Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Karyawan ; Puisi ; Ensiklopedia ; Buku ; Peribahasa ; Multimedia ; Jurnal ; Universiti Awam ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; Novel ; Hasil Penyelidikan ; Dialek ;

 
Khidmat Nasihat
Soalan Jawapan Jenis Soalan Tarikh Soalan
Mohon pencerahan, ayat manakah yang betul? Dia terlalu bergantung pada orang lain. ataupun Dia terlalu bergantung kepada orang lain.Ayat yang gramatis ialah "Dia terlalu bergantung pada orang lain". Tatabahasa14.09.2011
Antara berikut, yang manakah ayat yang betul? 1. Kita tidak boleh hanya bergantung pada sumbangan orang lain. 2. Kita tidak boleh hanya bergantung kepada sumbangan orang lain.

Salam sejahtera,

'Kita tidak boleh hanya bergantung pada sumbangan orang lain' adalah ayat yang tepat.

Tatabahasa10.10.2012
Cuba elak memfokus pada/kepada apa yang kita dapat daripada orang lain.Cuba elak memfokus kepada apa yang kita dapat daripada orang lain.Tatabahasa28.03.2012
kita hendaklah berkongsi ilmu pengetahuan yang kita perolehi/memperoleh dengan orang lain.Ayat yang betul ialah kita hendaklah berkongsi ilmu pengetahuan yang kita peroleh daripada orang lain.Tatabahasa03.05.2009
Salam sejahtera, mencucikan = mencuci sesuatu untuk orang lain. 1. Saya mencucikan sehelai baju datuk. 2. Saya mencucikan datuk sehelai baju. Ayat yang mana betul ? Terima kasihDalam bahasa Melayu, apitan me-...-kan juga membawa maksud benefaktif atau membuat sesuatu pekerjaan untuk orang lain. Perkataan tersebut dalam bahasa Melayu tidaklah banyak. Apitan me-...-kan ini memerlukan objek bernyawa. Oleh itu, ayat yang betul ialah "Saya mencucikan datuk sehelai baju."

Saudara boleh merujuk buku Tatabahasa Dewan muka surat 197 untuk memahami fungsi apitan me-...-kan.
Tatabahasa15.05.2013
definisi atau istilah yang sesuai untuk pernyataaan ini, "kebolehan membayangkan dan mengongsi perasaan, pengalaman orang lain" terima kasihPerkataan yang hampir membawa maksud huraian tersebut ialah empati (daya menyelami dan memahami perasaan atau emosi orang lain)Makna23.08.2006
Salam sejahtera. Pertanyaan, "Dia begitu bangga dengan kedudukannya sehingga (mula atau mulai) menindas orang lain." Perkataan mana satukah yang lebih tepat penggunanya dalam Bahasa Melayu? Terima kasih.Dia begitu bangga dengan kedudukannya sehingga mulai menindas orang lain. Mulai bermaksud mula-mula melakukan sesuatu.Tatabahasa04.04.2013
Apakah maksud 'imlak'?

Imlak: 

Ar 1. perbuatan menyebut perkataan (ayat dll) supaya ditulis oleh orang lain; 2. sesuatu yg dikatakan atau dibaca supaya ditulis oleh orang lain, rencana;

Makna25.06.2009
Apakah perbezaan antara memajakkan dengan mencagarkan? Boleh bagi contoh ayat untuk membezakannya?

Makna memajakkan ialah menyerahkan sesuatu hak atau kuasa kpd orang lain dgn mengambil sewa: Mereka kemudian ~ kawasan itu kpd orang lain. Mencagarkan pula ialah memberikan sesuatu sbg cagaran hutang.

Makna08.08.2010
Sungguhpun Ali hidup dalam kemewahan, tetapi dia tidak pernah sombong terhadap orang lain. penggunaan sungguhpun dan tetapi sesuai ke? atau perlu digugurkan tetapi? ayat yang paling gramatis ialah? penggunaan koma dlm ayat tersebut betul ke?Sungguhpun Ali hidup dalam kemewahan, dia tidak pernah sombong terhadap orang lain. - sungguhpun tidak diikuti dengan tetapi dan penggunaan koma dalam ayat itu melengkapkan ayat.Tatabahasa09.07.2008
Puisi
 

Balasatudin berasal nama,
     Yang bernama si Simpanglah Tiga;
Orang lain bukan tak ada,
     Abang seorang masih di mata.



Lihat selanjutnya...
Peribahasa
360

To each his own

Setiap orang berbeza kesukaannya.

Lain dulang lain kaki, lain orang lain hati.

Many people go for pretty singers, but if you ask my opinion, I'd prefer an ugly singer to preety one -> to each his own !

Kebanyakkan orang menyukai penyanyi yang cantik, tetapi jika anda bertanyakan pendapat saya, saya lebih suka penyanyi yang hodoh, bukannya yang cantik. Lain dulang lain kaki, lain orang lain hati!

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu



Lihat selanjutnya...