Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Karyawan ; Universiti Awam ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; Hasil Penyelidikan ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Khidmat Nasihat
Soalan Jawapan Jenis Soalan Tarikh Soalan
apakah perbezaan surat pekeliling dengan pekelilingSurat pekeliling ialah surat pengumuman rasmi kerajaan yang dicetak dan diedarkan manakala pekeliling merujuk jalan yang berpusing atau beredar biasanya ditambah dengan perkataan lain untuk menjadikan perkataan itu bermakna, seperti jalan pekeliling atau surat pekeliling.Makna22.10.2009
1. Adakah penggunaan kata "pertukaran" yang biasa digunakan dalam surat-surat atau pekeliling-pekeliling adalah betul? Atau perlu menggunakan "penukaran"? Contohnya "arahan pertukaran pegawai X ke jabatan Z berkuat kuasa..." 2. Apakah perkataan "peralatan" boleh digandakan menjadi "peralatan-peralatan yang digunakan adalah..."? Terima kasih.Merujuk kepada prprm.dbp.gov.my menyatakan bahawa maksud pertukaran ialah merujuk perihal memberi dan menerima gantinya dan antara kebaikan pertukaran dapat memilih sesuatu perkara/barang yang paling sesuai dengan kehendak. Manakala penukaran pula bermaksud perbuatan hal dan sebagainya me­nukar atau menukarkan. Contoh ayat: penukaran permata asli dengan permata palsu itu dibuat secara sulit. Perkataan peralatan sudah memadai kerana sudah menunjukkan bilangan yang banyak.Makna20.01.2016
Apakah tafsiran yang tepat 'Pekeliling Perkhidmatan'.Pekeliling perkhidmatan ialah surat rasmi tentang sesuatu perkara yang diedarkan untuk pengetahuan umum. Pekeliling perkhidmatan sama dengan Pekeliling kerajaan dan surat pekeliling.Tatabahasa15.04.2013
Saya ingin bertanya apakah perbezaan antara Surat Pekeliling Am dengan Surat Pekeliling Perbendaharaan?1. Surat Pekeliling Am lebih memfokus kepada perkara-perkara umum seperti peraturan pejabat, penstrukturan semula dll., contoh: Penyeragaman Format Kepala Surat.
2.Surat Pekeliling Perbendaharaan lebih memfokus kepada hal-hal berkaitan perolehan dan kewangan, contoh: Langkah untuk Perbelanjaan Awam.
Lain-lain05.05.2015
Apakah maksud terperinci dan perbezaan maksud di antara: 1.Pekeliling Kerajaan (PKPA) 2.Surat Pekeliling Kerajaan 3.Surat edaran 4.garis panduanPekeliling kerajaan dan surat pekeliling ialah perkara yang sama, iaitu surat rasmi tentang sesuatu perkara yang diedarkan untuk pengetahuan umum. Surat edaran ialah surat yang diedarkan untuk pengtahuan umum seperti yang lazimdiedarkan dalam sesebuah organisasi. Garis panduan ialah panduan atau petunjuk-petunjuk yang perlu diikut, dasar (ciri-ciri utama dan sebagainya) yang boleh dijadikan panduan atau pegangan.Makna31.12.2012
Apakah penjodoh bilangan untuk kata nama 'pekeliling'? Adakah 'buah' (e.g. 2 buah pekeliling) atau tidak perlu ada penjodoh bilangan (e.g. 2 pekeliling)? Terima kasih.Tidak semua perkataan mempunyai penjodoh bilangan. Oleh yang demikian bagi perkataan perkeliling sudah memadai menggunakan ungkapan  satu atau dua pekelilingTatabahasa05.05.2008
Surat Pekeliling Am Bilangan 1 Tahun 2006: Langkah-langkah Memperkasakan Penggunaan Bahasa Kebangsaan dalam Perkhidmatan Awam. Jika, ada dan mungkin, mohon dilampirkan pekeliling ini. Terima kasih.Surat Pekeliling Am Bilangan 1 Tahun 2006: Langkah-langkah Memperkasakan Penggunaan Bahasa Kebangsaan dalam Perkhidmatan Awam boleh dilihat/didapati melalui laman web DBP untuk panduan/rujukan kita bersama.Lain-lain25.06.2007
Salam. Mohon pandangan tentang penggunaan singkatan LNPT yang merujuk kepada (Laporan Penilaian Prestasi Tahunan) seperti mana terkandung di dalam Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 2002 - Lampiran A2. Melalui rujukan pekeliling yang sama terdapat juga singkatan SKT yang merujuk kepada (Sasaran Kerja Tahunan). Sehubungan dengan itu di dalam Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 2002 - Lampiran A3 iaitu Panduan Penyediaan Sasaran Kerja Tahunan (SKT) terdapat pula istilah "Perancangan Kerja Tahunan" yang tidak mempunyai sebarang singkatan. Mohon pandangan lanjut daripada pihak DBP, adakah singkatan RKT boleh digunakan untuk (Perancangan Kerja Tahunan). Sekian, terima kasih.Sepertimana singkatan untuk Sasaran Kerja Tahunan diringkaskan kepada SKT, Perancangan Kerja Tahunan juga boleh diringkaskan kepada PKT. Lazimnya singkatan menggunakan huruf pertama pada setiap perkataan, kecuali ringkasan frasa tersebut telah dipopularkan menjadi RKT.Tatabahasa20.01.2017
Saya ingin tahu perlukah diulangi menulis Surat Pekeliling Ikhtisas seperti yang berikut: Pihak sekolah berjaya menawarkan kerja kursus seperti kehendak Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 9/1993 : Kerja Kursus Untuk Penilaian Menengah Rendah.(penggunaan pertama-ditulis penuh). Namun, tidak ramai guru yang mematuhi kehendak SPI Bil. 9/1993. (Penggunaan ke-2).Boleh disingkatkan seperti ini atau diulang sepenuhnyaPengulangan perkataan yang sama dalam satu ayat dibenarkan bergantung pada konteks ayat.Tatabahasa06.11.2010
Organisasi kami menggunakan istilah ratifikasi pekeliling yang bermaksud Circular Resolution yang diedarkan untuk kelulusan yang perlu dibuat secara segera. Apakah istilah yang sesuai untuk Circular Resolution tersebut? Adakah istilah edaran usul pekeliling atau usul edaran yang sesuai digunakan?Huraian atau maksud yang diberikan untuk istilah "circular resolution" kurang jelas. Sila berikan huraian yang lebih terperinci supaya kami dapat memberikan cadangan yang sesuai.Istilah25.05.2016
Tesaurus
 
keliling (kata nama)
1. Bersinonim dengan lilitan: lingkungan, litaran, lingkaran,

Kata Terbitan : berkeliling, mengelilingi, pekeliling,