Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Karyawan ; Ensiklopedia ; Buku ; Peribahasa ; Multimedia ;

 
Khidmat Nasihat
Soalan Jawapan Jenis Soalan Tarikh Soalan
Salam sejahtera Saya ingin bertanya tentang peribahasa-peribahasa lain yang sama maksud dengan peribahasa berikut: i/ bagai isi dengan kuku ii/ kerbau dipegang pada talinya, manusia dipegang pada janjinya iii/ rambut sama hitam, hati lain-lain Terima kasihSaudara boleh merujuk buku Kamus Istimewa Peribahasa Melayu yang disusun oleh Abdullah Hussain, buku Peribahasa Sekolah Menengah, susunan Asiah Abdul Rahman untuk tujuan tersebut.  Lain-lain03.10.2009
Bolehkan tuan cuba jelaskan maksud peribahasa atau ungkapan 'rumah satu tiang seribu'? Saya sudah menyemak peribahasa ini dalam kamu peribahasa termasuk kamus Peribahasa Abdullah Hassan tetapi tidak dapat menyemaknya. Sekian, terima kasih.Dalam sumber rujukan kami tidak ada peribahasa 'rumah satu tiang seribu', dalam pengetahuan kami ungkapan ini merupakan tajuk sebuah drama dan bukan peribahasa.Makna28.05.2010
apakah peribahasa yang sama erti dengan 1. hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih? 2.mencurah garam ke laut?Dalam buku Kamus Istimewa Peribahasa Melayu, peribahasa yang betul ialah "Hendak seribu daya, tak hendak seribu upaya", walau bagaimanapun tidak dinyatakan peribahasa yang sama makna dengannya. Peribahasa yang kedua ialah "Memberi garam kepada laut" dan peribahasa yang sama makna ialah "Umpama semut mempersembahkan paha belalang kepada raja".Lain-lain08.09.2011
Salam, 1. Apakah peribahasa yang bersinonim dengan 'pantang ajal sebelum maut'? 2. Apakah peribahasa yang sesuai untuk seseorang yang sangat berani dan tidak takut mati? Adakah peribahasa 'pantang ajal sebelum maut' itu sesuai ataupun ada peribahasa lain yang lebih baik? Terima kasih.Tidak ada kamus sinonim peribahasa, oleh itu setiap entri peribahasa perlu disemak satu persatu untuk mencari persamaan maksud antara peribahasa yang ada. Peribahasa "sebelum ajal berpantang maut" bermaksud tak akan mati sebelum sampai waktunya yang ditentukan oleh Tuhan.Lain-lain14.04.2014
PERIBAHASA MELAYU "DISEBAB SETITIK NILA ROSAK SUSU SEBELANGGA" DAPATKAH PERIBAHASA INI DI TERJEMAH KE BAHASA INGGERIS? DAN BAGAIMANA?

Setiap bangsa mempunyai peribahasanya sendiri. Peribahasa dalam mana-mana bahasa mengungkapkan idea untuk menyampaikan nasihat, teguran, pengajaran dan sebagainya sebagai petua atau panduan. Kebenaran yang terkandung dalam peribahasa lazimnya bersifat sejagat. Maka, terdapat persamaan makna antara peribahasa Melayu dengan peribahasa Inggeris meskipun diungkap dengan cara yang berbeza. Oleh itu, peribahasa Melayu tidak diterjemahkan ke bahasa Inggeris, sebaliknya kita perlulah mencari peribahasa Inggeris yang mempunyai maksud yang hampir sama dengan peribahasa Melayu tersebut. Untuk maklumat lanjut, rujuk buku Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu, Amir Muslim, terbitan DBP, 2009.

