Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Artikel ; Karyawan ; Puisi ; Ensiklopedia ; Peribahasa ; Direktori Karyawan ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; Novel ; Dialek ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Khidmat Nasihat
Soalan Jawapan Jenis Soalan Tarikh Soalan
Seutas rantai terikat pada leher anjing yang garang itu. A Sekalung rantai B Seurat rantai C Serawan rantai D utas rantai munsyi, apakah jawaban lebih tepat? TQJawapan yang betul ialah: Seutas rantai terikat pada leher anjing yang garang itu.Tatabahasa25.03.2012
Rantai kunci atau relang kunci yg betul untuk mengatakan keychain/keyring?Dalam Kamus Inggeris Melayu Dewan, padanan key-ring dalam bahasa Melayu ialah gelang kunci.Makna25.07.2012
Salam.. saya nk tanya. Ayah hadiahkan ibu seutas rantai berloketkan berlian Ayah menghadiahi ibu seutas rantai berloketkan berlian Yg mana satu betul? Dan kenapa? TKAyat yang betul ialah Ayah menghadiahkan seutas rantai berloketkan berlian kepada ibu dan Ayah menghadiahi ibu seutas rantai berloketkan berlian.Tatabahasa15.08.2014
Soalan berkenaan Notis Lesen Anjing. A. Anjing sentiasa diikat oleh pemilik dengan tali atau rantai. B. Anjing sentiasa diikat oleh pemunya dengan tali atau rantai. Jawapan : A atau B Terima kasihAnjing hendaklah sentiasa diikat oleh pemilik/pemunya dengan tali atau rantai.Tatabahasa09.11.2016
Saya mencari maksud sebenar perkataan berikut :- 1. Rantai Pemerintahan 2. Kuasa 3. Bidang Pengawalan 4. Pembahagian JabatanUntuk makluman perkataan rantai pemerintahan, kuasa, bidang pengawalan dan pembahagian jabatan tidak ada dalam daftar istilah kami. Walau bagaimanapun, maksud setiap perkataan boleh dirujuk secara berasingan dalam Kamus Dewan Edisi Keempat. Contohnya, perkataan 'rantai' diberi beberapa definisi dalam Kamus Dewan bergantung pada konteks penggunaannya.Istilah14.01.2011
Ayah membeli adik seutai rantai emas.. adakah ayat ini betul?"Ayat yang betul ialah "Ayah membelikan adik seutas rantai emas".Tatabahasa23.04.2013
Kamirul memberi seutas rantai bagi adiknya yang baharu lahir itu. Apakah kesalahan yang terdapat dalam ayat itu??Ayat yang betul ialah "Kamirul memberikan seutas rantai kepada adiknya yang baharu lahir itu.'Tatabahasa23.07.2013
Saya ingin bertanya antara jawapan ini yang manakah betul? Chandra menyuruh adiknya mengambil seuntai rantai mutiara di dalam laci biliknya , Chandra menyuruh adiknya mengambil sebutir ratai mutiara di dalam laci biliknyaAyat yang betul ialah "Chandra menyuruh adiknya mengambil seutas rantai mutiara di dalam laci di baliknya".Tatabahasa23.01.2014
assalamualaikum. saya NUR SYAMIMI BINTI RAYA. Saya ingin bertanya antara jawapan ini yang manakah betul? Chandra menyuruh adiknya mengambil seuntai rantai mutiara di dalam laci biliknya , Chandra menyuruh adiknya mengambil sebutir ratai mutiara di dalam laci biliknyaJawapan yang betul adalah "seutas rantai mutiara".Lain-lain27.01.2014
Ayah menghadiahi saya sebuah jam tangan. Adakah penggunaan penjodoh bilangan sebuah salah bagi jam tangan? Apakah bezanya pula dengan penggunaan seutas jam tangan?

Yang betul ialah 'seutas jam tangan' kerana utas menjadi penjodoh bilangan bagi rantai (termasuk jam tangan dalam bentuk rantai), tali dan benang.

Tatabahasa18.05.2011
Tesaurus
 
rantai (kata nama)
1. Bersinonim dengan kalung: leca, utas,

2. Bersinonim dengan ikatan: kaitan, pertalian, hubungan, jalinan,

Kata Terbitan : berantai, berantai-rantai, merantai, rantaian,

Puisi
 

Budak-budak bermain tombak,
     Tombak diikat dengan rantai;
Kalau kutakut dilambung ombak,
     Tak ku berumah di tepi pantai.



Lihat selanjutnya...