Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Artikel ; Karyawan ; Puisi ; Ensiklopedia ; Universiti Awam ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Khidmat Nasihat
Soalan Jawapan Jenis Soalan Tarikh Soalan
mana yang betul? 1. Beliau dianugerahkan pingat oleh Sultan 2. Beliau dianugerahi pingat oleh Sultan 3. Beliau dianugerahi Sultan pingat 4. Beliau dianugerahkan Sultan pingatBeliau dianugerahkan pingat oleh SultanTatabahasa07.09.2006
adakah anggota polis itu dianugerahi pihak kerajaan pingat keberanian merupakan ayat yang betul? bukankah dianuderahi harus diikuti dengan perkataan pingat keberanian?Frasa yang betul ialah dianugerahi  pingat keberanian.Tatabahasa27.05.2013
Bagaimanakah cara penulisan pingat kebesaran seseorang selepas namanya. Contohnya Ahmad bin Yusuf mendapat 3 pingat (BKM, AMK, PJK) Cara tulisnya Ahmad bin Yusuf, BKM., AMK., PJK. atau Ahmad bin Yusuf., B.K.M., A.M.K., P.J.K. Terima kasih.Ejaan yang betul ialah tanpa tanda noktah, Ahmad bin Yusuf, BKM, AMK,dan PJK.Tatabahasa02.10.2013
Beliau mengalungkan pingat kepada ATAU pada atlet itu. Soalan: pada ATAU kepada, dan alasannya?Beliau mengalungkan pingat kepada atlet itu. Kata sendi nama kepada berfungsi di hadapan kata nama atau frasa nama untuk menyatakan sasaran yang merujuk manusia, manakala kata sendi nama pada berfungsi di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan keterangan waktu atau tempat. Tatabahasa16.05.2009
penjodoh bilangan yang tepat bagi "pingat" butir, bentuk, biji atau buah?

Saudara,

Yang paling sesuai ialah sebuah pingat.

Tatabahasa18.08.2010
Adakah terjemahan ayat dibawah betul? i. Pingat Emas Institut Bank-Bank Malaysia cadangan -Malaysian Institute of Bank Gold Medal ii. Pingat Emas Bank Rakyat-UUM Cadangan- Bank Rakyat-UUM's Gold Medal1. Malaysian Institute of Bank Gold Medal 2. Bank Rakyat- UUM Gold MedalPenyemakan dan penterjemahan22.09.2008
Setahu saya, penjodoh bilangan bagi "pingat" ialah sebuah atau buah. Tetapi, sekiranya pilihan jawapan hanya ada [a] biji [b] butir [c] bentuk [d] pasang, manakah yang lebih sesuai? Terima kasih.Penjodoh bilangan untuk "pingat" ialah butir atau buah. Jadi, penjodh bilangan yang boleh digunakan ialah "butir".Tatabahasa10.05.2013
A. Apakah perbezaan 'hembus' dan 'tiup' Antara contoh berikut yang mana betul? 1. Amirul meniup api pelita itu apabila bekalan elektrik telah pulih. 2. Amirul menghembus api pelita itu apabila bekalan elektrik telah pulih. B. Penjodoh bilangan bagi 'pingat" Antara contoh berikut yang mana betul? 1. Nabilah telah memenangi beberapa buah pingat dalam sukan berkuda. 2. Nabilah telah memenangi beberapa butir pingat dalam sukan berkuda.

A) Dalam Kamus Dewan menghembus dan meniup sama maknanya iaitu meniup/menghembus, mengeluarkan nafas (udara) dari mulut. Oleh itu, ayat; 1. Amirul meniup api pelita itu apabila bekalan elektrik telah pulih. dan 2. Amirul menghembus api pelita itu apabila bekalan elektrik telah pulih. adalah betul.

B) Penjodoh bilangan bagi "pingat" ialah buah, ayat "Nabilah telah memenangi beberapa buah pingat dalam sukan berkuda." adalah betul.

Tatabahasa05.07.2009
Adakah ayat di bawah salah struktur bahasanya? 1. Aktivitis masyarakat itu dianugerahkan pingat kebesaran atas jasanya dalam kerja-kerja kemasyarakatan Kalau ayat tersebut salah strukturnya, apakah alasannya?

Saudara,

Ayat yang betul : Aktivis masyarakat itu dianugerahi pingat kebesaran atas jasanya dalam kerja-kerja kemasyarakatan.  Fungsi meN...i/ di...i menandakan lokatif manakala fungsi meN...kan/di...kan menandakan kausatif. Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga halaman 207.

    

Tatabahasa03.09.2009
Mana satu yang betul, Dato atau Dato'?Gelaran yang ada ialah Dato' dan Datuk, tidak ada Dato. Gelaran Dato' diperoleh apabila seseorang itu dianugerahkan pingat kebesaran oleh negeri yang bersultan/beraja, manakala gelaran Datuk diperoleh apabila seseorang itu dianugerahkan pingat kebesaran oleh DYMM Yang di-Pertuan Agong dan negeri-negeri yang tidak bersultan.Tatabahasa28.04.2013
Tesaurus
 
pingat (kata nama)
Bersinonim dengan bintang, medal, anugerah, kurniaan, darjah.,