Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Karyawan ; Puisi ; Ensiklopedia ; Peribahasa ; Multimedia ; Universiti Awam ; Kerajaan Malaysia ; Novel ; Dialek ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Khidmat Nasihat
Soalan Jawapan Jenis Soalan Tarikh Soalan
salam sejahtera Tuan, Pihak Panitia BM sekolah saya ingin bertanya beberapa soalan seperti di bawah: YANG MANA BETUL? 1. pergi ke dewan ATAU pergi dewan ATAU ke dewan 2. pergi ke dalam (betul atau salah?) 3. masuk ke dalam hutan ATAU masuk hutan 4. Jangan buang sampah di lantai. ATAU Jangan buang sampah ke lantai. 5. Baju yang berwarna merah atau baju yang berwarna biru? ATAU Baju yang berwarna merah atau biru? ATAU Baju merah atau baju biru? ATAU Baju merah atau biru? Berharap tuan dapat membantu kami. Sekian, terima kasih.Penggunaan perkataan yang bermaksud "menuju ke arah sesuatu tempat" perlu ada kata sendi nama ke, seperti ke dewan, ke hutan, ke dalam dan sebagainya. Bagi frasa Jangan buang sampai di lantai atau ke lantai, kedua-dua kata sendi nama tersebut boleh digunakan. Pengulangan kata baju yang berwarna merah atau baju yang berwarna biru dianggap pembaziran perkataan, dan memadai dengan baju yang berwarna merah atau biru, atau baju merah atau biru.Tatabahasa17.06.2012
1. Manakah ayat yang betul ? a) Saya pergi ke kedai bersama ayah. b) Saya pergi ke kedai bersama dengan ayah. c) Saya pergi ke kedai bersama-sama ayah. d) Saya pergi ke kedai bersama-sama dengan ayah. Apakah perbezaan antara "bersama" dan "bersama-sama" dari segi penggunaannya, jika ada?

Bersama membawa pelbagai maksud, antaranya termasuklah bergandingan dengan, serentak dengan ataupun bersama-sama. Dalam hal ini bersama membawa banyak makna tetapi bersama-sama hanya bermaksud bergandingan dengan. Ayat yang tepat ialah "Saya pergi ke kedai bersama dengan ayah" dan "Saya pergi ke kedai bersama-sama ayah".

