Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Karyawan ; Ensiklopedia ; Direktori Karyawan ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Khidmat Nasihat
Soalan Jawapan Jenis Soalan Tarikh Soalan
MAKSUD SASTERAWAN NEGARA DAN CIRI-CIRI SEORANG SASTERAWAN NEGARASasterawan Negara ialah sasterawan yang telah menerima Anugerah Sastera Negara daripada Kerajaan Malaysia. Anugerah ini merupakan penghormatan tertinggi kerajaan terhadap sasterawan yang telah menberikan sumbangan yang besar terhadap perkembangan kesusasteraan kebangsaan. Sehingga kini seramai sembilan orang sasterawan yang telah menerima anugerah tersebut, iaitu Keris Mas, Shahnon Ahmad, Usman Awang, A. Samad Said, Arena Wati, Muhammad Haji Salleh, Noordin Hassan, Abdullah Hussain dan S. Othman Kelantan.Lain-lain26.11.2007
pendapat sasterawan negara seperti a.samad said,usman awang,shahnon ahmad tentang sastera atau makna atau pendapat mereka tentang sasteraPendapat sasterawan negara (seperti nama-nama yang dinyatakan) tentang sastera boleh dirujuk pada buku terbitan DBP berjudul Ucapan Penerima Anugerah Sasterawan Negara - SASTERA DAN KEMANUSIAAN. Buku tersebut boleh dibeli di Kedai Buku Koperasi DBP, Kuala Lumpur, Pejabat-pejabat DBP Wilayah (Timur - di Kota Bharu, Kelantan atau Utara - di Bukit Mertajam, Pulau Pinang atau Selatan - Larkin Perdana, Johor Bahru) atau boleh dirujuk di Pusat Dokumentasi Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.Lain-lain09.02.2008
Sasterawan Negara dalam bahasa InggerisSasterawan NegaraEjaan30.05.2011
senarai nama sasterawan negara keseluruhanSenarai nama Sasterawan Negara ialah: 1. 1981 - Keris Mas (Kamaludin Muhamad) 2. 1982 - Dato' Shahnon Ahmad 3. 1983 - Dato' (Dr.) Usman Awang 4. 1985 - Datuk (Dr.) A. Samad Said 5. 1987 - Arena Wati (Muhamad Abdul Biang) 6. 1991 - Prof. Dr. Muhammad Haji Salleh 7. 1993 - Dato' Noordin Hassan 8. 1996 - Dato' Abdullah Hussain 9. 2003 - S. Othman Kelantan (Syed Othman Syed Omar)Lain-lain11.11.2007
Saya membeli buku Mutiara Kata Sasterawan Negara (2005) terbitan DBP. Seorang guru Bahasa Melayu berkata, tajuk itu silap. Yang betul ialah Kata-kata Mutiara Sasterawan Negara. Mohon hujah untuk mempertahankan ungkapan mutiara kata dalam tajuk itu.Ungkapan Mutiara Kata merupakan kata majmuk yang berbentuk kiasan atau simpulan kata.  Tatabahasa23.02.2009
Apakah syarahan Agung Sasterawan Negara,anjuran KALAM,JKKN dan DBP di Dewan Bahasa dan Pustaka,15 Disember 2009,SN Prof. Dr. Muhammad Haji Salleh?Saya ingin menjadikan sesetengah syarahannya untuk digunakan dalam kerja kursus saya.Untuk makluman Syarahan Agung Sasterawan Negara tersebut dianjurkan oleh KALAM dengan kerjasama DBP.  Yang ada maklumat tentang program ini ialah KALAM.  Saudara boleh menghubungi KALAM atau setiausahanya En. Taib Nordin di DBP Sarawak 082-227030.Sastera13.08.2014
Apakah pandangan DBP tentang penggunaan perkataan cikgi untuk guru wanita dan saterawati untuk sasterawan wanita?Sehingga kini istilah cikgu digunakan untuk guru lelaki dan wanita begitu juga dengan istilah sasterawan. Belum ada perbezaan kedua-dua istilah tersebut untuk merujuk kepada perbezaan jantina.Makna19.09.2009
soalan kefahaman Pemikiran sasterawan negara yang terungkap dalam karya sastera menyentuh pelbagai aspek kehidupan akan banyak memberikan kesedaran kepada orang ramai sekirannya mereka membaca,memahami dn menghayati pemikiran tersebut untuk dimanfaatkan dalam kehidupan masyarakat majmuk di malaysia. Sejauhmanakah anda bersetuju dengan pernyataan tersebut? Bagaimanakah jawab soalan ini??Bagi menjawab pertanyaan tersebut, tuan perlu menyatakan persetujuan terhadap pernyataan yang dikemukakan dengan bukti-bukti persoalan tersebut. Tuan perlu mengupas berkenaan pemikiran sasterawan Negara melalui karya yang dihasilkan. Persetujuan tuan perlu berkaitan dengan kehidupan masyarakat majmuk. Tuan perlu banyak membaca karya sasterawan Negara dan mencari kekuatan hasil sastera untuk memberi kesedaran kepada pembaca.Tatabahasa25.10.2013
Mohon untuk mendapatkan karya-karya sasterawan tempatan yang bertemakan keamanan, khususnya yang berkaitan dengan peperangan dan konflik. Sekian, terima kasih.Kami cadangkan tuan berhubung terus dengan Pusat Dokumentasi Melayu (PDM), DBP untuk mendapatkan karya tersebut. Sila hubungi pustakawan Encik Hiezam Hashim, 03-21479657/izmmh@dbp.gov.my, Puan Aimi Umaimah, 03-21479632/aimi@dbp.gov.my dan Puan Che'Ros Rahim, 21479631/ros@dbp.gov.my.Lain-lain04.03.2014
Saya ingin mendapatkan kata-kata sarjana / sasterawan mengenai elemen sastera "unsur kejahilan" yang digunapakai dalam novel.

 

Sdr., soalan yang dikemukakan oleh sdr. memerlukan kajian yang lebih khusus. Walau bagaimanapun, bagi membantu sdr  menyelesaikan tugasan ini, sdr perlu datang ke Pusat Dokumentasi Melayu, DBP untuk membuat rujukan .Untuk makluman, keahlian Rakan Dewan terbuka kepada individu rakyat Malaysia berumur 18 tahun ke atas. Keterangan tentang Rakan Dewan dan borang keahlian boleh didapati di laman DBP di bawah menu Perkhidmatan. Saudari boleh menggunakan kemudahan KAWAT DBP untuk mencari bahan yang diperlukan. Sila kunjungi atau hubungiPusat Dokumentasi Melayu di talian 03-2148 3541/3540 sekiranya sdr. memerlukan maklumat  lanjut. 

Sdr. juga boleh menggunakan enjin carian Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM). RPPM merupakan satu cara lain untuk membuat rujukan atau  mendapatkan makna kata, istilah, peribahasa dan sebagainya. Sila layari http://prpm.dbp.gov.my dan memasukkan maklumat yang ingin dicari dalam ruang yang disediakan dan klik "cari".

Selain itu, sdr. juga boleh mendapatkan buku-buku berkaitan di Kedai Buku Koperasi DBPBerhad, Tingkat Bawah Menara DBP, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur.  No. Telefon 03-2143 3504/03-2143 3505/ 03-2148 5869 dan faksimile 03-2148 7887 atau membuat pesanan dalam talian melalui Syarikat Dawama Sdn. Bhd di talian 03-41079037, e-mel: support@dawama.com dan laman web www.dawama.com

 

Lain-lain24.11.2010
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sasterawan