Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Karyawan ; Ensiklopedia ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ;

 
Khidmat Nasihat
Soalan Jawapan Jenis Soalan Tarikh Soalan
designer spect = 1. Bagi rekaan pereka terkenal 2. Bagi pereka terkenal1. Bagi rekaan pereka terkenal 2. Bagi pereka terkenalPenyemakan dan penterjemahan05.09.2008
Salam, saya ingin bertanyakan kata pemeri. Apakah kata pemeri yang sesuai untuk ayat ini? Kisah yang dipamerkan di kaca televisyen itu _________ rekaan semata-mata. Terima kasih.Kata pemeri yang tepat ialah "ialah".

Kisah yang dipamerkan di kaca televisyen itu ialah rekaan semata-mata.
Tatabahasa13.09.2013
Ejaan 'KONVOKESYEN' untuk rekaan kulit buku boleh atau tidak di reka bentuk dengan perkataan 'Konvo' dan 'kesyen' dipisahkan dalam dua baris tanpa kata pemisah. Jika boleh kenapa? dan jika tidak boleh mengapa?Ejaan yang betul ialah "Konvokesyen" dan itulah jawapannya. Jika ditulis dalam dua baris berbeza hendaklah ada tanda sempang yang memisahkannya.Ejaan14.06.2011
maaf..bagaimana saya hendak salurkan puisi rekaan untuk diterbitkanSebarang karya yang ingin disalurkan kepada DBP, alamatkan kepada Ketua Bahagian Majalah, Jabatan Penerbitan, Dewan Bahasa dan Pustaka, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur atau e-mel padilah@dbp.gov.my.Lain-lain01.12.2011
Terjemahan untuk design baju dan layout bajuRekaan baju dan bentangan bajuPenyemakan dan penterjemahan23.02.2011
adakah struktur ayat betul? Rumah kelab penduduk eksklusif dengan rekaan bergaya dan mewah, bukan sahaja menawarkan suasana selera untuk bersenam malah satu ruang demi menjalinkan hubungan mesra antara jiran.

Ayat tersebut tidak lengkap dengan keterangan atau maksud yang ingin disampaikan. Misalnya keterangan berkenaan 'ruang' yang dimaksudkan dalam ayat tersebut. Contohnya 'ruang kecil atau ruang keluarga'. Cadangan kami untuk ayat tersebut ialah 'Rumah kelab penduduk jenis esklusif bukan sahaja mewah malah mempunyai ruang yang sesuai untuk bersenam dan juga ruang yang sesuai untuk menjalinkan hubungan mesra antara jiran'. Harap maklum.

Tatabahasa22.07.2008
Salam, saya ingin tahu padanan bahasa Melayu untuk perkataan "customize" dan "wood-cloth." Apaka ayat ini gramatis, "Harap-harap, anda kemudian akan ingin mengetahui dengan lebih lanjut dan mengembangkan sendiri rekaan dan cara-cara anda bekerja." Terima kasih.1. Customize diterjemahkan kepada mengikut tempahan atau mengikut pesanan. Wood-cloth tidak ada dalam sumber rujukan kami. Merujuk sumber istilah yang ada seperti wood product dan wood vinegar diterjemahkan kepada keluaran kayu dan cuka kayu, kami cadangkan wood cloth diterjemahkan kepada kain kayu.
2. Ayat yang sesuai, "Harapan kami, anda akan mengetahui dengan lebih lanjut serta mengembangkan sendiri rekaan dan cara-cara anda bekerja".
Istilah23.07.2012
Apa maksud novel? berikan senarai genre novel dan maksudnya sekaliNovel secara umum bermaksud kisah rekaan yang panjang dalam bentuk prosa. Novel berasal daripada perkataan novella dalam bahasa Itali yang membawa erti 'perkhabaran baru'. Antara genre novel ialah novel aliran kesedaran, novel antirealistik, novel aprentis, novel lawan alam, novel kedaerahan, novel gothik, novel masalah, novel peristiwa, novel pikares, novel psikologi, novel propaganda, novel politik, novel realistik, novel resaman, novel romantik, novel sejarah, novel sempurna, novel sensibiliti, novel sosial, novel tesis, novel warkah dan sebagainya.Lain-lain25.08.2009
Saya adalah pereka motosikal di MODENAS SDN. BHD. Seperti yang diketahui ramai, terdapat pelbagai jenis dan rekaan motosikal di pasaran dunia dan tempatan. Di Malaysia, motosikal jenis "Underbone" atau "Kapcai" adalah yang paling terkenal sekali. Daripada pemerhatian yang di buat, penggunaan nama "Kapcai" telah di guna pakai lebih daripada 50 tahun . Pengguna menggunakannya dalam bahasa harian serta mampu mengenal pasti dengan tepat akan jenis motosikal tersebut dengan nama itu. Atas faktor-faktor tersebut, bolehkah "Kapcai" di daftarkan dalam Bahasa Malaysia? http://en.wikipedia.org/wiki/UnderboneBuat masa ini perkataan kapcai sudah pun dirakamkan di dalam Kamus Dewan Edisi Keempat , halaman 674. Walau bagaimanapun perkataan ini digunakan dalam bahasa percakapan.Lain-lain05.03.2008
maksud NUSANTARA dari Bahasa Melayu dan dari pandangan bidang landskapMaknanya: Kepulauan Melayu Landskap: Sesuatu rekaan berkonsepkan seni Melayu.Makna21.03.2005
Tesaurus
 
reka
Kata Terbitan : mereka, mereka-reka, rekaan, pereka,