Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Karyawan ; Puisi ; Khidmat Nasihat ; Peribahasa ; Multimedia ; Kerajaan Malaysia ; Dialek ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Ensiklopedia
Tajuk Sinopsis Bidang Klasifikasi
PEDOMAN EJAAN PAKATAN BAHASA MELAYU PERSURATAN BUKU DI RAJA JOHOR

PEDOMAN EJAAN PAKATAN BAHASA MELAYU PERSURATAN BUKU DI RAJA JOHOR, buku pedoman ejaan.  Pedoman ini dikenaI juga sebagai Pedoman Ejaan P.Bm.P.B.  Diraja Johor atau Pedaman Ejaan Pakatan.  Pedoman ini disusun oleh Mejar Dato' Haji Muhammad Said Haji Suleiman.  Tujuan diadakan pedoman ini adalah untuk menyeragamkan dan membakukan ejaan jawi yang digunakan dalam penerbitan bahasa Melayu, khususnya di Johor.  Semasa pedoman ini disusun, perbincangan telah dibuat oleh Haji Muhammad Said dengan Pendeta Za'ba yang bertugas di Tanjung Malim pada ketika itu.  Pada tahun 1937, pedoman ini diterbitkan oleh Pakatan Bahasa Melayu Persuratan Buku-buku Diraja Johor dengan judul Panduan Bagi Hejaan P.Bm.P.B.  Diraja, iaitu sebagai pedoman rasmi bagi ejaan Jawi untuk kegunaan Pakatan dan ahli-ahlinya, serta juga penerbitan buku-buku bagi kerajaan Johor. Pedoman ini mengandungi 25 halaman.

BAHASABahasa
PEDOMAN UMUM PEMBENTUKAN ISTLLAH BAHASA MELAYU

PEDOMAN UMUM PEMBENTUKAN ISTlLAH BAHASA MELAYU, buku pedoman untuk penggubalan istilah.  Buku ini pertama kali diterbitkan pada tahun 1975.  Penerbitnya ialah Dewan Bahasa dan Pustaka bagi pihak Jawatankuasa Tetap Bahasa Malaysia Kementerian Pendidikan Malaysia. Edisi kedua buku ini diterbitkan pada tahun 1987. Buku setebal 35 halaman ini terbahagi kepada enam bab, iaitu Bab Pertama: Konsep-konsep Dasar, Bab Kedua: Sumber Istilah, Bab Ketiga: Unsur dan Proses Tatabahasa dalam Peristilahan, Bab Keempat: Aspek Makna dalam Pembentukan Istilah, Bab Kelima: Istilah Singkatan dan Lambang dan Bab Keenam: Kaedah Pengejaan Istilah Pinjaman.

BAHASABahasa
PEDOMAN EJAAN JAWI ZA'BA

PEDOMAN EJAAN JAWI ZA'BA, satu sistem ejaan Jawi yang digunakan dalam buku karangan Za'ba yang berjudul Daftar Ejaan Melayu (Jawi-Rumi).  Buku ini diterbitkan pada tahun 1949.  Usaha mengumpul bahan untuk buku ini bermula pada tahun 1918 tetapi hanya pada tahun 1938 bahan-bahannya siap dikumpul.  Pada bahagian permulaan buku ini diberikan kaedah tulisan Melayu dengan huruf Jawi atau dengan kata lain Pedoman Ejaan Jawi bagi bahasa Melayu.  Sebenarnya sebelum disusun kaedah ejaan Jawi yang terdapat dalam buku Daftar Ejaan Melayu, Za'ba telah menulis sebuah buku yang berjudul Rahsia Tulisan Jawi (1931).  Pada tahun 1940, Za'ba memasukkan kaedah ejaan Jawi ke dalam bukunya Pelita Bahasa Melayu Penggal 1.

BAHASABahasa
PEDOMAN EJAAN DIAN

PEDOMAN EJAAN DIAN, sistem ejaan Jawi yang diperkenalkan oleh majalah Dian yang terbit di Kota Bharu, Kelantan.  Sistem ejaan ini diperkenalkan kerana sejak dalam Akta Bahasa 1963 yang menjadikan dan menetapkan tulisan Rumi sebagai tulisan rasmi bagi bahasa Melayu, ramai orang Melayu tidak dapat membaca tulisan Jawi.

