Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Artikel ; Karyawan ; Puisi ; Ensiklopedia ; Peribahasa ; Universiti Awam ; Kerajaan Malaysia ; Novel ;

 
Khidmat Nasihat
Soalan Jawapan Jenis Soalan Tarikh Soalan
Negara kita stabil dan aman adalah berkat daripada sikap segenap lapisan masyarakatnya yang toleransi. MUNSYI, adakah ayat segenap lapisan adalah salah dalam ayat ini? TKDalam Kamus Dewan edisi keempat, segenap bermaksud seluruh, sekalian, semua. Oleh itu, penggunaan segenap adalah betul dalam ayat yang diberikan. Ayat yang betul ialah: Negara kita stabil dan aman ialah berkat daripada sikap segenap lapisan masyarakatnya yang toleransi.Tatabahasa11.06.2012
Apakah perbezaan antara semua, seluruh, segala dengan setiap?

Menurut Kamus Dewan, semua bermaksud sekalian, segala, segenap, setiap, seluruh. Seluruh bermaksud segenap, seantero, semuanya. Segala bermaksud semua (tiada kecuali), sekalian, seluruh. Walaupun ketiga-tiga kata bilangan ini mempunyai maksud yang sama, kesesuaian penggunaannya bergantung pada konteks ayat. Contoh ayat adalah seperti yang berikut:

1. Semua pegawai tidak dibenarkan bercuti esok.

2. Pekeliling itu sudah diedarkan kepada Pegawai Pendidikan Daerah di seluruh negara.

3. Segala persiapan telah dibuat untuk majlis itu.

Tatabahasa04.03.2014
Apakah perbezaan antara kata bilangan' semua' 'seluruh' dan 'segala' dari penggunaannya. minta tuan berikan contoh ayat bagi setiap kata bilangan tersebut. Terima kasih.

Menurut Kamus Dewan, semua bermaksud sekalian, segala, segenap, setiap, seluruh. Seluruh bermaksud segenap, seantero, semuanya. Segala bermaksud semua (tiada kecuali), sekalian, seluruh. Walaupun ketiga-tiga kata bilangan ini mempuyai maksud yang sama, kesesuaian penggunaannya bergantung pada konteks ayat. Contoh ayat adalah seperti yang berikut:

