Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pa.lung] | ڤالوڠ

Definisi : 1. tanah lekuk yg bertakung air, paluh; 2. petak atau kotak tempat makan (minum) binatang (kuda, lembu, dll), lawak-lawak; 3. sj saluran panjang yg berpetak-petak tempat mengasingkan bijih drpd batu-batu dll; 4. saluran air (drpd buluh dll); 5. Kd sj bekas utk mengisi semaian; ~ ikan bekas atau kotak drpd kaca tempat memelihara ikan, akua­rium. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pa.lung] | ڤالوڠ

Definisi : 1 tanah lekuk yg berisi air. 2 tempat makan dan minum binatang (lembu, kuda dll) yg dibuat berpetak-petak: ~ ikan bekas drpd kaca dll tempat memelihara ikan. 3 saluran panjang yg bersekat-sekat tempat mengasingkan bijih drpd pasir dll. 4 saluran air yg dibuat drpd buluh, simen dll. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
palung (kata nama)
1. Rujuk paluh 1

2. Bersinonim dengan lawak-lawak: maklaf.