Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Puisi ; Ensiklopedia ; Peribahasa ; Jurnal ; Universiti Awam ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ;

 
Khidmat Nasihat
Soalan Jawapan Jenis Soalan Tarikh Soalan
Cikgu, saya hendak bertanya tentang pengejaan awalan pinjaman "anti-" dan "pasca-". Soalan 1: Kedua-dua pengejaan awalan pinjaman dieja secara bercantum dengan kata dasarkan? Contoh: Untuk awalan pinjaman anti-: antikomunis, antilelaki, antiperempuan, antimerokok dan sebagainya. Untuk awalan pinjaman pasca- pula: pascamerdeka, pascamesyuarat, pascamodenisme dan lain-lain. Betulkah penerangan saya ini? Soalan 2: Tetapi, mengapakah "Anti-Israel" pula dieja merapat atau bercantum dengan menggunakan simpang (-)? Adakah hal ini berkaitan dengan kelaziman penggunaan?Anti dan pasca ialah awalan asing, apabila digabungkan dengan kata nama am dieja sebagai satu perkataan, terkecuali pada kata nama khas seperti dalam contoh yang tuan berikan.Tatabahasa27.05.2014
Salam sejahtera. Selain dari Kata Pinjaman Umum Bahasa Malaysia (1988, terbitan DBP) dan Daftar Kata-Kata Pinjaman Umum dalam ejaan Rumi baru Bahasa Malaysia (1978, terbitan DBP) adakah pihak DBP akan mencetak penulisan/kamus khusus untuk kata pinjaman umum (bukan istilah saintifik/teknologi yang dipinjam) seperti yang dapat kita lihat untuk bahasa Jepun? A Guide to Modern Japanese Loanwords (Webb, 1990) A Dictionary of Japanese Loanwords (Evans, 1997) Loanwords in Japanese (Irwin, 2011) Terima kasih.

Belum ada kamus khusus untuk kata pinjaman. Sebagai panduan untuk mengetahui sumber sesuatu kata itu adalah dengan melihat kepada label pada kata tersebut seperti Ar bermaksud kata tersebut diambil daripada bahasa Arab, Br diambil daripada bahasa Brunei dan C diambil daripada bahasa kaum Cina.

Lain-lain05.09.2011
1. saya ingin bertnyakan soalan, bagaimanakah saya boleh mendapatkan maklumat mengenai kata pinjaman bahasa asing yang digunakan dalam bahasa Melayu? 2.selain itu, bagaimanakah saya ingin mengetahui asal-usul kata pinjaman tersebut dan kelaskan mengikut pinjaman dari pada bahasa apa.. adakah tempat rujukan yang boleh saye dapati..?

DBP tidak menyediakan khidmat penyenaraian Kata Pinjaman Asing tetapi saudara mungkin boleh merujuk kamus terbitan DBP (seperti Kamus Dewan) yang ada melabelkan kata serapan daripada perkataan Arab sebagai (Ar) yang boleh membantu saudara. Sila rujuk juga buku/makalah yang berkaitan dengan etimologi untuk mendapatkan maklumat yang diperlukan.

Tatabahasa17.03.2010
Dari mana saya boleh dapatkan senarai kosakata-kosakata pinjaman asing yang dipinjamkan kepada bahasa Melayu? saya perlukan senarai kosa kata pinjaman daripada bahasa Arab, bahasa Cina, bahasa Tamil dan bahasa Sanskrit.DBP tidak menyediakan khidmat penyenaraian Kata Pinjaman Asing tetapi saudara mungkin boleh merujuk kamus terbit DBP (spt Kamus Dewan) yang ada melabelkan kata serapan daripada perkataan Arab (Ar) yang boleh membantu saudara.Lain-lain08.10.2008
Salam Sejahtera. Ada tidak DBP menerbitkan satu kamus khas yang berkaitan kata pinjaman dari bahasa lain. Sebagai contoh " Kamus Bahasa Melayau dari Pinjaman kata Bahasa Arab" Terima Kasih.Belum ada kamus khusus kata pinjaman daripada bahasa Arab terbitan DBP. Walau bagaimanapun dalam Kamus Dewan pada entri kata tertentu dilabelkan sebagai Ar yang bermaksud etimologi kata itu daripada bahasa Arab dan diikuti maknanya dalam bahasa Melayu. Contohnya, pada entri kata tabaruk ditulis "Ar diberkati, berbahagia, selamat, sentosa".Lain-lain21.05.2013
Tuan, Adakah perkataan PENERIMA BIAYA sesuai digunakan kepada pelajar yang menerima pembiayaan pendidikan? Sebelum ini pihak kami menggunakan perkataan PEMINJAM bagi pelajar yang menerima pinjaman PTPTN. Walaubagaimanapun perkataan tersebut dicadangkan ditukar kepada PENERIMA BIAYA selaras dengan pertukaran kaedah pinjaman kepada pembiayaan berasaskan syariah (perkataan "pinjaman" juga ditukar kepada "pembiayaan"). Sekian, terima kasih.

