Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Artikel ; Ensiklopedia ; Dialek ;

 
Khidmat Nasihat
Soalan Jawapan Jenis Soalan Tarikh Soalan
dialek sosialDialek adalah satu bentuk bahasa yang digunakan dalam sesuatu daerah atau oleh sesuatu kelas sosial berbeza daripada bahasa standard, loghat, pelat daerah (negeri dan lain-lain). Sosial adalah segala yang berkaitan dengan masyarakat, perihal masyarakat, kemasyarakatan.Makna13.09.2006
Apakah yang dimaksudkan dengan dialek dan bagaimana ia terjadi?

Dialek ialah jenis bahasa yang digunakan dalam percakapan di sesuatu daerah atau bahagian negeri yang mempunyai pelat sebutan yang khas bagi daerah itu, yang berbeza pula daripada sebutan-sebutan umum yang digunakan di negara ini.  Contohnya dialek Kelantan; dialek Kedah;dialek Negeri Sembilan dan sebagainya. Dialek ini terjadi kerana faktor geografi ataupun daerah.Apabila penutur terpisah oleh sekatan-sekatan geografi seperti gunung-ganang, hutan rimba, dan sungai-sungai, maka setiap kumpulan mempunyai sejarah perkembangannya yang tersendiri, termasuk perkembangan aspek bahasa.Dalam jangka masa panjang, ciri-ciri iperbezaan menjadi semakin nyata dan ini dikekalkan daripada satu generasi kepada generasi yang seterusnya. Untuk maklumat lanjut, saudara boleh merujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 35. Terima kasih.  

 

Lain-lain14.01.2009
DEFINISI DIALEK DAN SEMUA MAKLUMAT MENGENAI DILAEK,(dialék) satu bentuk bahasa yg digunakan dlm sesuatu daerah atau oleh sesuatu kelas sosial berbeza drpd bahasa standard, loghat, pelat daerah (negeri dll): ~ Kelantan; ~ Kedah; ~ sosial (Lin) variasi bahasa yg dituturkan oleh sesuatu kumpulan sosial atau lapisan masyarakat bahasa, mis bahasa istana.Makna11.08.2009
Berikan kepada saya beberpa contoh dialek-dialek dalam bahasa melayuDialek ialah satu bentuk bahasa yg digunakan dlm sesuatu daerah atau oleh sesuatu kelas sosial berbeza drpd bahasa standard, loghat, pelat daerah (negeri dll): ~ Kelantan; ~ Kedah. Contohnya sohor, eber. Maklumat lanjut, sila rujuk Kamus Dewan EdisiEjaan09.08.2006
bolehkah pihak DBP menerangkan kepada saya mengenai dialek khususnya dialek Kelantan dan pengaruhnya dalam aspek penulisan.

Dialék adalah satu bentuk bahasa yg digunakan dlm sesuatu daerah atau oleh sesuatu kelas sosial berbeza drpd bahasa standard, loghat, pelat daerah (negeri dll).  Variasi bahasa yg dituturkan oleh sesuatu kumpulan sosial atau lapisan masyarakat bahasa, mis bahasa istana. Mengenai pengaruhnya dalam aspek penulisan, ini bergantung pada seseorang penulis itu. Misalnya Shahnon Ahmad lebih menggunakan dialek daerah Kedah dalam novelnya yg terkenal seperti Seluang Menodak Baung, Srengengge, Ranjau Sepanjang Jalan dan sebagainya. Jarang-jarang terdapat penulis yg menggunakan dialek daerah dalam penulisan mereka. T.kasih.

Lain-lain26.08.2008
1. maksud bahasa klasik, jawa, moden dan english. 2. dialek(penggunaan bahasa)1. Bahasa klasik ialah bahasa lama 2. Bahasa Jawa ialah bahasa asal yang digunakan oleh orang -orang Jawa. 3. Bahasa moden ialah bahasa kini 4.Bahasa Inggeris ialah bahasa asal yang digunakan oleh orang-orang Inggeris. 5. Dialek ialah (dialék) satu bentuk bahasa yg digunakan dlm sesuatu daerah atau oleh sesuatu kelas sosial berbeza drpd bahasa standard, loghat, pelat daerah (negeri dll): ~ Kelantan; ~ Kedah; ~ sosial (Lin) variasi bahasa yg dituturkan oleh sesuatu kumpulan sosial atau lapisan masyarakat bahasa, mis bahasa istana. Untuk lebih jelas sdr. bolehlah merujuk Pusat Dokumentasi Bahasa Melayu, dalam KAWAT, (laman DBP).Makna12.02.2007
1
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pelat