Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Karyawan ; Puisi ; Ensiklopedia ; Peribahasa ; Multimedia ; Jurnal ; Universiti Awam ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; Novel ; Hasil Penyelidikan ; Dialek ;

 
Khidmat Nasihat
Soalan Jawapan Jenis Soalan Tarikh Soalan
Ayat mana yang betul? A) paling cantik sekali B) sangat cantik sekali C) sungguh cantik sekali D) amat cantik sekali E) tercantik sekali TQ

Ayat yang betul ialah B) sangat cantik sekali C) sungguh cantik sekali D) amat cantik sekali. Ayat A) paling cantik sekali dan E) tercantik sekali salah kerana imbuhan teR- dan kata penguat sekali dan paling sudah menunjukkan darjah penghabisan.  Oleh itu, kedua-dua atau ketiga-tiganya tidak boleh digunakan serentak.  Misalnya, apabila suatu kata adjektif itu telah menggunakan imbuhan teR-, maka kata penguat sekali dan paling tidak perlu lagi. 

Tatabahasa29.03.2010
Sungguh...sekali, amat...sekali, sangat...sekali, paling...sekali bolehkah digunakan bersama-sama.terima kasih.Kata penguat “amat”, “sangat”,sungguh”, dan “begitu” semuanya boleh digunakan serentak dengan kata penguat "sekali". Kata penguat yang tidak boleh digunakan serentak dengan "sekali" ialah "paling" dan "ter " sahaja.Tatabahasa09.08.2009
Helo, saya tak mencari maksud peribahasa yang berikut dalam Kamus Dewan. 1. perempuan perasan, lelaki pemalu Apakah maksudnya? 2. Jangan _________ menyakiti hati ibu kita kerana "syurga itu di bawah telapak kaki ibu." A sekali-sekali B sekali-kali C sesekali

1. Peribahasa yang betul ialah "Perempuan serasan, lelaki pemalu" bermaksud pegangan hidup yang tidak serupa.

2. Jangan _____ menyakiti hati ibu kita kerana "syurga itu di bawah telapak kaki ibu." - jawapannya A. sekali-sekali dan C. sesekali

Tatabahasa21.10.2010
Bolehkah kata penguat amat, sangat, sungguh, dan begitu digunakan secara serentak dengan perkataan sekali? misalnya: (a) amat bising sekali, (b) sangat merdu sekali (c) sungguh hebat sekali (d) begitu indah sekaliKata penguat amat, sangat,sungguh, dan begitu semuanya boleh digunakan serentak dengan kata penguat "sekali". Semua ayat yang anda berikan betul. Kata penguat yang tidak boleh digunakan serentak dengan "sekali" ialah "paling" dan "ter " sahaja. Contohnya, penggunaan kata penguat yang salah dalam ini: Anita gadis tercantik sekali di dalam kelasnya. Harap maklum.Tatabahasa21.09.2006
Adakah penggunaan frasa "sungguh cantik sekali', "amat tinggi sekali", "sangat mahal sekali" betul?Penggunaan ter- dan 'paling' sahaja tidak dibenarkan. Contohnya paling cantik sekali atau tercantik sekali. Terima kasih.Tatabahasa29.09.2006
Sangat, amat, sungguh adalah penguat bebas. Bolehkah kata ini digunakan bersama 'sekali'. Contohnya 'sangat cantik sekali' , 'amat tampan sekali' dan seumpamanya?Ayat tersebut betul kerana apabila perkataan "amat, sungguh, sangat + kata adjektif + sekali" adalah betul dari segi tatabahasanya. Contohnya, "Suaranya amat merdu sekali, Salmah sangat baik sekali".Tatabahasa13.09.2006
bagaimana hendak menentukan kata penguat yang boleh digunakan serentak? contohnya, adakah betul a. AMAT CANTIK SEKALI. b. CANTIK SEKALI. DLLCara penggunaan darjah penghabisan serentak adalah seperti yang berikut : amat cantik sekali, sungguh cantik sekali, sangat cantik sekali. Binaan paling + kata adjektif tidak perlu diikuti oleh sekali sebab binaan ter-, paling dan sekali masing-masing sudah membawa maksud darjah penghabisan. Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 246.   Tatabahasa13.03.2008
Ada pendapat yang mengatakan bahawa kata penguat bebas iaitu sangat,amat dan sungguh boleh digunakan serentak dengan kata penguat belakang sekali, contohnya sangat cantik sekali, amat hebat sekali dan sungguh mahal sekali. Namun dalam kebanyakan penerbit buku rujukan masih tidak menerima pendapat ini kerana latihan yang diberikan dalam keluaran mereka semuanya menyatakan penggunaan kata penguat seperti di atas adalah salah. Jadi, apakah nasihat kita kepada para pelajar kita dan apakah pendirian DBP dan Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia dalam hal ini?Kalau pendirian DBP dan KPM bercanggah, pendirian siapakah yang patut kami ikut?

