Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Karyawan ; Ensiklopedia ; Peribahasa ; Universiti Awam ; Kerajaan Malaysia ; Novel ; Hasil Penyelidikan ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Khidmat Nasihat
Soalan Jawapan Jenis Soalan Tarikh Soalan
Ejaan perkataan 'sekalung penghargaan'. Atau adakah ejaannya seperti ini: 'Sekalong penghargaan".Ejaan yang betul ialah "sekalung penghargaan".Ejaan15.10.2014
1. Maksud pengiktirafan di tempat kerja dan kaitan dengan penghargaan.sekian, terima kasih.

Penghargaan bermaksud memberi pengiktirafan kepada seseorang berdasarkan sumbangan atau perkhidmatannya. Dalam konteks ini pengiktirafan di tempat kerja adalah penghargaan terhadap sumbangan atau perkhidmatan pekerja.

Lain-lain14.12.2009
minta bantuan contoh ayat yang tepat dalam sijil penghargaan dan sijil penganugerahan

Penggunaan ayat dalam sijil penghargaan bergantung pada majlis yang dianjurkan. Contohnya untuk majlis penyampaian peraduan esei, ayat yang boleh digunakan ialah:

Dewan Bahasa dan Pustaka merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Nor Khalid Musi kerana terpilih sebagai pemenang tempat pertama Peraduan Mengarang Esei 2009.

 

Tatabahasa14.11.2009
Majlis Penghargaan Pengguna Terbaik Bulanan Perpustakaan KBS @ Pengguna Bulanan terbaikPengguna Terbaik BulananTatabahasa14.01.2011
contoh surat penghargaan dan terima kasih di atas pencalonanMaklumat yang tuan perlukan tidak ada dalam pangkalan data kami. Untuk makluman tuan surat-menyurat tertakluk pada peraturan yang ditetapkan oleh jabatan masing-masing dengan berpandukan  Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 5 Tahun 2007, halaman 43. Untuk melihat penggunaan bahasa dalam surat rasmi, tuan boleh merujuk buku Penggunaan Bahasa dalam Surat Rasmi dan Bahasa dalam Komunikasi yang ditulis oleh Asmah Hj. Omar. Lain-lain19.12.2012
Selamat petang. Saya mahu bertanya, kalau penghargaan macam ini. Apakah tanda baca yang sesuai? Sekalung penghargaan juga ditujukan khusus kepada semua pihak yang berikut atas sumbangan yang telah diberikan sehingga buku ini dapat diterbitkan. - Jabatan Keselamatan Jalan Raya, Kementerian Pengangkutan Malaysia - Bahagian Buku Teks, Kementerian Pendidikan Malaysia - Semua pihak yang terlibat dalam proses penebitan buku ini Jadi, perlu letak apa2 tanda baca tak selepas JKJR, Bahagia BUku teks dan semua pihak yang terlibat itu?Dicadangkan supaya ditulis seperti ini: Sekalung penghargaan juga ditujukan khusus kepada Jabatan Keselamatan Jalan Raya, Kementerian Pengangkutan Malaysia, Bahagian Buku Teks, Kementerian Pendidikan Malaysia dan semua pihak yang terlibat kerana sumbangan yang telah diberikan sehingga buku ini dapat diterbitkan.Lain-lain02.09.2015
anugerah penghargaan keberanian. Adakah ianya kata nama khas atau umum? terima kasihAnugerah penghargaan keberanian boleh dikategorikan sebagai kata nama khas dan juga kata nama umum.Tatabahasa04.12.2014
Adakah "hadiah" berbeza dengan "cenderahati"?Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat makd hadiah ialah pemberian kerana penghargaan, untuk kenang-kenangan, sebagai penghormatan, dan lain-lain). Manakala cenderahati pula sesuatu yang diberikan kepada orang lain sebagai tanda penghargaan. Maka hadiah dan juga cenderahati adalah sesuatu yang sama kerana ia diberikan untuk menunjukkan sebagai tanda penghargaan dan sebagainya.Makna21.04.2016
Assalamualaikum Bole kah saya mendapatkan contoh surat ucapan terima kasih atau contoh surat Penghargaan. sekian terima kasih zaidi jpb kel

Untuk makluman saudara, penggunaan ayat dalam surat ucapan terima kasih atau surat penghargaan  bergantung pada majlis yang dianjurkan. Contohnya untuk majlis gotong-royong, ayat yang boleh digunakan ialah:

Dewan Bahasa dan Pustaka merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Saudara Zaidi Abu Bakar kerana telah menyumbangkan khidmat bakti dalam menjayakan Majlis Gotong-Royong  yang telah diadakan pada 2 Februari 2010.

Lain-lain11.02.2010
Assalamualaikum Tuan Says minta jasa Tuan untuk edit dan semak kaliamat di bawah ini: 1. Penghargaan & Terima kasih Kepada warga IPB Sempena majlis Konvokesyen ke 10 2. Penghargaan & Terima kasih Kepada warna IPB atas kejayaan majlis konvokesyen ke 10 Kami minta jasa bail Tuan until mengedit kalimat tersebut supaya menjadi kalimat yang betul Dan indah. Terima kasih Wasslam HasbiRakaman pernghargaan dan terima kasih kepada warga IPB bersempena dengan Majlis Konvokesyen Ke-10. 

Tatabahasa19.08.2014
Tesaurus
 
harga (kata nama)
1. Bersinonim dengan bayaran: belanja, perbelanjaan, kos, caj, tambang, yuran, nilai, tol, kadar,

2. Bersinonim dengan faedah: kualiti mutu, manfaat, guna, kepentingan, erti, makna,

Kata Terbitan : berharga, menghargai, menghargakan, penghargaan,