Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Artikel ; Karyawan ; Puisi ; Ensiklopedia ; Buku ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; Novel ;

 
Khidmat Nasihat
Soalan Jawapan Jenis Soalan Tarikh Soalan
salam, sy nk tanya kalau bg pahlawan perempuan, diberikan perkataan srikandi, kalu bagi pahlawan lelaki, adakah ada nama lain utk menggantikan pahlawan?Pahlawan bersinonim dengan wira, pendekar, sateria, kesateria, perwira dan panglima.Tatabahasa07.01.2013
1.Apakah definisi pahlawan? 2.Apakah definisi bahasa pengantar? 3.Apakah makna luwes?1. Pahlawan bermaksud orang yang gagah dan berani,pejuang yang gagah, perwira 2. Bahasa pengantar ialah bahasa yang digunakan untuk menyampaikan maklumat,seperti ilmu pengetahuan dll. 3. Luwes bermakna tidak terlalu ketat, mudah disesuaikan(dengan keadaan),dapat diubah suaiMakna24.01.2007
Salam sejahtera, Soalan: Menukarkan ayat i bawah dari ayat aktif kepada ayat pasif. Baginda menganugerahi pahlawan itu bintang kehormat dalam satu istiadat yang berlangsung di Balirung Seri, Istana Alam Shah, Klang. Jawapan 1: pahlawan itu dianugerahi oleh baginda bintang kehormat dalam satu istiadat yang berlangsung di Balairung Seri, Istana Alam Shah, Klang. Jawapan2: Pahlawan itu dianugerahi bintang kehormat oleh baginda dalam satu istiadat yang berlangsung di Balairung Seri, Istana Alam Shah, Klang. Persoalan saya, berdasarkan jawapan di atas, manakah yang dianggap sebagai jawapan yang betul dan gramatis? Terima kasihJawapan yang betul ialah jawapan no.2.Tatabahasa28.07.2010
soalan pertama 1. Beliau dianggap sebagai perwira atau pahlawan negeri Sarawak. 2. Beliau dianggap sebagai perwira atau pahlawan Negeri Sarawak. soalan saya: Merujuk kepada ayat di atas, penggunaan negeri Sarawak atau Negeri Sarawak betul? Ayat 1 atau ayat 2 yang betul. Soalan kedua 1. Orang Melayu memakai baju Melayu. 2. Orang Melayu memakai Baju Melayu. Soalan saya Merujuk kepada ayat diatas pengggunaan baju Melayu atau Baju Melayu betul? Ayat 1 atau ayat 2 yang betul? Soalan ketiga 1. Beliau ialah Guru Besar sekolah saya. 2. Beliau ialah guru besar sekolah saya. Soalan saya Merujuk kepada ayat diatas, penggunaan guru besar atau Guru Besar betul? Ayat 1 atau ayat 2 betul? Soalan keempat 1.Yoyo Cina ialah sejenis permainan tradisional kaum Cina. 2. Yoyo Cina ialah sejenis permainan tradisional Kaum Cina. Soalan saya Merujuk kepada ayat diatas penggunaan Kaum Cina atau kaum Cina betul?ayat 1 atau ayat 2 yang betul? Sekian terima kasih. Tan Foo Sian

Saudara,

Jawapan yang tepat ialah:

1. Ayat pertama jawapan yang betul ialah, 'negeri Sarawak' Penggunaan huruf besar pada perkataan 'negeri' apabila terletak di pangkal ayat sahaja kecuali pada kata nama khas misalnya 'Negeri Sembilan'

2.
 Ayat kedua jawapan yang tepat adalah 'baju Melayu'. Namun, sekiranya Baju Melayu Cekak Musang, Baju Melayu Teluk Belanga pula,  perlu ditulis dengan huruf besar kerana baju tersebut dikategorikan sebagai kata nama khas bagi pakaian tersebut.

3. Ayat yang betul ialah 'guru besar'. Berdasarkan Pedoman Umum Ejaan Bahasa Malaysia, huruf besar digunakan sebagai huruf pertama unsur nama jawatan dan pangkat yang diikuti nama orang. Berdasarkan pertanyaan saudara, guru besar merupakan kata nama am dan ditulis dengan huruf kecil. Walau bagaimanapun, dalam teks ucapan atau dalam majlis tertentu, guru besar boleh ditulis dengan huruf besar kerana kerana kata tersebut dijadikan panggilan khas untuk merujuk orang tertentu yang berada dalam sesuatu majlis.

4. Jawapan yang tepat ialah 'kaum Cina'

Terima kasih kerana menggunakan perkhidmatan kami.

