| Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
| perkataan sama ada dieja sebagai samada atau sama ada? | sama ada | Ejaan | 14.04.2009 |
| Harap pihak tuan dapat beritahu yang manakah pernyataan berikut betul? 1)... sama ada peringkat Asia mahupun peringkat antarabangsa... 2)... sama ada di peringkat Asia mahupun peringkat antarabangsa... 3)... sama ada di peringkat Asia mahupun di peringkat antarabangsa... | Yang betul ialah sama ada pada peringkat Asia mahupun peringkat antarabangsa. | Tatabahasa | 26.04.2010 |
| Kami belum putuskan sama ada hendak bercuti di Melaka atau di Johor. Kami belum putuskan sama ada hendak bercuti di Melaka atau Johor. Kami belum putuskan sama ada hendak bercuti ke Melaka atau Johor. Yang manakah ayat yang betul? Terima kasih | Kata sendi nama 'di' digunakan khusus di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat. Kata sendi nama 'ke' digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat atau arah yang dituju, dan digunakan juga di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan waktu dan masa. Ayat yang betul ialah Kami belum putuskan sama ada hendak bercuti ke Melaka atau ke Johor. | Tatabahasa | 27.02.2013 |
| Ayat manakah lebih tepat digunakan, 'Pihak universiti bersukacita mendapat pengesahan tuan sama ada .... atau 'Sukacita pihak universiti ingin mendapat pengesahan tuan sama ada menerima tawaran.....' | Puan, Yang betul ialah : Dengan sukacitanya pihak universiti ingin mendapat pengesahan sama ada tuan menerima tawaran ... | Tatabahasa | 08.11.2010 |
| SAMA ADA ATAU SAMADA | SAMA ADA | Ejaan | 09.03.2011 |
| perkataan sama ada jauh atau dekat | Perkataan sama ada yang merupakan kata majmuk berbentuk rangkai kata umum dieja sebagai dua perkataan. Rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. | Ejaan | 19.03.2008 |
| Dalam usaha untuk membaiki taraf hidup pekerja , sama ada di sektor awam atau swasta , kemampuan majikan sahaja tidak memadai. Dalam usaha untuk membaiki taraf hidup pekerja , sama ada di sektor awam atau DI SEKTOR swasta , kemampuan majikan sahaja tidak memadai. MUNSYI, MANAKAH SATU AYAT LEBIH SESUAI? tk | Dalam usaha untuk membaiki taraf hidup pekerja , sama ada di sektor awam atau di sektor swasta , kemampuan majikan sahaja tidak memadai. | Tatabahasa | 11.04.2012 |
| samada atau sama ada yang betul dalam penggunaan bahasa? | Ejaan yang betul ialah sama ada. | Ejaan | 07.10.2011 |
| kata sama ada, sekali gus ialah kata majmuk atau bukan? | Sdr. Yu, sama ada dan sekali gus bukan kata majmuk | Tatabahasa | 24.05.2010 |
| Ingin tahu ejaan betul untuk "sama ada". Tkasih | Ejaannya betul seperti yang diberikan : sama ada. | Ejaan | 24.12.2009 |