Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[per.pa.duan] | ڤرڤادوان

Definisi : 1. penggabungan, peleburan; 2. persesuaian, kecocokan; 3. perihal berpadu (bergabung menjadi satu, sepakat, dll), persatuan: bahasa dan sastera adalah alat utk ~ kebangsaan; bahasa Melayu sbg bahasa yg boleh menjadi penggerak ke arah mencapai ~ nasional; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[per.pa.duan] | ڤرڤادوان

Definisi : keadaan atau hal berpadu; persatuan: Dia tidak mahu menjadi orang yg memecahbelahkan ~ umat Islam. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
padu (adjektif)
1. Bersinonim dengan mampat: padat, tumpat, pejal, kimpal, rapat, ketat, penuh, sarat, sendat,
Berantonim dengan longgar

2. Bersinonim dengan kukuh: teguh, utuh, kuat,
Berantonim dengan lemah

Kata Terbitan : bersepadu, berpadu, memadu, memadukan, terpadu, paduan, pemaduan, kepaduan, perpaduan,