1. Semua pegawai tidak dibenarkan bercuti esok.

2. Pekeliling itu sudah diedarkan kepada Pegawai Pendidikan Daerah di seluruh negara.

3. Segala persiapan telah dibuat untuk majlis itu.

Makna06.04.2011
apakah yang dimaksudkan dengan seantero?Maknanya ialah seluruh, segenap. Untuk mengetahui makna sesuatu perkataan, sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat.Makna15.10.2008
Salam, saya nak tanya tentang visi ini "SK Sibu Laut Gemilang Terbilang seantero aspek pendidikan" betul atau tidak penggunaan perkataan seantero digunakan pada ayat ini? adakah maksudnya perkataan tersebut tidak salah?Seantero bermaksud seluruh atau segenap. Pada pandangan kami isunya di sini bukanlah perkataan seantero tetapi frasa seantero aspek pendidikan. Pendidikan bermaksud perihal mendidik apabila di digabungkan perkataan seantero aspek pendidikan bermaksud segenap hal mendidik. Oleh itu, kami cadangkan tuan mencari perkataan lain yang sesuai digandingkan perkataan seantero seperti seantero Sibu.Tatabahasa05.01.2013
Salam, Apakah perbezaan penggunaan kata bilangan 'semua' dan 'kesemua'? Terima kasih.Semua bermaksud sekalian dan segala dan semua juga membawa maksud kesemua, iaitu segenap, setiap, seluruh.Tatabahasa04.04.2013
Tuan, Jabatan Arkib Negara Malaysia (ANM) kini sedang dalam proses membangunkan aplikasi Online Finding Aids (OFA). Penggunaan OFA membolehkan capaian bahan arkib kini tersedia diakses oleh segenap lapisan masyarakat tanpa had waktu, tempat dan ketika. Penyelidik dalam mahupun luar negara boleh terus menggunakan OFA semasa melayari Portal ANM pada bila-bila masa. Portal ini akan disediakan dalam dwi bahasa bagi memudahkan penyelidik dari dalam dan luar negara. Namun pihak ANM perlu pengesahan daripada pihak tuan sama ada penggunaan nama aplikasi ini, Online Finding Aids (OFA), boleh digunakan terus dalam versi bahasa Melayu tanpa diterjemahkan. Mohon makluman dan pengesahan daripada pihak tuan. Kerjasama yang diberikan didahului dengan ucapan terima kasih. Sekian. BASYARAH BAHALDIN PEGAWAI ARKIB SEKSYEN PANDUCARI ARKIB NEGARA MALAYSIA TEL:03-62090600 / 765 FAX:03-62014352Aplikasi baharu yang jabatan tuan bangunkan sama seperti kemudahan/khidmat yang DBP sediakan kepada pengguna tanpa batas masa dan wilayah geografi. Pengguna di seluruh dunia boleh akses kepada khidmat kami seperti Pusat Rujukan Persuratan Melayu, Pangkalan Data Korpus dan Khidmat Nasihat DBP secara dalam talian. Dan walaupun penggunanya pelbagai bangsa dan merentas benua, tetapi kita perlu kekal dengan citra kebangsaan dengan memberi nama aplikasi tersebut dalam bahasa Melayu. Oleh itu, Online Finding Units perlu mempunyai padanan dalam bahasa Melayu kerana itulah bahasa rasmi negara.Istilah10.01.2013
salam, bolehkah saudara @ saudari nyatakan ayat contoh untuk membezakan 'semua' dan 'kesemua'? Terima kasih.Semua bermaksud sekalian dan segala dan semua juga membawa maksud kesemua, iaitu segenap, setiap, seluruh. Contoh ayat: 1. Bunga itu merah kesemua; 2. Semua orang akan mati.
Tatabahasa04.04.2013
1.Apakah perbezaan antara "seluruh", "semua" dengan"segala"? 2._____barang di pasar raya itu dijual dengan harga tetap. A. Seluruh B. Setiap C. Semua D. Segelintir ~ sama ada jawapan setiap dan semua boleh diterima dalam soalan ini? Tolong berikan penjelasan. Terima kasih

Menurut Kamus Dewan, semua bermaksud sekalian, segala, segenap, setiap, seluruh. Seluruh bermaksud segenap, seantero, semuanya. Segala bermaksud semua (tiada kecuali), sekalian, seluruh. Walaupun ketiga-tiga kata bilangan ini mempuyai maksud yang sama, kesesuaian penggunaannya bergantung pada konteks ayat. Contoh ayat adalah seperti yang berikut:

1. Semua pegawai tidak dibenarkan bercuti esok.

2. Pekeliling itu sudah diedarkan kepada Pegawai Pendidikan Daerah di seluruh negara.

3. Segala persiapan telah dibuat untuk majlis itu.

Perkataan yang paling tepat digunakan ialah semua.

Tatabahasa24.12.2013
ADAKAH "SELURUH PENDUDUK " TEPAT PENGGUNAANNYA? KALAU TEPAT PENGGUNAAN, KENAPA SELURUH MURID TIDAK BOLEH DITERIMA? MENGIKUT APA YANG SAYA TAHU, SEMUA MURID YANG BETUL PENGGUNAAN. TERIMA KASIH ATAS JAWAPANSeluruh bermaksud segenap, seantero, semuanya. Segala bermaksud semua (tiada kecuali), sekalian, seluruh. Walaupun ketiga-tiga kata bilangan ini mempuyai maksud yang sama, kesesuaian penggunaannya bergantung pada konteks ayat. Contoh ayat adalah seperti yang berikut:

1. Semua pegawai tidak dibenarkan bercuti esok.

2. Pekeliling itu sudah diedarkan kepada Pegawai Pendidikan Daerah di seluruh negara.

3. Segala persiapan telah dibuat untuk majlis itu.

Frasa semua penduduk lebih tepat berbanding daripada frasa seluruh penduduk.

Tatabahasa23.07.2013
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata segenap

Puisi
 

Layang-layang terbang melayang,
     Singgah hinggap di pohon jati;
Marilah wahai kekasih sayang,
     Kekasih kupuja segenap hati.



Lihat selanjutnya...