Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Artikel ; Karyawan ; Ensiklopedia ; Kerajaan Malaysia ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Khidmat Nasihat
Soalan Jawapan Jenis Soalan Tarikh Soalan
Salam 1Malaysia Bagaimana nak membezakan penggunaan digunapakai dengan diguna pakai. Bagaimana cara menulis nota kaki

1. Ejaan yang betul ialah diguna pakai.

2. Buku Gaya Dewan Edisi Ketiga memberi garis panduan yang berikut:

a. Muka taip nombor rujukan nota kaki di dalam teks hendaklah dalam bentuk superskrip.

b. Jarak di antara garis pemisah dengan garis dasar baris pertama nota kaki ialah satu em.

c. Saiz taip nota kaki dua poin lebih kecil daripada saiz taip teks.

d. Reka letak maklumat nota kaki hendaklah dipisahkan daripada teks oleh satu garis halus mendatar sepanjang 2.5 cm.

e. Jarak di antara garis dasar baris akhir teks dengan garis pemisah nota kaki hendaklah tidak kurang daripada satu em.

f. Nombor nota kaki dicetak santak kiri. Bahan nota kaki hendaklah sebaris dengan nombor dan dijarakkan satu em. Baris nota berikutnya hendaklah selajur dengan ayat pertama nota itu.

Sila rujuk Gaya Dewan Edisi ketiga untuk keterangan selanjutnya.

Ejaan19.09.2011
bagaimana menulis nota kaki atau nota hujung

Gaya penerbitan Dewan menggunakan Sistem Penulis-Tarikh untuk menulis nota kaki. Susunan maklumatnya adalah seperti yang berikut:

Nama penulis (diikuti dengan tanda koma)

Tahun terbit (diikuti dengan tanda noktah)

Judul sumber (dicetak dalam huruf condong, diikuti dengan tanda noktah)

Jilid (diikuti dengan tanda noktah)

Edisi dan cetakan (diikuti dengan tanda noktah)

Tempat terbit (diikuti dengan tanda noktah bertindih)

Nama penerbit (diikuti dengan tanda koma)

Halaman rujukan (diikuti dengan tanda noktah) 

Nota: Cara penulisan nota kaki ini adalah sama seperti cara penulisan bibliografi. Maklumat lanjut dan contoh penulisannya terdapat dalam buku Gaya Dewan Edisi Ketiga, halaman 170.

 

 

Lain-lain27.02.2008
bagaimanakah cara betul menulis nombor rujukan nota kaki (footnote) di penghabisan ayat? adakah nombor rujukan ditulis sebelum atau selepas titik noktah?Nota kaki dicetak pada ruang di antara teks dengan jidar kaki. Bahan ini dipisahkan daripada teks oleh garis pemisah mendatar setebal 0.1 poin, berukuran 2.5 cm, dan ditulis santak kiri.

Gaya penerbitan Dewan menggunakan Sistem Penulis-Tarikh untuk menulis nota kaki. Susunan maklumatnya adalah seperti yang berikut:

Nama penulis (diikuti dengan tanda koma)

Tahun terbit (diikuti dengan tanda noktah)

Judul sumber (dicetak dalam huruf condong, diikuti dengan tanda noktah)

Jilid (diikuti dengan tanda noktah)

Edisi dan cetakan (diikuti dengan tanda noktah. Walau bagaimanapun sdr boleh merujuk secara terperinci buku Gaya Dewan Edisi Ketiga terbitan DBP.

