunjungi (negara asing dll): ~ ke Jepun; 2. menziarahi jenazah. Untuk keterangan lanjt sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat.Makna21.10.2009
Salam sejahtera, tuan. Apakah yg dimaksudkan dgn "mancabangsa"? Perkataan ini saya ketemukan dalam buku Kumpulan Puisi Mencari Makna Diri tulisan Tuan Pengarah DBP. Terima kasih.Berdasarkan Kamus Besar Bahasa Indonesia Edisi Keempat, terdapat perkataan mancanegara, iaitu negara asing atau negara luar. Melalui takrifan tersebut, mancabangsa boleh ditakrifkan sebagai bangsa asing atau bangsa luar.Makna06.11.2013
Ass'kum, Saya perlukan maklumat berkenaan a) maksud duta kecil dan contoh duta kecil budaya b) Senarai terbitan DBP samada berkala atau tidak yang berkaitan dengan warisan budaya Malaysia.(Cth. majalah, jurnal dll) c) Bagaimana ingin mencari maklumat berkenaan senarai ngo kebudayaan yang aktif tq.i. Maksud duta ialah wakil yang dilantik secara sah atau dihantar (oleh kerajaan, pertubuhan, firma, dan lain-lain) ke negara asing (untuk menggalakkan pelancongan, pelaburan, dan sebagainya). Jadi, maksud duta kecil budaya ialah wakil yang dilantik oleh sesebuah pertubuhan atau persatuan untuk pergi ke negara asing bagi mempromosikan budaya sesebuah negara. ii. Senarai bahan terbitan DBP yang membincangkan hal budaya boleh diperoleh di Pusat Dokumentasi Melayu DBP. Sila hubungi Ketua Pusat Dokumentasi Melayu di talian 03 - 21481o30 atau Encik Nik Aman Nik Yusuf di talian 03 - 21481045.Makna23.12.2007
minta penjelasan lanjut tentang istilah `duta kecil` bolehkah para pelajar kita di seberang laut, pekerja, pelancong malaysia dan sebagainya,di anggap sebagai duta kecil kerana menghebahkan atau menceritakan budaya malaysia kepada masyarakat di sana? terima kasih -safari bin jamaludin 03 8884 4409 penolong pengarah bahagian buku teks kementerian pelajaran malaysia Maksud duta ialah wakil yang dilantik secara sah atau dihantar (oleh kerajaan, pertubuhan, firma, dan lain-lain) ke negara asing (untuk menggalakkan pelancongan, pelaburan, dan sebagainya). Jadi, maksud duta kecil budaya ialah wakil yang dilantik oleh sesebuah pertubuhan atau persatuan untuk pergi ke negara asing bagi mempromosikan budaya sesebuah negara. ii. Senarai bahan terbitan DBP yang membincangkan hal budaya boleh diperoleh di Pusat Dokumentasi Melayu DBP. Sila hubungi Ketua Pusat Dokumentasi Melayu di talian 03 - 21481030.Istilah11.08.2008
SAYA INGIN TAHU ISTILAH APA PERBEZAAN LUAR NEGERI DAN LUAR NEGARA.ADAKAH LUAR NEGERI ITU CONTOH PAHANG DAN PERAK DIKATAKAN LUAR NEGERI ATAU LUAR NEGERI ITU LUAR NEGERI DARIPADA LUAR NEGARA MALAYSIA. APA PULA ISTILAH LUAR NEGARA.ADAKAH LUAR NEGERI DAN LUAR NEGARA SAMA ISTILAH.SEKIAN.Kedua-duanya boleh digunakan jika merujuk kepada negara asing. Bagi istilah"foreign" pula padanannya ialah "luar negeri". Dalam konteks negara kita Malaysia jika kita berada di Kuala Lumpur, maka luar negeri itu merujuk kepada negeri-negeri lain dalam negara.Tatabahasa25.11.2010
1)Apakah maksud 'bangsa asing' dari segi bahasa dan istilah? 2)Perbincangan mengenai pengajaran bahasa melayu kepada bangsa asing.Bangsa asing bermaksud bangsa di luar kumpulan manusia dalam satu ikatan ketatanegaraan. Contohnya, bangsa asing  yang datang dari negara- negara  Afrika dan benua Asia yang lain ke Malaysia untuk tujuan melancong, berniaga atau bekerja. Pengajaran bahasa Melayu yang sesuai kepada kumpulan ini perlu dilihat dari segi keperluan dan latar belakang kumpulan berkenaan.  Makna03.02.2008
Tesaurus
 
negara (kata nama)
Bersinonim dengan negeri, wilayah, provinsi, tanah air, tanah tumpah darah, benua, nusa, pura, zamin, bilad, balad, kawasan, zon, daerah, jajahan, taklukan empayar.,