Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Artikel ; Puisi ; Ensiklopedia ; Peribahasa ; Novel ; Dialek ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Khidmat Nasihat
Soalan Jawapan Jenis Soalan Tarikh Soalan
Hakimi mengarahkan permainan itu dipercepat bagi mengelakkan keputusan padan dalam pertandingan itu munsyi, apakah perkataan sesuai menggantikan padan? TKPerkataan padan kurang sesuai dalam konteks ayat. Kamus Dewan mentakrifkan padan sebagai banding, imbangan, lawan, tanding, tara: lawan itu bukan ~nya; sama ~ seimbang; 2. cocok, sesuai, patut, sama: pakaian baru yang ~ dgn bentuk badannya; banyak lagi orang muda yang ~ menjadi suaminya; ~lah engkau dipilih menjadi ketua; 3. dapat dipakai (berkenaan pakaian seperti baju, seluar, dsb), muat: baju yang baru dibelinya itu kecil, tidak ~ dengannya;

Kami mencadangkan perkataan seri. Saudara boleh layari laman web prpm.dbp.gov.my untuk carian kata dan makna untuk lebih lanjut.
Tatabahasa24.04.2013
suai padan atau suai-padan?yang mana satu ejaan yang betul?Ejaan yang betul ialah suai padan.Ejaan22.05.2013
Hakimi mengarahkan permainan itu dipercepat bagi mengelakkan keputusan padan dalam pertandingan itu. Munsyi, apakah perkataan yang sesuai digantikan dengan padan? TKPadan bermaksud sesuai atau sama. Sila rujuk kamus untuk mencari perkataan yang sesuai dengan konteks ayat yang digunakan.Tatabahasa22.07.2012
penggunaan perkataan PADAN. Adakah boleh digunakan dalam ayat di bawah ini? Perhiasan di dalam rumah Puan Esah tidak padan dengan keadaan rumahnya yang telah usang.Boleh digunakan kerana padan sinonim dengan sesuai: cocok, layak, patut, wajar, kena.Tatabahasa21.10.2010
Aduan : Semakan kembali perkataan "Lahiriah ; Ar" "laif Ar : Daif" Laik Ar : layak, patut, padan -adakah benar dari perkataan Bahasa Arab? Pada pengetahuan saya, huruf `Ain (jawi) adalah ditulis dengan tanda komar di atas sebelum atau selepas huruf A atau I bagi membezakan dengan perkataan dan sebutan huruf lain. Contoh : "Faal Ar perlu ditulis dengan Fa`al" Begitu juga dengan Huruf Qof (Jawi) perlu dibezakan dengan huruf Kaf(Jawi) dengan Huruf Qof (Q) dan Huruf Kaf (K) "Lakab Ar perlu ditulis dengan perkataan Laqab" Cadangan saya , DBP menyemak kembali perkataan dengan tanda Ar bagi memudahkan sebutan dan penggunaan orang awam yang tiada latarbelakang Bahasa Arab dapat menggunakan dan menyebut dengan betul. Rujukan pakar adalah amat perlu yang berlatarbelakangkan Bahasa Arab. Terima kasihPandangan puan akan kami salurkan kepada bahagian yang berwenang di DBP. Untuk makluman puan, dalam konteks umum perkataan yang diambil daripada bahasa Arab diselaraskan ejaannya dengan sistem ejaan Rumi bahasa Melayu. Walau bagaimanapun sistem ini tidak terpakai bagi perkataan daripada bahasa Arab yang menjadi istilah agam dan digunakan dalam konteks khusus yang berkaitan dengan pengajian Islam. Dalam Pedoman Transliterasi Perkataan Arab ke Ejaan Rumi, perkataan Arab yang menjadi istilah agama dan digunakan dalam konteks pengajian Islam hendaklah menggunakan sistem transliterasi sepenuhnya. Contohnya huruf "tha" dalam ejaam umum digantikan dengan huruf "s" tetapi transliterasi menggunakan huruf "th" seperti thabit.Lain-lain25.07.2013
Salam Lebaran... Apakah perbezaan segi tiga dengan tiga segi?Menurut data kami, segi tiga ialah rajah yang mempunyai tiga sem­padan dan tiga sudut yang berjumlah 180o. ~ bersudut cakah segi tiga yang salah satu sudutnya melebihi 90o. ~ bersudut tirus segi tiga yang setiap sudutnya bernilai kurang daripada 90o tetapi jumlah keseluruhannya ialah 180o. ~ dua sama segi tiga yang mempunyai dua sempadan yg sama panjang. ~ sama segi tiga yang ketiga-tiga sempadannya sama panjang. ~ serba sama dua segi tiga atau lebih yang sama ukuran sempadan dan sudutnya. ~ tak sama segi tiga yang ketiga-tiga sempadannya tidak sama panjang. ~ tepat segi tiga yang mempunyai satu sudut tepat, iaitu yang bernilai 90o. Manakala contoh ayat bagi tiga segi ialah rumahnya dihiasi rumput tiga segi.Makna10.07.2016
Tuan, Salam sejahtera, Mohon penjelasan frasa "Seyogia diingatkan" yang sering digunakan dalam surat rasmi. Terima kasihPerkataan seyogia berasal daripada perkataan yogia. Yogia bermaksud berpatutan,padan,layak. Seyogia bermaksud sepatutnya,selayaknya,semestinya. Perkataan tersebut boleh digunakan mengikut konteks ayat yang sesuai.Tatabahasa04.02.2013
Assalamualaikum/Salam Sejahtera Tuan/Puan. Mohon penerangan maksud perkataan 'SAYUGIA' beserta penerangan atau contoh ayat yang sesuai. Terima kasih.Perkataan seyogia berasal daripada perkataan yogia. Yogia bermaksud berpatutan,padan,layak. seyogia bermaksud sepatutnya,selayaknya,semestinya. Rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, halaman 1812. Makna26.08.2015
apakah maksud sebenar perkataan "sayugia". Perkataan ini sering digunakan dalam penulisan surat seperti "sayugia diingatkan..." Dari manakah asal perkataan ini?Perkataan seyogia berasal daripada perkataan yogia. Yogia bermaksud berpatutan,padan,layak. seyogia bermaksud sepatutnya,selayaknya,semestinya. Rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, halaman 1812. Makna23.02.2009
Saya tidak pasti yang manakah yang betul? 'Padankan dengan objek yang betul.' atau 'Padankan kepada objek yang betul.'Yang betul ialah "Padankan dengan objek yang betul" kerana kata "padan" digunakan dengan kata sendi nama  "dengan" yang menyatakan kesesuaian atau untuk menunjukkan cara sesuatu itu dilakukan, dicapai dan sebagainya.Tatabahasa22.03.2010
Tesaurus
 
padan (adjektif)
1. Bersinonim dengan sesuai: cocok, layak, patut, wajar, kena, tanjak, ngam, laik, labut, pantas, surup, yogia, klop, ukur,

2. Bersinonim dengan muat: sesuai, cocok, kena, ngam,

Kata Terbitan : sepadan, berpadanan, memadankan, padanan, pemadanan,

Puisi
 

Jelatik burung jeladan,
     Burung terkukur terbang tinggi;
Sama patut samanya padan,
     Mari diukur samanya tinggi.



Lihat selanjutnya...