Encik Mohamad Nasdi, terima kasih kerana menggunakan khidmat Nasihat DBP.

Jika melihat daripada makna yang diberikan oleh kamus DBP, ternyata   perkataan pinjaman lebih tepat dibandingkan dengan biaya. Kerana biaya tidak perlu membayar balik sementara pinjaman perlu memulangkan balik apa yang dipinjam.

memberi ~ memberi sesuatu utk digunakan buat sementara (dgn janji akan dikembalikan apabila sampai tempohnya): siapa boleh ~ saya pisau raut? 2. = minta ~ meminta menggunakan sesuatu buat sementara (dgn maksud mengembalikannya apabila sampai tempohnya): buku ini baru saya ~ dr perpustakaan; ~ sewa membeli dgn membayar beransur-ansur (dan sebelum selesai bayarannya barang itu dianggap barang sewaan sahaja); syarikat ~-meminjam syarikat yg memberi pinjaman (wang dll); ~ kayu ara prb meminjam barang orang dgn tidak berniat utk memulangkannya; meminjam 1. menggunakan barang (buku, wang dll) orang lain utk sementara waktu, minta pinjam: kedatangannya pd saat itu adalah kerana hendak ~ sedikit wang; 2. mengambil dan menggunakan (perkataan, konsep dll) yg dipetik dsb drpd sesuatu sumber: penasihat UNESCO itu ~ konsep Majlis Penyeliaan ini dr agensi berita Perancis AFP;

perihal (perbuatan) membiayakan atau membiayai: ~ gerakan keamanan akan merumitkan kewangan negara;

Makna01.04.2009
Soalan saya berkaitan penulisan jawi. Apakah beza perkataan pinjaman bahasa arab yang menjadi istilah dan kata serapan Arab yang bukan istilah. Terima kasih

Biasanya kata pinjaman bahasa Arab yang berbentuk istilah dieja mengikut kata asalnya dalam bahasa Arab. Sebaliknya, kata pinjaman Arab yang bukan istilah dieja mengikut ejaan lazim Jawi.

Lain-lain27.04.2009
SEJAK BELAKANGAN INI, BANYAK KATA PINJAMAN DARIPADA B.INGGERIS DI'MELAYU'KAN. SAYA ADA MENYEMAK KAMUS DEWAN EDISI KE-4, KATA PINJAMAN ITU DITERIMA PAKAI MASUK DALAM DAFTAR ISTILAH. SEBAGAI CONTOH: CELEBRITY MENJADI SELEBRITI, CONCLUSION MENJADI KONKLUSI, PADAHAL KITA BOLEH TERJEMAHKAN KEPADA BAHASA MELAYU (ORANG YANG TERKENAL DAN KESIMPULAN). SAYA SEDIA MAKLUM B.MELAYU MEMPUNYAI SIFAT MUNDAH LENTUR DAN MUDAH MENERIMA PELBAGAI BAHASA TETAPI KENAPA KITA TIDAK MENGAMBIL LANGKAH MEMARTABATKAN BAHASA MELAYU ITU SENDIRI??Kamus Dewan Edisi Keempat merupakan sebuah kamus umum bahasa Melayu. Pengumpulan kata baru dan penghuraian makna bagi kata baru serta pengemaskinian makna pada kata yang sedia ada dibuat berdasarkan kajian korpus dan juga berdasarkan maklumat daripada kamus lain yang disusun dan yang diterbitkan oleh DBP sendiri, dan juga kamus terbitan penerbit lain. Kata-kata tertentu yang merupakan kata pinjaman diterima pakai sebagai istilah dalam bidang-bidang khusus dan sebagai Kata pinjaman digunakan dalam konteks khusus dan teknikal.         Lain-lain27.04.2008
kata pinjaman drpd bahasa inggeris 'analysis' .., apabila di eja dlm bahasa melayu., 'analisis' atau 'analisa'ejaan yang betul ialah analisis.Ejaan27.05.2011
istilah pinjaman 0n-line dalam bahasa Melayu ialah dalam talian atau atas talian atau ?Padanan on-line dalam bahasa Melayu ialah dalam talian.Istilah12.12.2009
Tesaurus
 
pinjam
Kata Terbitan : meminjamkan, pinjaman, peminjaman, peminjam,

Puisi
 

Halia ini halia tanaman,
     Tempat hiris bintang berlenguh;
Dunia ini dunia pinjaman,
     Akhirat juga tempat yang sungguh.



Lihat selanjutnya...