Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Artikel ; Karyawan ; Puisi ; Ensiklopedia ; Peribahasa ; Universiti Awam ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; Novel ; Dialek ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Khidmat Nasihat
Soalan Jawapan Jenis Soalan Tarikh Soalan
Salam sejahtera tuan/puan, Terima kasih atas bantuan cepat yang telah pihak DBP berikan. 1. Bolehkah "lightweight" diterjemahkan kepada "paling ringan" atau "ringan" sahaja? Kalau "ringan" digunakan, maka kedua-duanya adalah sama. 2. Bolehkah "heavyweight" diterjemahkan kepada "paling berat" atau "berat" sahaja? Kalau "berat" digunakan, maka kedua-duanya adalah sama. Sila berikan pengesahan dan cadangan tuan/puan. Terima kasih. :)Salam Sejahtera Saudara. Bagi mengelakkan penggunaan yang lewah dalam bahasa Melayu, maka terjemahan yang dicadangkan adalah seperti yang berikut: 1. "lightweight" - ringan. 2. "heavyweight" - berat.Penyemakan dan penterjemahan27.05.2015
Apakah jawapan bagi solaan berikut? 1.Upacara diraja itu dimulakan sebaik-baik sahaja Laksamana Hang Tuah..........punggung. A.menurunkan B.melabuhkan C.menjatuhkan D.meletakkan 2.Oleh sebab Cik Rogayah...........,dia mempunyai kenalan yang banyak. A.ringan mulut B.ringan tangan C.ringan tulang D.ringan kepala

1. Upacara diraja itu dimulakan sebaik-baik sahaja Laksamana Hang Tuah melabuhkan punggung.

2. Oleh sebab Cik Rogayah ringan mulut, dia mempunyai kenalan yang banyak.

Tatabahasa07.12.2010
definisi industri berat dan definisi industri ringanMerujuk istilah, industri berat ialah Industri sekunder yang menggunakan jentera - jentera berat. Industri ringan ialah Industri yang mengeluarkan barang-barang yang kecil dan ringan seperti pakaian, percetakan dan lain-lain.Istilah21.09.2008
maksud makanan ringanMerujuk Kamus Dewan, makanan ringan bermakna makanan yg tidak begitu mengenyangkan (spt keropok, kacang, dll) yg dimakan sambil-sambilan. Untuk mengetahui makna sesuatu perkataan, sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat.Makna03.10.2008
TUAN SAYA LAMPIRKAN DOKUMEN BERIKUT UNTUK SEMAKAN PIHAK TUANKEDAI KEK & MAKANAN RINGAN = KEDAI KEK DAN MAKANAN RINGAN.

Sila buat pembetulan dan hantar di ruangan Khidmat Pengesahan Bahasa untuk proses pengesahan bahasa papan iklan.
Tatabahasa10.01.2013
TUAN SAYA LAMPIRKAN DOKUMEN YANG SAMA DALAM FORMAT POWERPOINTKEDAI KEK & MAKANAN RINGAN PERLU DITUKAR KEPADA KEDAI KEK DAN MAKANAN RINGAN.

Setelah membuat pembetulan, sila masuk ke ruangan Khidmat Pengesahan Iklan untuk proses kelulusan.
Tatabahasa10.01.2013
apakah maksud peribahasa pantang berundur sebelum berjuang? dan maksud cepat kaki ringan tangan?

Ungkapan "pantang berundur sebelum berjuang" tidak ada dalam senarai peribahasa dalam pangkalan data kami. Ungkapan tersebut lazim digunakan dalam drama dan penulisan pada masa dahulu tetapi bukan merupakan peribahasa. Cepat kaki dan ringan tangan, kedua-duanya bermaksud pantas dan rajin bekerja.

Tatabahasa20.06.2011
apakah perbezaan terhadap dan kepada, bilakah kita menggunakan perkataan terhadap dan kepada dalam ayat. adakalanya nampak sama sahaja penggunaan terhadap dan kepada. contoh ayat. ".... para majikan memandang ringan terhadap para pekerja..." atau "..... para majikan memandang ringan kepada para pekerja...." sila bantu saya.Kata sendi nama "kepada" terletak di hadapan kata nama atau frasa nama untuk menyatakan sasaran yang merujuk manusia, haiwan, unsur mujarad, menyatakan pecahan dan menyatakan perubahan keadaan. Kata sendi nama "terhadap" biasanya digunakan sebagai unsur yang membawa maksud rujukan yang melibatkan penyambut tertentu, sama ada manusia, haiwan atau benda.  ".... para majikan bersikap lepas tangan terhadap para pekerja..."Tatabahasa06.01.2015
Tuan, Terdapat didalam aturcara majlis perkataan 'kudapan'. Apakah perkataan tersebut boleh digunakan dalam majlis resmi dan apakah makna sebenar kudapan. Terima kasih.Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat kudapan bermaksud 1. makanan ringan seperti keropok yang dimakan di luar waktu makan.2. makanan ringan seperti minuman kopi dan kuih-muih yang dimakan sekadar mengalas perut dalam sesuatu majlis anatar waktu minum pagi dan tengah hari atau pada waktu petang atau selepas makan malam. Kata ini boleh digunakan dalam majlis rasmi. Makna06.03.2008
1. Segi tiga, ringan tulang, anak pungut, bilik mandi adakah tergolong dalam jenis kata majmuk bebas? 2. Air hujan , pita suara, batu kapur, garis pusat..yang mana satukah jenis kata majmuk istilah khusus? 3. Pukul curi, merah jambu, biru laut, buah hati . Antara berikut yang manakah jenis kata majmuk kiasan?1. Segi tiga dan bilik mandi.

2. Pita suara, batu kapur dan garis pusat.

3. Buah hati dan pukul curi.
Tatabahasa17.10.2013
Tesaurus
 
ringan (adjektif)
1. Bersinonim dengan mudah: senang, ringkas, enteng, gampang,
Berantonim dengan sukar

2. Bersinonim dengan kecil: remeh, enteng, tidak penting, tidak mustahak,
Berantonim dengan penting

Kata Terbitan : meringankan, memperingan,

Puisi
 

Dari mula Melayu tak jaga,
     Pasal belajar ilmu meniaga;
Kalau tahu rugi laba,
     Berat ringan kita boleh jangka.



Lihat selanjutnya...