Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Artikel ; Buku ;

 
Khidmat Nasihat
Soalan Jawapan Jenis Soalan Tarikh Soalan
pemuafakatan dan permuafakatanpermuafakatanLain-lain01.04.2011
PERMUAFAKATAN ATAU PEMUAFAKATANPERMUAFAKATANEjaan30.03.2011
Program Pemuafakatan Sekolah KlusterMajlis Permuafakatan Sekolah KlusterLain-lain05.08.2008
apakah maksud konsensus?Makna konsensus ialah persetujuan bersama (umum) terhadap sesuatu perkara, kesepakatan pendirian, permuafakatan (rujuk Kamus Dewan)Makna25.03.2007
apakah maksud perpaduan dan bagaimana perpaduan boleh menjadi pemangkin sebaik-baik ummah?Secara literal maksud perpaduan; sesuatu keadaan yang berbentuk memperkukuh atau mempererat perhubungan, permuafakatan, muhibah, integrasi, kerukunan, dan kesepakatan.  Walau bagaimanapun,  kami menasihatkan sdr mengunjungi Pusat Dokumentasi Melayu DBP untuk membuat rujukan tentang peranan perpaduan yang menjadi pemangkin ummah. Sekiranya sdr menjadi ahli Rakan Dewan, sdr boleh meminjam buku, jurnal, dan majalah yang berkaitan dengan tugasan sdr. Sdr  boleh menghubungi pegawai perpustakaan, di Pusat Dokumentasi Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka di talian 03-21481043 (Encik Hiezam Hashim).   Makna21.02.2009
apakah yg dimaksudkan dengan "perpaduan" dan bagaimana perpaduan boleh menjadi pemangkin sebaik-baik ummah..Secara literal maksud perpaduan; sesuatu keadaan yang berbentuk memperkukuh atau mempererat perhubungan, permuafakatan, muhibah, integrasi, kerukunan, dan kesepakatan.  Walau bagaimanapun,  kami menasihatkan sdr mengunjungi Pusat Dokumentasi Melayu DBP untuk membuat rujukan tentang peranan perpaduan yang menjadi pemangkin ummah. Sekiranya sdr menjadi ahli Rakan Dewan, sdr boleh meminjam buku, jurnal, dan majalah yang berkaitan dengan tugasan sdr. Sdr  boleh menghubungi pegawai perpustakaan, di Pusat Dokumentasi Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka di talian 03-21481043 (Encik Hiezam Hashim).   Makna21.02.2009
Hello Khidmat Nasihat DBP Saya ingin mengetahui sama ada ayat-ayat di bawah ini gramatis/betul atau tidak. 1. Walaupun Osman tergolong antara pemain yang terkecil dalam pasukannya, namun kelincahannya sehebat rakan-rakannya yang lain. 2. Permuafakatan dalam bidang ekonomi antara negara kita dengan negara jiran sudah termenterai dari awal lagi. 3. Supaya jawapan tidak terpesong, kamu hendaklah menjawab soalan mengikut arahan yang diberikan. Pihak tuan/puan BELUM menjawab soalan-soalan saya sebelum ini. Terima kasih

1.     Walaupun Osman tergolong antara pemain yang terkecil dalam pasukannya, namun kelincahannya sehebat rakan-rakannya yang lain.

 

2.     Permuafakatan dalam bidang ekonomi antara negara kita dengan negara jiran sudah termeterai dari awal lagi.

 

3.     Supaya jawapan tidak terpesong, kamu hendaklah menjawab soalan mengikut arahan yang diberikan.

Tatabahasa12.10.2013
Salam 1Malaysia, 1. Gelaran Munsyi Faizah atau Faizah Munsyi yang betul? 2. Dalam Kamus Dewan, perkataan 'pemuafakatan' untuk disesuaikan dengan 'memuafakatkan' tidak ada. Mengapa? 3. Dalam buku atur cara, perkataan 'persegaran' diguna pakai sedangkan dalam Kamus Dewan tidak ada. Mengapa? 4. Perkataan merarau = makan tengah hari. Bagaimana pula dengan makan petang dan makan selepas jam 10.00 malam? 5. Adakah maksud peribahasa melepaskan batuk/batok di tangga sama? Terima kasih.1. Gelaran yang betulan ialah Munsyi Faizah 
2. Perkataan permuafakatan digunakan untuk merujuk perihal bermuafakat dan perihal muafakat bermaksud kemuafakatan. 
3. Persegaran tidak digunakan kerana tidak merujuk perihal bersegar sebaliknya yang betul ialah penyegaran bermaksud perihal menyegarkan sesuatu. 
4.  Bagi makan petang lebih sesuai digunakan minum petang atau kudapan dan selepas pukul 10.00 ialah makan lewat malam.
5. Maksud peribahasa melepaskan batuk/batok di tangga sama?
Tatabahasa27.04.2012
1
Tesaurus
 
muafakat
Kata Terbitan : semuafakat, bermuafakat, kemuafakatan, permuafakatan,