Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Karyawan ; Puisi ; Ensiklopedia ; Buku ; Peribahasa ; Multimedia ; Kerajaan Malaysia ; Dialek ;

 
Khidmat Nasihat
Soalan Jawapan Jenis Soalan Tarikh Soalan
Pedoman Umum Ejaan Rumi Bahasa Melayu (1992: 48) mengatakan panjang tanda pisah dua kali sempang dan tidak diapit oleh ruangan. Saya beranggapan bahawa ungkapan tidak diapit oleh ruangan bermaksud tanda pisah itu satu unit, iaitu tiada ruangan di antara sempang pertama dengan sempang kedua. Adakah anggapan saya betul?Dalam buku Gaya Dewan, Edisi Ketiga terbitan DBP, Tanda pisah ialah tanda baca yang panjangnya satu en dan memenuhi fungsi yang berikut, iaitu memisahkan keterangan bagi sesuatu idea, menunjukkan aliran fikiran penulis dan menggantikan perkataan hingga. Contoh yang mudah ditemui adalah seperti "Jun - Oktober", kedua-dua perkataan tersebut dan tanda baca (tanda pisah) dikira tiga unit yang berlainan. Tanda baca yang tidak diapit oleh ruangan ialah tanda sempang.Lain-lain14.01.2013
Saudara, Adakah empat buah buku yang dinyatakan ini mempunyai nama penulis masing-masing? Pedoman Umum Sebutan Baku Bahasa Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka, 1988 Pedoman Sebutan Baku Bahasa Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka, 1994 Pedoman Umum Ejaan Bahasa Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka, edisi ke satu 1985 Pedoman Umum Ejaan Bahasa Malaysia , Dewan Bahasa dan Pustaka, edisi kedua 1987 Terima Kasih..Maaf kesemua bahan ini tidak mempunyai penulis. Kecuali buku Pedoman Sebutan Baku Bahasa Melayu tahun 1988 disusun oleh Encik Ismail DahamanLain-lain21.10.2007
PEDOMAN EJAAN TERKINI YANG DIGUNA PAKAI DI DBP?(i) PEDOMAN EJAAN DAN SEBUTAN B. MELAYU, 2002 (ii) PEDOMAN EJAAN DAN SEBUTAN B. MELAYU, 1994Lain-lain27.08.2010
ADAKAH PORTAL DBP INI MENYEDIAKAN APLIKASI YANG MEMBOLEHKAN PENGGUNA MENCARI DAN MEMUAT TURUN JURNAL, ARTIKEL ATAU YANG SEUMPAMANYA?Ya, antara dokumen yang boleh dimuat turun ialah brosur, pedoman dan pedoman bahasa serta borang.Lain-lain07.10.2010
Adakah buku Pedoman Umum Ejaan Bahasa Melayu sempena Ulang Tahun Ke-20 MABBIM, terbitan 1992 masih boleh diguna pakaimasih boleh digunakanLain-lain25.12.2008
Sumbangan Dewan Bahasa dan Pustaka dalam perkembangan bahasa melayuDewan Bahasa dan Pustaka banyak memberikan sumbangan dalam perkembangan bahasa Melayu dari awal penubuhannya sehinggalah sekarang. Antaranya ialah pedoman ejaan baru, pedoman pembentukan istilah, penataran bahasa, penyelarasan garis panduan, pemantauan bahasa dan banyak lagi.Lain-lain22.08.2006
Bagaimanakah cara untuk mendapatkan pedoman/lembar bahasa setiap kali ia diterbitkan?Maklumat mengenai penerbitan Pedoman atau Lembar Bahasa boleh diperoleh daripada Bahagian Promosi dan Pengiktirafan, Aras 25, Menara DBP, Jalan Dewan Bahasa 50460, Kuala Lumpur atau telefon 03-21482873.Lain-lain11.04.2011
terangkan tentang sistem tulisan jawiPedoman Umum Ejaan Jawi boleh diperoleh dalam buku Pedoman Ejaan dan Sebutan Bahasa Melayu, di Bhg. Tiga - dalamnya terkandung latar belakang, tulisan, penulisan, pelambangan, pengejaan kata dasar/ kata serapan (Arab/Inggeris), kekecualian, penulisan kata terbitan/ kata sendi/ kata ganti, partikel, gabungan kata, akronim dan singkatan, juga dalam buku Daftar Kata Bahasa Melayu (2 jilid)Lain-lain22.09.2006
assalamualaikum... saya ingin bertanya bagaimanakah caranya untuk mendapatkan Koleksi Pedoman Bahasa untuk rujukan guru dan pelajar sekolah. sekian, terima kasih.

Puan,

Permohonan untuk mendapatkan Koleksi Pedoman Bahasa boleh dibuat dengan menulis surat kepada Ketua Bahagian Promosi dan Pengiktirafan, Jabatan Pengembangan Bahasa dan Sastera, Dewan Bahasa dan Pustaka, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur. 

Lain-lain12.08.2010
kenapa kata hubung dalam tajuk tidak ditulis dengan huruf besar.Begitu juga dengan bin dan binti pada nama seseorang juga ditulis dengan huruf kecilDalam Pedoman Umum Ejaan Bahasa Melayu, kata hubung dan kata sendi nama ditulis dengan huruf kecil. Hal itu telah disepakati dalam kalangan penyusun Pedoman. Oleh itu, penulisan pada hari ini mengikut pedoman yang telah ditetapkan.Ejaan07.05.2012
Tesaurus
 
pedoman (kata nama)
1. Dalam konteks alat
bersinonim dengan kompas, petunjuk,

2. Bersinonim dengan panduan: bimbingan, pimpinan, pegangan, ikutan petunjuk, tunjuk ajar al-Quran, hadis, sunnah, nas, fatwa,

Kata Terbitan : berpedoman, berpedomankan,

Puisi
 

Baik-baik jaga pedoman,
     Kapal belayar puting anak;
Sudah kembang bunga di taman,
     Suka hati kumbang yang banyak.



Lihat selanjutnya...