Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Perkhidmatan ; Artikel ; Puisi ; Ensiklopedia ; Peribahasa ; Jurnal ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; Novel ; Dialek ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Khidmat Nasihat
Soalan Jawapan Jenis Soalan Tarikh Soalan
Salam tuan, Saya kemukakan beberapa rangkaim kata seperti berikut: guna pakai terima pakai pendingin hawa penghawa dingin Soalan saya: 1. yang manakah yang tepat bagi rangkai kata yang berkenaan 2. Adakah apa-apa formula yang memudahkan pelajar bagi menjawab masalah yang timbul seperti maklumat di atas

Encik Mahayuddin,

Rangkai kata yang tepat ialah guna pakai, terima pakai dan pendingin hawa. Memang setakat ini tidak ada formula yang digunakan walau bagaimanapun kita mesti memahami hukum DM - diterang yang menerangkan dan sedikit ilmu terjemahan.

Tatabahasa05.10.2010
Perkataan-perkataan berikut adakah dieja rapat atau jarak? 1. Dipindahmilik/Memindahmilik atau Dipindah milik/Memindah milik 2. Ditandatangani/Menandatangani atau Ditanda tangani/Menanda tangani 3. Digunapakai/Menggunapakai atau Diguna pakai/Mengguna pakai Terima kasih.

Ejaan yang betul ialah: 1. Dipindah milik/Memindah milik  2. Ditandatangani/Menandatangani  3. Diguna pakai/ Mengguna pakai

Ejaan17.01.2011
bagaimanakah cara yang sebenarnya untuk mengeja perkataan GUNAPAKAI. Adakah "gunapakai" atau "guna pakai" atau "guna-pakai"?Ejaan yang betul ialah guna pakai.  Ejaan11.03.2009
GUNA PAKAIGUNA PAKAIEjaan19.01.2011
Adakah ada perkataan "diguna pakai" dalam bahasa Malaysia dan adakah boleh digunakan dalam ayat berikut : Sistem tersebut telah diguna pakai oleh agensi perhutanan untuk tujuan pemantauan perubahan hutan. Terima kasih.Perkataan yang betul ialah diterima pakai, Sistem tersebut telah diterima pakai oleh agensi perhutanan untuk tujuan pemantauan perubahan hutan.Tatabahasa21.09.2012
perkataan diterima pakai dijarakkan atau didekatkan seperti diterimapakai atau diterima pakai..Ejaan yang betul ialah diterima pakai.Ejaan04.09.2006
Perkataan mengguna pakai

Perkataan 'mengguna pakai' dieja sebagai dua perkataan.

Ejaan25.04.2008
1)diterima pakai atau diterimapakai 2)ditambah nilai1)diterima pakai 2)ditambah nilaiEjaan12.07.2011
1)diguna pakai atau digunapakai 2)dikenal pasti atau dikenalpasti1)diguna pakai 2)dikenal pastiEjaan08.04.2011
Jenis bahasa yang diguna pakai masyarakat melayuJenis bahasa yang diguna pakai ialah rumpun bahasa Austronesia yang terdiri daripada empat cabang, iaitu kumpulan bahasa Nusantara, kumpulan bahasa Polinesia, kumpulan bahasa Melanesia dan kumpulan bahasa Mikronesia. Rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 3-5.   Lain-lain30.04.2008
Tesaurus
 
pakai
Kata Terbitan : memakai, terpakai, pakaian, berpakaian, pemakaian, sepemakaian, pemakai,

Puisi
 

Pakai sepatu Indera Bangsawan,
     Sayang pak imam pergi ke kota;
Jangan begitu wahai kawan,
     Teguhkan iman di dalam dada.



Lihat selanjutnya...
Peribahasa
254

Make hay while the sun shines

Ambillah kesempatan sepenuhnya daripada keadaan atau peluang yang ada sebelum ia lenyap.

Menjemur sementara panas

"People are going to tight pants this season, and we should quickly make hay while the sun shines," said the boutique owner, hoping to reap a big profit out of the short-lived favourable situation.

''Musim ini, orang suka pakai seluar ketat, dan kita perlulah segera menjemur sementara panas,'' kata pemilik butik itu yang berharap dapat mengaut keuntungan besar daripada keadaan itu yang datang hanya sekejap.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu



Lihat selanjutnya...