Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Artikel ; Karyawan ; Ensiklopedia ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; Novel ; Dialek ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Khidmat Nasihat
Soalan Jawapan Jenis Soalan Tarikh Soalan
lebuh-lebuh raya? lebuh raya-lebuh raya? pasar-pasar raya? pasar raya-pasar raya? yang mana betul? terima kasih.Penggunaan yang betul ialah lebuh-lebuh raya dan pasar-pasar raya. Walau bagaimanapun perkataan ini tidak digandakan kerana untuk memastikan sama ada perkataan tersebut dalam bentul tunggal atau jamak boleh dilihat kepada keseluruhan ayat. Ayat "Perjalanan ke rumahnya melalui sebatang lebuh raya ..." sudah pasti dalam lebuh raya tersebut dalam bentuk tunggal dan ayat "Pasar raya di seluruh negara akan menganjurkan ..." sudah pasti banyak pasar raya yang terlibat.Ejaan20.06.2011
apakah bentuk jamak (plural) yang betul bagi perkataan berganda, seperti 'pasar raya besar' (hypermarkets), 'pejabat pos' (post offices) dll. Adakah ia pasar-pasar raya besar' atau pasar raya-pasar raya besar' 'pasar raya besar-pasar raya besar'?. Terima kasih. Mohd Halimi KarimBagi kata majmuk yang dieja sebagai dua perkataan, bahagian awal kata sahaja yang digandakan. Cth. pasar-pasar raya besar; pejabat-pejabat pos.Tatabahasa01.04.2008
The spelling of pasar raya is pasar raya or pasaraya?ejaan yang betul ialah pasar raya.Ejaan27.11.2008
Salam sejahtera, Tuan; Manakah yang betul? Pasar raya Tesco atau Pasar Raya Tesco? Terima kasih.Pasar Raya TescoTatabahasa08.02.2013
Apakah yang boleh diterjemahkan oleh kosa kata "hypermarket"? Pasar raya gedung atau pasar raya besar?Padanan bahasa Melayu bagi hypermarket ialah pasar raya besar.Penyemakan dan penterjemahan17.08.2006
Hello Khidmat Nasihat DBP, Ayat yang mana satu menggunakan kata 'pasar raya' dengan tepat? 1. Saya menemani ibu pergi ke PASAR RAYA petang kelmarin. 2. Saya menemani ibu pergi ke PASARAYA Parkson petang kelmarin. Saya juga ingin mengetahui apakah kata asal (bukan kata pinjaman) bahasa Melayu Terima kasih1. Saya menemani ibu pergi ke pasar raya petang kelmarin. Tidak ada maklumat sahih tentang perkataan asal bahasa Melayu. Untuk maklumat lanjut, saudara boleh merujuk buku/makalah yang berkaitan dengan sejarah bahasa Melayu.Tatabahasa08.03.2012
1. Yang manakah betul? ( Pasar Raya Jusco / Pasaraya Jusco )Ejaan yang betul ialah Pasar Raya Jusco.Ejaan30.03.2011
Ingin tahu ejaan yang betul samada PASAR RAYA atau PASARAYA?Ejaan yang betul ialah pasar raya.Ejaan14.11.2007
bagaimana ejaan yang betul untuk pasar raya,lebuh raya ,jalan raya kereta api kapal terbang.adakah dijarakkan atau rapatPerkataan pasar raya, lebuh raya, jalan raya, kereta api, kapal terbang, dieja secara terpisah. Sekian, terima kasihEjaan20.09.2003
1. Ali melihat barangan kaca di pasar raya dengan berhati-hati. 2. Ali melihat barangan kaca dengan berhati-hati di pasar raya. Ayat 1 atau 2 betul?Ayat 1.Tatabahasa20.04.2013
Tesaurus
 
pasar (kata nama)
Bersinonim dengan pekan, pekan sari, pasar raya, pasar mini, pasar malam, pasar kering, pasar basah, pasar tani, pasar besar, pesara, pasara;,
Kata Terbitan : memasarkan, pasaran, pemasaran,