Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Perkhidmatan ; Artikel ; Multimedia ; Jurnal ; Universiti Awam ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Khidmat Nasihat
Soalan Jawapan Jenis Soalan Tarikh Soalan
1) Status penggunaan perkataan Online dalam laman web kerajaan untuk versi Bahasa Malaysia. Dibenarkan atau tidak? Cth: Current online - diterjemahkan ke Sekarang Online.Online ialah perkataan Inggeris. Sepatutnya perkataan it tidak digunakan dalam ayat atau teks bahasa Melay. Seharusnya diterjemahkan terlebih dahulu. Cadangan terjemahan ialah dalam talian.Lain-lain02.12.2008
bahasa melayu bagi onlineMaksud Perkataan online ialah dalam talian, pangkalan data dalam talian, sistem dalam talian.Istilah30.03.2005
1.Adakah 'atas talian' merupakan perkataan bahasa melayu yang betul bagi perkataan 'online'?Padanan online dalam bahasa Melayu ialah dalam talian.Istilah05.04.2011
permohonan online ambil masa berapa lama..cust call pun susah sgt nk angkat callUntuk makluman tuan, kami berusaha menguruskan setiap permohonan iklan dengan kadar yang segera, kekangan kami apabila terdapat dalam kalangan petugas dikehendaki bertugas di luar pejabat.Lain-lain13.05.2015
Salam pagi, Soalanya: 1) Frasa yang manakah membawa maksud 'online'? 'Dalam talian' atau 'atas talian' atau 'talian online'? 2) Apakah terjemahan BM yang betul bagi e-learning? 3) Yang manakah betul? - Cara-cara penggunaan alat - Cara-cara menggunakan alat 4) Apakah perbezaan antara 'mengapa' dan 'kenapa'? Misalnya: - Jelaskan mengapa.... - Jelaskan kenapa.... Terima kasih :-)Maksud Perkataan online ialah dalam talian manakala e-learning merujuk kepada e-pembelajaran. "Mengapa" dan "Kenapa" merupakan kata tanya sebab. Penggunaan yang rasmi ialah "Mengapa", manakala "Kenapa" merupakan bahasa percakapan. Selain itu juga, puan boleh membuat rujukan kamus tersebut dengan menggunakan enjin carian Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM). RPPM merupakan satu cara lain untuk membuat rujukan atau  mendapatkan makna kata, istilah, peribahasa dan sebagainya. Sila layari http://prpm.dbp.gov.my dan memasukkan maklumat yang ingin dicari dalam ruang yang disediakan dan klik "cari".Makna16.10.2015
personalised services online navigation browser hardwarekhidmat pelanggan dalam talian pelayaran perkakasanLain-lain04.07.2007
apakah perkataan bahasa Melayu bagi 'online'? Terima kasih

 

Salam Sejahtera Muszalina Fatimah Binti Mohamed Shaffee,

Soalan : Apakah perkataan bahasa Melayu bagi 'online'?

Jawapan : Perkataan bahasa Melayu bagi 'online' ialah 'dalam talian'.

Selain itu juga, puan boleh membuat rujukan kamus tersebut dengan menggunakan enjin carian Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM). RPPM merupakan satu cara lain untuk membuat rujukan atau  mendapatkan makna kata, istilah, peribahasa dan sebagainya. Sila layari http://prpm.dbp.gov.my dan memasukkan maklumat yang ingin dicari dalam ruang yang disediakan dan klik "cari".

Terima kasih kerana menggunakan perkhidmatan Khidmat Nasihat Dewan Bahasa dan Pustaka.

Yang menjalankan tugas,

Abdul Razak Mohammad

Lain-lain30.06.2009
Apakah padanan dalam bahasa Melayu bagi istilah "online vigilantism"?Tidak ada maklumat tentang frasa online vigilantism dalam pangkalan data kami. Melalui carian kami internet, vigilantism dalam bahasa Inggeris adalah berkaitan dengan kaedah , tingkah laku , sikap dan lain-lain yang berkaitan dengan kumpulan yang sentiasa berjaga-jaga, pemerhati, terutamanya militan, ketaksuban dan wasangka. Jika Kami mencadangkan online vigilantism diterjemahkan kepada kewaspadaan sistem atau kewaspadaan dalam talian, berdasarkan konteks penggunaan ayat tersebut (sila semak konteks penggunaannya).Penyemakan dan penterjemahan26.03.2015
"online communication" dalam bahasa Melayu dipanggil sebagai "komunikasi melalui talian" atau "komunikasi dalam talian"? Terima Kasih.Padanan online communication dalam bahasa Melayu ialah komunikasi dalam talian.Istilah04.05.2011
Harap dapat penjelasan berkaitan maksud 'online instruction'.tkBerdasarkan maklumat yang ada kami mencadangkan online instruction diterjemahkan kepada arahan secara dalam talian.Penyemakan dan penterjemahan20.02.2015
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata online