Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Artikel ; Puisi ; Ensiklopedia ; Peribahasa ; Universiti Awam ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; Hasil Penyelidikan ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Khidmat Nasihat
Soalan Jawapan Jenis Soalan Tarikh Soalan
penggunaaan perkataan studio pada iklan. contohnya studio perabot.Perkataan studio sudahpun digunakan dalam bidang pengiklanan.Tetapi penggunaan perkataan studio untuk perabot adalah tidak sesuai, jadi dicadangkan kedai perabot. Makna ialah 1. bilik tempat pelukis, pengukir, jurugambar, dsb bekerja; 2. bilik yg dilengkapi pelbagai peralatan utk siaran program radio atau televisyen, atau rakaman piring hitam; 3. bangunan yg digunakan oleh sesebuah syarikat penerbitan sbg tempat pembuatan filem. Sekian, terima kasih.Lain-lain01.11.2006
KEDAI PERABOT Silentnight Sleep BoutiqueSelamat ptg.

Sila layari www.prpm.dbp.gov.my untuk pengesahan iklan dalam talian. Sekian, terima kasih.
Lain-lain02.11.2016
kilang perabotTiada soalan yang dikemukakan, sila hubungi kami semula.Lain-lain01.08.2013
Kilang perabot itu menawarkan kerja (kosong) kepada belia yang berminatMenawarkan kerjaTatabahasa26.03.2008
PERABUT ATAU PERABOTEjaan yang betul ialah "PERABOT".Istilah01.03.2015
Ejaan yang betul 'perabut' atau 'perabot'Ejaan yang betul ialah perabotIstilah10.01.2016
Tuan, kilang kami ialah kilang membuat perabot dan komponen-komponennya (bukan kilang jual perabot). Selaginya papan iklan tersebut sudah ikut kami hampir 20 tahun. Kami harap tuan dapat meluluskan permohonan kami. Sekian terima kasih.Untuk pengesahan iklan, kemukakan permohonan tuan melalui domain "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP", bukannya Khidmat Nasihat Bahasa.Lain-lain15.07.2015
Pilih ayat yang betul. a. Setiap murid mengulang kaji pelajaran dengan tekun. b. Pelbagai barangan runcit dijual di pusat perabot. c. Saya tidak diberitahu oleh emak mengenai perkara yang telah terjadi. apakah jawapan bagi soalan ini? Bolehkah berikan penjelasan dan betulkan ayat yang salah kepada ayat yang betul. Terima kasiha. Setiap murid mengulang kaji pelajaran dengan tekun. Ayat ini betul. 
b. Pelbagai barangan runcit dijual di pusat perabot. Fakta ayat kurang tepat, ayat yang betula ialah "pelbagai jenis perabot dijual di pusat perabot". 
c. Saya tidak diberitahu oleh emak mengenai perkara yang telah terjadi. Ayat ini betul.
Tatabahasa24.04.2014
Menurut wasiat Encik Wong, rumahnya dan semua perabot yang berada di dalamnya adalah / ialah kepunyaan anak sulungnya. Dalam ayat di atas, adakah "ialah" atau "adalah" lebih sesuai?Dalam ayat contoh yang saudara berikan, perkataan "ialah" lebih sesuai. 

"Menurut wasiat Encik Wong, rumahnya dan semua perabot yang berada di dalamnya ialah kepunyaan anak sulungnya."

Hal ini kerana kata "ialah" digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama manakala kata "adalah' digunakan di hadapan kata sendi atau kata adjektif.  Perkataan yang mengikuti "ialah" dalam ayat ini ialah "kepunyaan", iaitu bentuk kata nama terbitan.
Tatabahasa25.02.2014
Saya ada soalan. Apa maksud perkataan-perkataan di bawah. 1. Listing 2. Listed price 3. Island (Perabot) 4. Breakfast bar 5. Fixer upper 6. Self-levelling 7. Mounted sink Terima kasih.Maksud terjemahan di bawah ialah:
 1. Listing - senarai
2. Listed price - harga daftar
3. Island (Perabot) - kabinet dapur berkonsep pulau
4. Breakfast bar - Bar sarapan pagi
5. Fixer upper - Pengubahsuai
6. Self-levelling -  Aras Sendiri
7. Mounted sink - Sinki lekap atau sangkut
Makna07.03.2017
Peribahasa
66

Make bricks without straw

Mustahil untuk menghasilkan sesuatu dengan sempurna jika tiada bahan atau sumber yang sepatutnya.

Sampan ada pengayuh tidak

We wanted to shoot the scene in a big mansion that depicted the colonial era, but we were not being given the right props such as old furniture to recreate the air of the past. How could we ever produce a good film? This is a case of make bricks without

Kita hendak merakamkan satu babak di dalam sebuah rumah agam yang menggambarkan zaman penjajah tetapi kami tidak dibekalkan alatan yang sesuai seperti perabot lama untuk menghidupkan kembali suasana zaman silam itu. Bagaimanakah dapat kami hasilkan filem yang baik? Inilah yang dikatakan sampan ada pengayuh tidak.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu



Lihat selanjutnya...