Penyemakan dan penterjemahan06.04.2011
apakah peribahasa yang sesuai bagi orang yang suka menyusahkan diri orang lain?Kamus Peribahasa rujukan kami, Kamus Istimewa Peribahasa Melayu (Abdullah Hussein) dan Kamus Peribahasa (Abdullah Hassan) disusun mengikut frasa peribahasa, bukan mengikut makna. Saya telah melihat beberapa helai buku-buku tersebut tetapi tidak menjumpai  peribahasa yang diperlukan.Lain-lain23.06.2008
Saya Akmal Saleh sedang belajar bahasa Melayu dasar, di Universiti Fatoni selatan Thailand, ingin bertanya DBP tentang peribahasa berapakah bahagian peribahasa, terima kasih.Peribahasa merupakan salah satu cabang sastera lama yang tak lapuk di hujan dan tak lekang di panas. Setiap peribahasa terdiri daripada bait-bait kata yang mengandungi makna tersirat yang menggambarkan betapa luasnya renungan, fikiran dan pengalaman hidup penyusunnya.Tatabahasa08.12.2013
SAYA INGIN BERTANYA TENTANG JENIS-JENIS PERIBAHASA MELAYU. ADAKAH PERIBAHASA TERMASUK SEKALI DENGAN SIMPULAN BAHASA. APAKAH SEBENARNYA PERANAN PERIBAHASA DALAM KEHIDUPAN MASYARAKAT TERUTAMANYA MASAYARAKAT GLOBAL HARI INI.Peribahasa dan simpulan bahasa melayu adalah berbeza antara keduanya. Sdr bolehlah merujuk KAWAT, Pusat Dokumentasi Bahasa Melayu, melalui laman DBP, untuk keterangan lanjut. Terima kasih.Makna12.08.2007
apakah yang dimaksudkan dengan umpama orang mengantuk disorongkan bantal?Menurut Kamus Istimewa Peribahasa Melayu, peribahasa umpama orang mengantuk disorongkan bantal bermaksud memperoleh apa yang diingininya. Peribahasa lain yang sama makna: a. Orang haus diberi air, b. Orang lapar diberi nasi.Lain-lain13.03.2007
Salam, Saya keliru mengenai peribahasa 'melepaskan batuk di tangga'. Apakah justifikasi peribahasa yang membawa maksud 'membuat sesuatu kerja tetapi tidak sampai selesai' ini? Terdapat teori masuk akal yang mengatakan peribahasa tersebut menggunakan perkataan 'batok' dan bukan 'batuk'. Tetapi setelah merujuk DBP, saya dapati peribahasa itu guna perkataan 'batuk'. Bagaimana terbatuk di tangga boleh membawa maksud kerja tertangguh? Mohon pencerahan. Terima kasih!Data dalam Kamus Istimewa Peribahasa Bahasa Melayu ialah "melepaskan batuk di tangga". Peribahasa "melepaskan batuk di tangga" ini telah diterima pakai sekian lama walaupun ada yang memberikan pandangan bahawa perkataan yang betul ialah batok bukan batuk. Walaupun pendapat yang mengatakan bahawa yang benarnya ialah Melepaskan batok di tangga semakin digemari, buku peribahasa masih mengekalkan bentuk yang sedia ada. Peribahasa ialah perumpamaan atau ibarat dan kita boleh menerangkan maksud peribahasa berdasarkan bandingan objek-objek dalam ungkapan berkenaan. Sehingga hari ini, penggunaan perkataan "batuk" masih kekal dan digunakan sebagai panduan dalam buku peribahasa. Wallahualam.Makna14.04.2014
Peribahasa
613

One good turn deserves another

Bantuan yang dihulurkan atau kebaikan yang ditunjukkan haruslah dibalas. (Peribahasa ini lazimnya diucapkan tatkala hendak membalas budi orang yang selalu membantu kita).

Syariat palu memalu, hakikat balas membalas.

''Thank you for saving my son's life. So, you must accept this gift as a token of my gratitude. One good turn deserves another,'' said Salina to me.

''Terima kasih kerana menyelamatkan anak saya. Oleh itu, terimalah hadiah ini sebagai tanda terima kasih daripada saya. Syariat palu memalu, hakikat balas membalas,'' kata Salina kepada saya.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu



Lihat selanjutnya...