Tatabahasa25.02.2016
Adakah penggunaan pergi dalam ayat berikut betul? * Aminah pergi ke kedai. Apakah ayah berikut tanpa kehadiran pergi (kata kerja) itu betul? * Aminah ke kedai.Kedua-dua ayat, Aminah pergi ke kedai dan Aminah ke kedai betul.Tatabahasa12.07.2012
Penggunan koma yang mana adalah betul? - Saya, Ali dan Abu pergi ke pasar. - Saya, Ali, dan Abu pergi ke pasar.Ayat yang betul: Saya, Ali dan Abu pergi ke pasarTidak perlu tanda koma sebelum perkataan "dan" kerana Abu, Ali dan saya dalam kategori yang sama. Tatabahasa28.10.2015
Saya hendak mengutarakan satu soalan mengenai: 1. Saya sekeluarga pergi ke pasar. 2. Kami sekeluarga pergi ke pasar. Apakah perbezaan "Saya sekeluarga" dan "Kami sekeluarga"? Adakah ayat ini "kami dan sekeluarga saya pergi ke pasar" betul? Terima Kasih.frasa yang betul ialah kami sekeluarga, kami ialah kata ganti nama diri pertama dalam bentuk jamak, manakala saya ialah kata ganti nama diri pertama dalam bentuk tunggal.Tatabahasa28.04.2011
Assalamualaikum, Saya ingin bertanya beberapa soalan 1. Adakah kata tunjuk 'ini' boleh digunakan sebagai subjek dalam ayat? 2. Adakah perlu menggunakan perkataan 'pergi' dan kata sendi 'ke' dalam satu ayat? Jika dilihat kedua-duanya mempunyai maksud yang sama. Antara ayat di bawah yang mana betul? Adik pergi ke sekolah. Adik pergi sekolah.Kata nama yang menjadi subjek sesuatu ayat boleh terbentuk daripada kata ganti nama tunjuk "itu" dan ini".  Contohnya: 1. Ini pendapat yang bernas. 2. Itu tuduhan yang melampau. Kata ganti nama tunjuk "ini" dan "itu" dalam ayat yang diberikan merupakan subjek. Kedua-dua "pergi" dan "pergi ke" boleh digunakan, bergantung pada konteks ayat. Contohnya: 1. Dia pergi ke sekolah. 2. Dia pergi mencari kayu di hutan.Tatabahasa14.05.2012
Selamat sejahtera. Saya mengalami kekeliruan dalam penggunaan kata sendi "ke". 1. Ayah pergi ke klinik. Adakah ayat di atas betul? Bolehkah perkataan "pergi" digugurkan menjadi "Ayah ke klink."Selamat sejahtera
1. Ayah pergi ke klinik.
2. Ayah ke klinik.
Kedua-dua ayat di atas adalah betul kerana membawa maksud yang sama.
Tatabahasa07.08.2014
1. Adakah ayat (a) di bawah betul? Bolehkan 'segera' diletakkan selepas 'Mereka'? Jika tidak, mengapa? (a) Mereka segera pergi ke kedai itu. (b) Mereka pergi ke kedai itu dengan segera. 2. Di dalam suatu gambar, perkataan 'Fresh Cookies Every Day' dipaparkan. Tetapi teks untuk bacaan adalah seperti berikut: Dia membaca papan tanda di kedai itu: "Biskut baru setiap hari." Adakah 'biskut baru' itu betul ataupun 'biskut segar'? Bolehkah biskut dikatakan 'segar'? 3. Apakah perbezaan 'ialah' dan 'adalah'? Bagaimanakah ia digunakan? Harap tuan/puan boleh menjawab dalam 1 atau 2 hari. Terima kasih.Kedua-dua ayat tersebut betul. (a) Mereka segera pergi ke kedai itu. (b) Mereka pergi ke kedai itu dengan segera. Terjemahan bagi fresh cookies ialah "biskut baru". Perkataan "biskut segar" tidak sesuai. Kedua-dua ialah dan adalah ialah kata pemeri. Kata pemeri ialah hadir di hadapan frasa nama. Contohnya: Warna pinang masak ialah warna rasmi bas sekolah seluruh negara kita.  Kata pemeri adalah boleh hadir di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama. contoh: Kenyataan daripada pegawai undang-undang itu adalah sangat penting. Tatabahasa23.04.2011
Semasa saya pergi dan balik dari pejabat... Adakah kata sendi 'ke' harus ada selepas 'pergi' dalam ayat di atas? Terima kasih.Kata sendi "ke" tidak perlu selepas perkataan "pergi". Frasa "Semasa saya pergi dan balik dari pejabat..." sudah gramatis.Tatabahasa27.05.2013
Selamat sejahtera. Adakah ayat berikut betul? 1. Ini baju batik. 2. Ibu saya memandu kereta untuk membawa saya pergi ke sekolah. 3. Ayah saya memandu kereta pergi ke bekerja. 4. Datuk saya sedang menternak itik.(menternak ialah satu perbuatan yang berlaku secara berterusan, adakah perkataan 'sedang' sesuai digunakan?) Untuk menggabungkan dua ayat tunggal yang berikut, ayat tunggal: Yoyo Cina ialah permainan tradisional kaum Cina? ayat tunggal: Yoyo Cina ialah permainan tradisional kaum India? ayat majmuk: Yoyo Cina ialah permainan tradisional kaum Cina atau kaum India? atau ayat majmuk: Yoyo Cina ialah permainan tradisional kaum Cina atau India? Perkataan kaum perlu ada dalam ayat majmuk? Sekian, terima kasih1. Ini baju batik. (Betul)
 
2. Ibu saya memandu kereta untuk membawa saya pergi ke sekolah. (Betul)

3. Ayah saya memandu kereta pergi ke bekerja. (Ayah saya memandu kereta ke tempat kerja.) -Betul

4. Datuk saya sedang menternak itik. (Boleh digunakan)

5.Yoyo Cina ialah permainan tradisional kaum Cina? 
 Yoyo Cina ialah permainan tradisional kaum India? 
ayat majmuk: Yoyo Cina ialah permainan tradisional kaum Cina atau India? - Ayat ini betul. Perkataan kaum digugurkan.
Tatabahasa17.10.2012
Tesaurus
 
pergi (kata kerja)
1. Bersinonim dengan menuju ke: menujui, menghala ke, mengarah ke,
Berantonim dengan datang

2. Bersinonim dengan berhambus: cabut, lari, nyah, incit, keluar, hilang, turun, angkat kaki, kepol, calo, andun,

3. Bersinonim dengan bertolak: berlepas, berangkat, belayar, berjalan, bercemar duli, bertolak punggung, mengorak langkah, mengorak sila,
Berantonim dengan tiba

4. Dalam konteks kiasan
bersinonim dengan meninggal dunia, mati, wafat, mangkat,

Kata Terbitan : berpergian, kepergian, pemergian,

Puisi
 

Anak Cina pergi ke hutan,
     Pergi ke hutan memburu rusa;
Teras gaharu sangka bukan,
     Salah pandang rosak binasa.



Lihat selanjutnya...