Lain-lain11.03.2008
Salam. Saya Aliff ingin membuat aduan kepada DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA mengenai KESALAHAN pada NOTA KAKI pada buku FIQH DAN PERBANDINGAN ISLAM yg dikarang oleh Dr Wahbah Az-Zuhaili. No buku itu adalah ISBN 983-62-4013-6 Buku yg saya maksudkan itu adalah Jilid yg ke-2, lihat pada BAB 3 (SEMBAHYANG). Tuan akan dapati NOTA KAKI yg dilampirkan pada akhir bab itu adalah berbeza dari nombor yg dikehendaki. Nombor RUJUKAN hanya sampai ke 1968 tetapi pada bahagian NOTA nombornya sehingga 2033 dan saya lihat banyak percanggahan dan kesilapan berlaku pada rujukan Hadith dan Kitab-kitab yang berkaitan pada bab jilid ini jika hanya melihat pada NOMBOR NOTA KAKI itu. Saya telah ajukan pada PTSL UKM, tetapi petugas pustakawan hanya mengatakan ia adalah kesilapan penerbitan dan mereka tidak boleh berbuat apa-apa. Lalu saya ajukan permasalahan di sini. Harap semak kembali segera ambil tindakan. Terima Kasih.Pihak DBP akan meneliti jilid tersebut, dan akan membuat penambahbaikan. Sila hubungi Puan Noriyani Yusof di talian 03-21482195 atau e-mel noriyani@dbp.gov.my untuk mendapatkan keterangan lanjut.Lain-lain08.01.2009
Berkenaan terjemahan nota kaki; 1. e.g. Abu Walid al-Baji al-Maliki (d. 474 A.H./1081 A.C.), apakah terjemahan untuk: i. 'd.' (meninggal) ii. 'A.H' (After Hijrah) iii. 'A.C' / 'A.D' (After Christ/Anno Domini) iv. 'p.' (page) v. 'B.C' (Before Christ) Terima kasih.Padanan bahasa Melayu yang betul ialah i. m. (mati) ii. TH (Tahun Hijrah) ii. TM (Tahun Masihi) iv. SM (Sebelum Masihi)Lain-lain29.12.2013
Bagaimana hendak membuat nota kaki?Nota yang dicetak pada ruang di antara teks dengan jidar kaki. Bahan ini dipisahkan daripada teks oleh garis pemisah mendatar setebal 0.1 poin, berukuran 2.5 cm, dan ditulis santak kiri. Sila rujuk buku Gaya Dewan Edisi KetigaEjaan09.08.2006
Salam sejahtera. Saya nak tanya adakah DBP menyimpan sebarang maklumat terperinci mengenai gaya penulisan ilmiah (Gaya Dewan) khususnya dalam menulis nota kaki dan bibliografi? Terima kasih.

Saudara Ronil,

bibliografi ditulis mengikut kaedah ini:

  i.  Nama penulis, editor, atau penyusun diikuti dengan tanda koma.

 ii.  Tahun terbit diikuti dengan tanda noktah.

iii.   Judul dicetak dalam huruf condong, diikuti dengan tanda noktah.

 iv.  Jilid, diikuti dengan tanda noktah.

 v.   Edisi dan cetakan, diikuti dengan tanda noktah.

 vi.  Tempat terbit diikuti dengan tanda titik betindih.

 vii.  Nama penerbit diikuti dengan tanda noktah.

viii.  Nama penterjemah, diikuti dengan tanda noktah.

 ix.  Judul penerbitan berkala, diikuti dengan tanda noktah.

  x.  Kata singkatan "dlm." dan "hlm." .

 xi.  Bilangan siri, jika berkaitan, diikuti dengan tanda noktah.

xii.  Bentuk penerbitan, jika berkaitan, diikuti dengan tanda noktah.

Nota kaki ditulis di sebelah bawah ruang teks, pada halaman yang sama. Nota kaki dipisahkan daripada teks, oleh satu garis pemisah mendatar dan ditulis santak kiri. Teks nota hendaklah ditulis sebaris dengan nombor nota. Baris berikutnya hendaklah selajur dengan ayat pertama nota itu.  Nombor rujukan nota kaki di dalam teks hendaklah dalam bentuk superskrip dan ditulis berurutan, bermula dengan nombor satu bagi setiap bab. Jika di dalam sesebuah buku itu terdapat banyak nota yang panjang, bahan ini bolehlah disusun sebagai nota bab atat nota hujung. 

Untuk maklumat lanjut, saudara boleh merujuk buku Gaya Dewan Edisi Ketiga. 