BAHASABahasa
PEDOMAN EJAAN UTUSAN MELAYU

PEDOMAN EJAAN UTUSAN MELAYU, sistem ejaan Jawi yang digunakan oleh Utusan Melayu.  Utusan Melayu adalah satu-satunya akhbar harian Melayu yang bertulisan Jawi yang masih berterusan penerbitannya hingga ke hari ini. Akhbar ini diterbitkan pada 29 Mei 1939 di Singapura.

BAHASABahasa
ANTONIONI, MICHELANGELO

Antonioni, Michelangelo (1912 ) ialah

pengarah filem Itali. Dia mula terkenal dengan

kaedah pengarahannya yang menekankan simbol

visual berbanding dengan plot dalam sesebuah

filem. Filem Antonioni yang disanjung, LAvventura

( The Adventure , 1960) dan La Notte ( The Night , 1960)

menceritakan kisah orang yang hilang pedoman

hidup walaupun berjaya dari segi kewangan.

UMUM
ILMU PERUBATAN MELAYU

ILMU PERUBATAN, pedoman perubatan secara tradisional bagi menjauhkan manusia daripada ancaman gangguan pelbagai jenis penyakit. Ilmu perubatan Melayu bukan sahaja berkisar pada keuzuran dan penyakit tetap meliputi hal yang mengganggu kesejahteraan kehidupan manusia.

BUDAYAKonsep
DAFTAR UMUM SEBUTAN BAKU BAHASA MELAYU

DAFTAR UMUM SEBUTAN BAKU BAHASA MELAYU, pedoman umum dan panduan sebutan baku. Buku ini diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 1991. Buku ini diterbitkan untuk memudahkan para pengguna bahasa Melayu merujuk dan menyebut setiap perkataan dalam bahasa Melayu dengan betul seperti yang dieja. Buku ini mengandungi transkripsi sebutan bagi sejumlah lebih kurang 20 000 kata dasar, termasuk sebutan bagi beberapa kata terbitan yang terdapat dalam bahasa Melayu. Setiap perkataan dalam ejaan Rumi disusun menurut abjad dan disertakan transkripsi sebutan baku yang dipermudah untuk keperluan semua peringkat pengguna.

 

BAHASAKarya
ALAMAT DAN TAKBIRALAMAT DAN TAKBIR, perkara atau peristiwa yang dipercayai mengandungi makna dan boleh dijadikan pedoman dalam menjalani kehidupan. BUDAYAKonsep
TENGGELAMNYA KAPAL VAN DER WIJCK

TENGGELAMNYA KAPAL VAN DER WIJCK, novel karya HAMKA yang pernah disiarkan secara bersiri dalam majalah Pedoman Masyarakat pada tahun 1939. Tenggelamnya Kapal van der Wijck diterbitkan oleh M. Sjarkawi di Medan pada tahun 1939. novel ini telah diulang cetak pada tahun 1949. Cetakan ketiga (1951) hingga ketujuh novel ini dibuat di Jakarta oleh Balai Pustaka. Pada tahun 1976 hingga tahun 1986, novel ini telah diulang cetak sebanyak 10 kali oleh penerbit Bulan Bintang. Mulai tahun 1963, novel ini diterbitkan di Malaysia oleh Pustaka Antara, Kuala Lumpur.

SASTERAKarya
1
Tesaurus
 
pedoman (kata nama)
1. Dalam konteks alat
bersinonim dengan kompas, petunjuk,

2. Bersinonim dengan panduan: bimbingan, pimpinan, pegangan, ikutan petunjuk, tunjuk ajar al-Quran, hadis, sunnah, nas, fatwa,

Kata Terbitan : berpedoman, berpedomankan,

Puisi
 

Baik-baik jaga pedoman,
     Kapal belayar puting anak;
Sudah kembang bunga di taman,
     Suka hati kumbang yang banyak.



Lihat selanjutnya...