Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Artikel ; Ensiklopedia ; Peribahasa ; Jurnal ; Kerajaan Malaysia ; Dialek ;

 
Khidmat Nasihat
Soalan Jawapan Jenis Soalan Tarikh Soalan
perihalperihalEjaan03.09.2008
maksud ketulusan, kejujuran,kesempurnaan, ketelusan dan keutuhan

Maksud ketulusan ialah perihal tulus. Kejeujuran pula perihal jujur, manakala kesempurnaan ialah perihal sempurna (lengkap, teratur). Ketelusan pula ialah keadaan atau sifat yg terus terang (tiada hal yg tersembunyi, disangsikan dsb) dan keutuhan ialah perihal (sifat, keadaan) utuh, kebulatan, kesempurnaan. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Ediis Keempat atau hubungi talian KNB kami, 03-21485887/ 03-21481960. Harap maklum.

 

Makna02.01.2008
apakah maksud perkataan penghayatan? bagaimanakah kita boleh menunjukkan penghayatan? apakah perkataan bahasa inggeris yang sinonim dengan perkataan penghayatan ? terima kasihPenghayatan bermaksud perihal menghayati, perihal mengalami dan merasai dalam batin. Sila jelaskan apakah yang saudara maksudkan dengan cara untuk menunjukkan penghayatan? Perkataan bahasa Inggeris yang boleh membawa maksud menghayati ialah "feel" atau "appreciate".Makna22.07.2009
definisi persekolahanPersekolahan ialah perihal sekolah, iaitu perihal masa belajar di sekolah (menurut Kamus Dewan Edisi ke-4)Makna16.01.2009
pengertian bagi kelahiran dari segi sosialKelahiran ialah sesuatu yg berkaitan dgn perihal lahir, perihal keluar atau terhasilnya sesuatu. Untukmakna yanglebih khusus atau mengikut bidang sila rujuk buku yang berkaitan.Makna01.08.2008
1.Apakah ejaan 'PERTAMBAHAN' dan 'PENAMBAHAN' ini betul. 2. Apakah perbezaan kedua-dua istilah ini dari segi penggunaannya dalam pembinaan ayat. Terima kasih.Kata dasar ialah tambah. Penambahan bermaksud perihal menambah,perihal memberi tambahan. Pertambahan bermaksud perhal bertambah.Cth. Penduduk luar bandar sedang mengalami pertambahan besar. Kamus Dewan Edisi Keempat,halaman 1584.Ejaan02.04.2008
Erti Pengurusan dan Perkhidmatan. Laman mana atau dimana saya boleh mendapat rujukan tajuk tersebutPerkhidmatan ialah perihal berkhidmat (bertugas) manakal pengurusan pula ialah perihal (kerja dsb) mengurus sesuatu, perihal mengurus (syarikat, badan perniagaan, dll). Untuk keterangan lebih lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat. Harap maklum.Makna28.05.2008
makna perkataan pengurusan pembayaran.Telah masuk dalam carian kata tapi carian tidak berjaya kerana tiiada rekod.Pengurusan ialah perihal (kerja, dan sebagainya) mengurus sesuatu, atau perihal mengurus (syarikat, badan perniagaan, dan sebagainya). Oleh itu, 'pengurusan pembayaran' bermakna perihal mengurus hal-hal yang berkaitan dengan pembayaran.Makna26.12.2007
maksud perkataan "perihal diri sendiri"Maksud perihal diri sendiri ialah keadaan diri sendiri, iaitu perkara yang memerikan, menggambarkan atau menjelaskan diri sendiri untuk mudah difahami.Makna10.07.2009
Saya inginkan definisi dan kupasan maksud yang mendalam bagi perkataan KESIHATAN, KESEGAKAN dan KECERGASAN.Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, kesihatan bermakna perihal sihat, kesegaran, kebaikan keadaan (badan dll). Kesegakan pula bermaksud perihal (sifat, keadaan) segak, kekacakan, ketampanan manakala kecergasan ialah perihal atau keadaan cergas (tubuh, otak, dsb). Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Kamus Dewan dan ingin kupasan yang lebih lanjut, sila rujuk buku yaang berkaitan.Makna10.09.2008
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata perihal.