[ruas] | رواس
Definisi : bahagian di antara buku dgn buku (buluh, jari, tebu, dll): ~ buluh; beberapa ~ tebu; beberapa ~ lemang beberapa batang lemang; bertongkat ~ bertelekan, berteleku; sbg betung se~ jujur benar, lurus hati; bertemu (berjumpa) ~ dgn buku = bertemu (berjumpa) buku dgn ~ prb a) sudah memang jodoh (laki-laki dan perempuan); b) balasan atau pembelaan yg sangat tepat (setimpal); terhentak ~ ke buku prb Mn hilang akal; tinggi terbawa oleh ~ nya prb perihal seseorang yg masih bodoh walaupun tubuhnya besar; beruas, beruas-ruas ada ruas-ruasnya: kaki yg ~; binatang yg mempunyai anggota ~; buluh yg tidak ~ buluh yg tidak ada ruasnya; peruasan sendi-sendi atau persendian, buku-buku (pd tulang dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[ruas] | رواس
Definisi : ; se~ semalam sj tumbuhan (herba), johong, beralih, pancis-pancis, tebuk (tuba) seludang, Polygonum barbatum. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[ruas] | رواس
Definisi : bahagian di antara buku dgn buku (spt yg terdapat pd tebu, buluh): ~ jari; ~ tebu. beruas ada ruasnya; mempunyai ruas: Batang buluh ~. beruas-ruas mempunyai beberapa banyak ruas. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)