 

Lain-lain04.03.2010
Ada dua kekeliruan penggunaan kata noktah dan huruf besar. 1. Contoh ayat : a.Jawapannya ya, ada! Tidak terlewat untuk Malik melakukan "Perancangn Kewangan". - tanda noktah ( . ) selepas tanda petik atau sebelum penutup tanda petik? - Huruf P dan K (perancangan kewangan) perlu huruf besar atau kecil? 2. Purata umur masyarakat meningkat disebabkan jangka hayat yang lebih panjang dan juga pengurang kadar kelahiran.2 - penggunaan perkataan 'pengurang' betul ke? atau 'pengurangan' lebih sesuai. - Nota kaki selepas kelahiran. tanda noktah perlu selepas nombor nota kaki atau selepas nombor nota kaki? harap saudara/saudari dapat membantu saya. Terima kasih

Berikut merupakan penjelasan daripada DBP:

  1. Tidak jelas sama ada ini perikan daripada pembicaraan atau ayat penyata. Sekiranya ayat penyata, penggunaan tanda baca yang betul ialah Tidak terlewat untuk Malik melakukan perancangan kewangan.   
  2.  Purata umur masyarakat meningkat disebabkan jangka hayat yang lebih panjang dan juga kadar kelahiran² yang berkurangan.  

Puan boleh merujuk Buku Pedoman Umum Ejaan Bahasa Melayu dan buku Gaya Dewan Edisi Ketiga.

 

 

 

Tatabahasa26.06.2014
APAKAH KEPENTINGAN PROSES PENYUNTINGAN DALAM PENULISAN MANUSKRIP?DAN HURAIKAN SECARA TERPERINCI.Kepentingan penyuntingan manuskrip : ialah menyemak fakta, menyemak penggunaan bahasa dari segi tatabahasa, ejaan, tanda baca, dll., menyelaraskan persembahan teks seperti tajuk, subtajuk, jadual, rajah, nota kaki, bold, italic, dll., juga semakan dari segi penerbitan seperti rupa taip, saiz taip, jarak dan tinggi teks.Makna25.09.2006
Salam Dalam sisipan HitsMega Utusan Malaysia 30.12.2013, terdapat beberapa artikel yang menggunakan istilah 'Nota Lutut'. Ini pertama kali saya terjumpa istilah sedemikian. Bunyinya cukup janggal dan saya menyemak istilah tersebut di laman sesawang DBP. Istilah itu tidak wujud. Saya mohon pandangan DBP tentang penggunaan istilah 'Nota Lutut' ini. Bolehkah ia diguna pakai? Terima kasih. AidahSalam Dalam sisipan HitsMega Utusan Malaysia 30.12.2013, terdapat beberapa artikel yang menggunakan istilah 'Nota Lutut'. Ini pertama kali saya terjumpa istilah sedemikian. Bunyinya cukup janggal dan saya menyemak istilah tersebut di laman sesawang DBP. Istilah itu tidak wujud. Saya mohon pandangan DBP tentang penggunaan istilah 'Nota Lutut' ini. Bolehkah ia diguna pakai? Terima kasih. Aidah
Frasa "Nota Lutut" tidak terdapat dalam pangkalan data DBP. Dalam bidang penerbitan DBP menggunakan istilah seperti nota kaki, nota sisi, nota teks, nota hujung dan anekdot. DBP berpendapat istilah "anekdot" yang sedia ada dalam penerbitan yang merujuk pada "kisah yang ringkas tentang sesuatu kejadian kebiasaannya agak lucu" boleh digunakan untuk merujuk konsep "nota lutut". Selain itu, "catatan" atau "nota" juga boleh digunakan.  DBP akan mendapatkan maklumat lanjut tentang penggunaan istilah ini daripada pihak yang berkenaan dan akan menghubungi puan.
Makna31.12.2013
1
Tesaurus
 
nota (kata nama,)
Bahasa Asal :Inggeris
Bersinonim dengan catatan, nota kaki, keterangan, rujuk silang.,