Tatabahasa13.08.2012
Salam sejahtera, Soalan berbunyi: Menukarkan ayat di bawah dari ayat aktif kepada ayat pasif. Baginda menganugerahi pahlawan itu bintang kehormat dalam satu istiadat yang berlangsung di Balirung Seri, Istana Alam Shah, Klang. Jawapan 1: pahlawan itu dianugerahi oleh baginda bintang kehormat dalam satu istiadat yang berlangsung di Balairung Seri, Istana Alam Shah, Klang. Jawapan2: Pahlawan itu dianugerahi bintang kehormat oleh baginda dalam satu istiadat yang berlangsung di Balairung Seri, Istana Alam Shah, Klang. Persoalan saya, berdasarkan jawapan di atas, manakah yang dianggap sebagai jawapan yang betul dan gramatis? Terima kasihJawapan yang betul ialah jawapan no.2.Tatabahasa28.07.2010
Salam..Saya Amir Marhin bin Ibrahim telah mengantar skrip bertajuk Pahlawan Tuk guru kepada pihak DBP dan telah diluluskan untuk diterbitkan pada Bulan Mei 2012.Saya ingin mengetahui perkembangan buku saya tersebut samada telah dicetak atau sebaliknya kerana saya tidak menerima apa-apa maklumbalas daripada pihak tuan.Salam sdr. Amir, untuk makluman sdr., manuskrip Pahlawan Tuk Guru telah pun diluluskan penerbitannya oleh Jawatankuasa Penerbitan DBP pada 26 April 2012. Mengikut prosedur biasa, manuskrip perlu disunting oleh editor dan tempoh penyuntingan mengambil masa antara 1 - 3 bulan mengikut ketebalan manuskrip. Setelah disemak, manuskrip sdr. masih di peringkat penyuntingan dan dijangka siap pada pertengahan Disember 2012. Insya Allah, saya akan pemantau status manuskrip ini dari semasa ke semasa. Untuk maklumat lanjut, sdr. boleh hubungi editor Puan Norhamiza melalui talian 03-21482204 atau e-mel norhamiza@dbp.gov.my. Terima kasih.Lain-lain31.10.2012
Jika ayat' Kereta itu tercantik sekali.' dikatakan salah. Adakah ayat' Pahlawan itu terkenal sekali ' juga salah? Terima kasih.Untuk makluman saudara Kata penguat amat, sangat, sungguh, dan begitu boleh digunakan serentak dengan kata penguat "sekali". Walau bagaimanapun kata  Kata penguat "ter" dan "paling" tidak boleh digunakan dengan sekali. oleh Itu, kedua-dua contoh ayat (Kereta itu tercantik sekali  dan Pahlawan itu terkenal sekali) yang saudara berikan adalah salah.Tatabahasa05.03.2010
Saya ingin dapatkan sinopsis cerita "KANANG CERITA SEORANG PAHLAWAN"Salam. Buku Kanang adalah buku autobiografi. Sehingga kini pihak kami belum lagi membuat sinopsis buku autobiografi. Walau bagaimanapun buku tersebut ada dijual di Kedai Buku Koperasi DBP. Sdr digalakkan memilikinya dan membuat sinopsis tersebut. Sekian dan wassalam. Lain-lain14.04.2009
Ketika dia tersiuk-siuk melangkah dengan tiga kakinya....(cerpen Pahlawan Buntung Antologi Tingkatan 5 muka surat 123) apakah maksud tersiuk-siuk?

Saudara,

Perkataan tersiuk-siuk dalam ayat yang di atas bermaksud bunyi yang terhasil daripada proses pergerakan yang cepat contohnya  berjalan, bunyi seperti rotan di sebat di udara, atau bunyi  suara orang sedang dalam keadaan kepedasan. Untuk mendapatkan maklumat yang lebih lanjut sila rujuk Kamus Dewan Edisi keempat halaman 1509.

sekian, terima kasih.

Sastera09.02.2011
Salam sejahtera, Soalan: Saya menghadiahi Ali sebuah basikal. Jika ditukarkan kepada ayat pasif, adakah berbunyi begini: Jawapan: Sebuah basikal saya hadiahi Ali. Atau salah. Jika salah, mengikut objek tepat dan objek sipi seperti yang pernah saya email kepada DBP: Baginda menganugerahi pahlawan itu bintang kehormat.... ditukarkan pasif akan jadi: Pahlawan itu dianugerahi bintang kehormat oleh baginda. Terima kasih.

Ayat pasif ialah Ali dihadiahi saya sebuah basikal atau ayat pasif songsang menjadi Saya hadiahi Ali sebuah basikal.

Tatabahasa30.07.2010
Tesaurus
 
pahlawan (kata nama)
Bersinonim dengan wira, pendekar, bahadur, sateria, kesateria, perwira, panglima, perajurit, pejuang, srikandi, wirawati, hulubalang, mahaguru, hero, protagonis;,
Kata Terbitan : kepahlawanan,