Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Artikel ; Karyawan ; Ensiklopedia ; Jurnal ; Universiti Awam ; Kerajaan Malaysia ; Novel ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Khidmat Nasihat
Soalan Jawapan Jenis Soalan Tarikh Soalan
MAKNA PERSEPSI KEPUASAN PENGGUNAPersepsi Kepuasan Pengguna bermaksud tanggapan/pandangan mengenai kehendak pengguna terhadap sesuatu perkhidmatan, barangan dll yang memenuhi citarasapengguna.Makna16.02.2010
apakah persepsi majikan tentang cara penulisan surat rasmi?Majikan seharusnya menetapkan panduan khusus untuk menulis surat rasmi kerana surat rasmi menggambarkan imej dan citra majikan tersebut. Surat rasmi  mempunyai format khusus, penggunaan bahasa yang betul, mengandungi rujukan dan tarikh, pengolahan idea yang tepat dan santun.Lain-lain12.01.2008
Harap perbetulkan persepsi perbezaan penggunaan meN--i dengan meN--kan. 1. (Orang) menghiaskan (benda) e.g. (Saya) menghiaskan (meja) itu dengan bunga-bungaan. 2. (Orang) menghiasi (benda) e.g. (Saya) menghiasi (meja) itu dengan bunga-bungaan. 3. (Benda) menghiasi (benda) e.g. (Bunga-bungaan) menghiasi (meja) itu. Jika saudara/i ada logik-logik mudah untuk merungkai penggunaan imbuhan ini, harap berkongsi dengan saya.

Untuk membezakan penggunaan apitan meN-...-kan dengan meN-...-i, seperti dalam ayat contoh yang diberi sila lihat fungsi antara kedua-dua apitan tersebut, iaitu:

i.  Fungsi apitan meN-...-kan menandakan kausatif, manakala apitan meN-...-i menandakan lokatif. Contohnya: Ali menghadiahkan sebuah basikal kepada Ahmad dan Ali menghadiahi Ahmad sebuah basikal.

ii. Apitan meN-...-kan lazimnya menerima objek yang tidak bernyawa, manakala apitan meN-...-i menerima objek yang bernyawa. Lihat contoh di atas.

iii. Bagi sebilangan kata kerja yang menerima apitan meN-...-kan dan meN-...-i, penggunaannya saling berganti tanpa membezakan makna. Contohnya: Ali sedang membaiki kereta yang rosak dan Ali sedang membaikkan kereta yang rosak.

Tatabahasa18.09.2011
persepsi dan sikap masyarakat terhadap penggunaan bahasa melayu bakuPersepsi masyarakat terhadap penggunaan bahasa Melayu baku adalah suatu tahap yang baik kerana penggunaan bahasa Melayu baku dapat diseragamkan walaupun ditutur oleh pelbagai kaum dan loghat tempatan.Lain-lain05.12.2006
"Persepsi setiap individu adalah tidak sama dalam semua perkara." Adakah ayat ini betul atau perlukan apa-apa pembetulan seperti menggunakan 'bagi' menggantikan 'dalam'?Ayat yang betul ialah "Persepsi setiap individu tidak sama dalam semua perkara".Tatabahasa06.05.2014
saya inginkan kejelasan makna untuk "persepsi dan kesediaan bakal guru terhadap pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer dalam meningkatkan pemahaman pelajar dalam mata pelajaran fizik"

Kata persepsi bermaksud gambaran atau bayangan dalam hati atau fikiran , pandangan ,tanggapan. Oleh yang demikain ayat tersebut bermaksud pandangan dan kesediaan(persiapan) seseorang guru untuk menghadapi tugas mengajar mata pelajaran fizik berbantukan komputer.  

Makna27.01.2008
adakah tajuk ini betul "Kajian imej dan persepsi masyarakat Islam di Sabah terhadap imej dan kewibawaan mahkamah syariah di Sabah; kajian di Zon Pantai barat Sabah

Cadangan:

Mahkamah Syariah di Sabah: Kajian Imej dan Persepsi Masyarakat di Zon Pantai Barat.

Lain-lain27.11.2008
apakah maksud integrasi,transformasi,persepsi,stereotiep,survivor....saya perlukan sekarang juga tolong..............

Integrasi bermaksud penggabungan atau pergabungan  dua atau beberapa kaum (unsur,, bahagian,dll)menjadi satu kesatuan.

Transformasi bermaksud perubahan bentuk(sifat,rupa, keadaan dll)

Persepsi bermaksud gambaran atau bayangan dalam hati atau fikiran, tanggapan.

Stereotaip bermaksud tidak mengandungi atau menunjukkan ciri-ciri yang baru atau asli.

Survivor bermaksud yang terselamat.

Sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat dan Kamus Inggeris Melayu Dewan terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka.    

Makna28.01.2008
apakah yang dimaksudkan dengan badan berkanun. adakah maksud secara literal ataupun konseptual mengikut persepsi masa kini?

Berdasarkan Kamus Pelajar Edisi Kedua, badan berkanun ialah jabatan kerajaan yang dibentuk mengikut akta tertentu dan mempunyai kuasa tersendiri. Dewan Bahasa dan Pustaka merupakan salah satu contoh badan berkanun.   

Makna26.12.2009
maruah.... apa itu maruah... ego??? apa itu ego....Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat maruah bermaksud kehormatan (diri), harga diri. Maruah juga membawa maksud sifat laki-laki, keberanian, kegagahan; bermaruah mempunyai maruah. Manakala ego bermaksud persepsi seseorang tentang harga dirinya, yang seterusnya mempengaruhi keyakinan dirinya. Sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat untuk maklumat lanjut.Tatabahasa25.07.2012
1
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata persepsi