Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Artikel ; Karyawan ; Khidmat Nasihat ; Peribahasa ; Pengesahan Bahasa ;

 
Ensiklopedia
Tajuk Sinopsis Bidang Klasifikasi
RANJAU

RANJAU, sejenis alat perangkap yang digunakan untuk menangkap binatang buruan atau digunakan dalam peperangan di darat atau di air. Ranjau amat berkesan untuk mencederakan atau membunuh binatang.

BUDAYAAlat/Alatan
RANJAU SEPANJANG JALAN

RANJAU SEPANJANG JALAN, novel karya Sasterawan Negara Shahnon Ahmad. Novel ini dihasilkan pada tahun 1966 dan diterbitkan oleh Penerbitan Abbas Bandung, Melaka. Novel ini dianggap karya Shahnon yang paling baik dan salah sebuah novel Melayu yang mendapat perhatian para pengkaji kesusasteraan antarabangsa. Novel ini telah diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris, Rusia, Belanda, Denmark dan Jepun.       

SASTERAKarya
SHAHNON AHMAD, DATO

Shahnon Ahmad, Dato (1933 ) ialah penulis,

pengkritik sastera, dan ahli politik. Dia merupakan

penerima Anugerah Sasterawan Negara yang

kedua (1982). Shahnon juga merupakan pelopor

penerapan konsep Islam dalam kesusasteraan

Melayu. Novel Shahnon yang terkenal, Ranjau

Sepanjang Jalan (1969) mengisahkan kemiskinan

keluarga petani di Banggul Derdap, Sik, Kedah

yang diwakili oleh Lahuma bersama-sama isteri, Jeha,

serta anak-anaknya. Novel ini diterjemahkan ke

dalam bahasa Inggeris, Jepun, Sweden, Rusia,

Iceland, Belanda, dan Denmark. Di samping itu,

novelnya yang berunsur Islam seperti al-Shiqaq

(1986), Umi dan Abang Syeikul (1988), dan Tuk Guru

(1988) menampilkan suatu pendekatan baharu dalam

menyampaikan kesedaran beragama dan

pelaksanaannya. Shahnon juga menghasilkan

novel-novel yang berkaitan dengan fenomena

politik semasa yang berlaku di tanah air seperti

tergambar dalam novelnya Menteri (1967), Perdana

(1969), Tunggul Gerigis (1988), Patriarch (1991),

Sutan Baginda (1990), dan Shit (novel satira, 1999).

Shahnon juga menghasilkan novel-novel yang

berkaitan dengan pergolakan sosial dan kejatuhan

moral masyarakat kesan daripada pengaruh

pemodenan seperti terlukis dalam novelnya

Kemelut (1977) dan Tivi (1995).

UMUM
1
Tesaurus
 
ranjau (kata nama)
1. Dalam konteks jerat
bersinonim dengan suda, sungga,

2. Bersinonim dengan dugaan: halangan, ujian, rintangan, hambatan, galangan, kesulitan, kesukaran, kepayahan, kesusahan, kerumitan,

3. Bersinonim dengan tipu daya: muslihat, putar belit, gabal, dalih, helah,

Kata Terbitan : meranjau,