Menurut buku tatabahasa Dewan Edisi Ketiga yang merupakan buku rujukan rasmi tentang tatabahasa bahasa Melayu yang diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka, sebuah agensi perancang bahasa di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia menjelaskan bahawa penggunaan kata adjektif dalam darjah penghabisan dapat dilakukan mengikut cara-cara berikut:

i. se+kata adjektif + gandaan + kata nama - sepandai-pandai tupai, sekeras-keras batu  

ii.  ter+ kata adjektif - terpandai,terbaik

iii. paling+kata adjektif - paling lazat, paling cerdik

iv. kata adjektif+ sekali - tinggi sekali, cantik sekali

Binaan ter+kata adjektif tidak perlu diikuti oleh perkataan sekali, begitu juga dengan binaan paling+ kata adjektif kerana ter, paling dan sekali sudah membawa maksud darjah penghabisan.

Awalan ter yang digabungkan dengan kata penguat bebas amat atau sangat dan hadir sebelum kata adjektif merupakan penanda darjah penghabisan. Binaan darjah penghabisan boleh juga menerima kata penguat belakang sekali dengan kata penguat bebas amat, sangat atau sungguh yang hadir sebelum kata adjektif.

Rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 244.     

Tatabahasa24.05.2008
1. AMAT baik sekali / SANGAT baik sekali / SUNGGUH baik sekali......Bolehkah saya menggunakan kata-kata penguat ini bersama-sama dengan SEKALI?? 2. bagaimanakah untuk menggunakan "sementelahan" ?bolehkah saya menggunakannya seperti ini :Sementelahan itu (yang bermaksud 'selain itu' ) Terima kasih... :p

1. Penggunaan kata adjektif dalam ungkapan darjah penghabisan ketiga-tiganya boleh digunakan dengan perkataan "sekali".

2. "Sementelahan" atau "sementelah" bermaksud lebih-lebih lagi, tambahan pula atau apalagi. Contoh ayat: Aku tidak sanggup hendak ke kuala kerana tidak sedap badan sementelahan pula hari hujan.

Tatabahasa17.07.2009
Selamat sejahtera, Saya meminta bantuan pihak dbp tentang penggunaan bahasa malaysia dibawah sama ada boleh diterima atau tidak? 1) sangat cantik sekali 2) amat cantik sekali 3) sungguh cantik sekali sekian terima kasih. TanKetiga-tiganya adalah betul. 1) sangat cantik sekali 2) amat cantik sekali 3) sungguh cantik sekaliTatabahasa21.07.2013
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sekali

Puisi
 

Tebang puan pangkal Jeddah,
     Sekali tebang sekali tumbuh;
Kalau tuan cakap tak sudah,
     Sekali hendak sekali tak ambuh.



Lihat selanjutnya...
Peribahasa
423

News lords, new laws

Apabila perintah baharu atau orang lain berkuasa, maka peraturan baharu pula diperkenalkan.

Sekali air besar (gedang), sekali tepian beranjak (beralih)

''Last year, we didn't even have to pay a single cent for our quit rent. But now, wea are told to pay up,'' I said ''Well, that was last year. Now we have a new government. News lords, new laws,'' replied my boss.

''Tahun lepas kita tak perlu bayar satu sen pun cukai tanah. Tapi sekarang kita kena bayar pula,'' kataku. ''Itu tahun lalu, sekarang kerajaan baharu. Sekali air besar (gedang), sekali tepian beranjak (beralih),'' jawab ketuaku.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu



Lihat selanjutnya...