[res.tu] | رستو
Definisi : 1. berkat dan perkenan drpd Allah yg mendatangkan kebaikan kpd seseorang atau manusia: berdoa memohon ~ drpd Ilahi; kejayaan itu hanyalah dgn ~ Allah; 2. persetujuan drpd seseorang atau sesuatu pihak yg mempunyai kuasa, hak tertentu dsb utk membenarkan seseorang atau sesuatu pihak yg lain melakukan sesuatu, kebenaran, keizinan: si anak mendapat ~ drpd ibunya; baginya, tanpa ~ ayah dan ibu, sesuatu perkara yg akan dilakukan tidak akan sempurna; 3. sl pengaruh baik atau buruk, guna-guna, jampi, mentera; merestui 1. mengurniakan kebaikan, kesejahteraan atau rahmat kpd: saya berdoa agar Allah ~ pekerjaan haji jemaah yg terbabit dan menerima ibadah mereka sbg haji mabrur; selepas bersolat, si suami berdoa semoga Allah ~ rumah tangga yg baru dibinanya itu; 2. memberikan persetujuan, kebenaran atau keizinan kpd seseorang atau sesuatu pihak utk melakukan sesuatu dsb, bersetuju dgn, mengizinkan, membenarkan: penubuhan parti itu direstui oleh kerajaan; dr awal-awal lagi ibu tidak ~ perkahwinan kami; 3. sl mengenakan pengaruh (guna-guna, jampi). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[res.tu] | رستو
Definisi : 1 berkat atau rahmat: Dia berdoa memohon ~ drpd Ilahi. 2 persetujuan drpd seseorang atau sesuatu pihak yg mempunyai kuasa, hak tertentu dsb utk membenarkan orang atau pihak lain melakukan sesuatu: Dia pergi setelah mendapat ~ drpd ibunya. merestui memberi restu kpd; memberkati. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)