Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Perkhidmatan ; Artikel ; Puisi ; Ensiklopedia ; Buku ; Peribahasa ; Multimedia ; Jurnal ; Universiti Awam ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; Dialek ;

 
Khidmat Nasihat
Soalan Jawapan Jenis Soalan Tarikh Soalan
Tuan, perkataan semak samun perlu ditulis dengan meletakkan tanda sempang atau tidak? semak-samun atau semak samun?Ejaan yang betul ialah semak samun.Ejaan12.06.2012
semak semula atau semak balik?Yang betul dan gramatis ialah semak semula.Tatabahasa29.07.2010
SEMAK BAHASADilampirkan.Tatabahasa03.12.2012
Semak ejaan bagi "Water Pump Station" dalam bahasa melayu. Yang manakah betul antara berikut: 1. Stesen Pegepam Air 2. Stesen Pengepam Air 3. Stesen Penggepam Air Terima kasih.Terjemahan "Water Pump Station" dalam bahasa Melayu ialah Stesen Pengepam Air.Penyemakan dan penterjemahan18.10.2010
semak ejaan 'siswazahtani' dijauhkan @tidak?Ejaan yang betul ialah siswazah tani.Ejaan16.03.2009
SEMAK EJAAN DISPLIN,PENGWUJUDANEjaan yang betul ialah disiplin dan pewujudanEjaan18.09.2007
Semak bagi "Mai ramai-ramai!" untuk kegunaan poster.Kata mai ialah kata dalam dialek Kedah yang bermaksud datang dan biasanya digunakan dalam komunikasi lisan. Sebagai penggunaan bahasa yang standard dan rasmi terutamanya dalam poster adalah lebih sesuai digunakan ungkapan datang ramai-ramai.Tatabahasa05.12.2006
Komen dan Catatan Kepada Pembekal 1)Pastikan boleh pakai muzik "tema Pink Panther" sebagai muzik efek...ada halangan copyright ke?sila semak. 2)Semak perkataan 'Loklaq"-(Rujuk DBP)Ejaan yang betul ialah LoklakEjaan04.10.2011
Sila semak karang berikut, markah penuh ialah 30. Tajuk : Aku sebatang pen Aku merupakan sebatang pen. Nama aku Pilot. Aku dibuat di sebuah kilang yang diletakkan di Shah Alam. Setelah siap diperbuat, aku dan kawan-kawan dihantar ke sebuah kedai buku. Aku dan kawan-kawan dihantar ke sana dengan sebuah lori. Pekerja kedai buku meletakkan aku di sebuah almari yang bercermin. Aku juga berkenal banyak kawan yang lain di situ. Pada suatu hari, seorang wanita membawa anak lelakinya datang ke kedai buku untuk membeli alat menulis. Anak lelaki wanita itu telah tertarik pada aku. Anak lelaki iut membelek-belek aku dan meminta ibunya membeli aku. Wanita itu telah membeli aku dengan harga RM1.50. Aku dibawa balik ke rumah mereka. Rupa-rupanya, tuan aku ialah seorang murid sekolah rendah dan bernama Beng Hung. Tuanku menggunakan aku untuk membuat kerja rumah di sekolah. Tuan aku menjaga aku dengan berhati-hati semasa menggunakan aku. Aku bersyukur kerana mempunyai seorang tuan yang baik. Aku berharap aku boleh bekhimat tuanku selama-lamanya.Untuk makluman, soalan puan adalah di luar skop perkhidmatan kami. Khidmat Nasihat DBP  (KNDBP) membantu pengguna menyelesaikan pelbagai masalah penggunaan bahasa Melayu seperti ejaan Rumi dan Jawi, perkataan dan istilah serta penyemakan bahasa. KNDBP juga turut melayan pertanyaan yang berkaitan dengan aktiviti sastera, penerbitan dan korporat. Untuk semakan dan pemarkahan karangan sila rujuk guru bahasa Malaysia di sekolah puan. Dan untuk semakan sendiri sila rujuk buku Tatabahasa Dewan kerana banyak ditemukan kesalahan dalam ayat tersebut termasuklah penggunaan kata terbitan yang tepat dan ejaan.Tatabahasa06.04.2013
Mohon semak ayat yang mana lebih tepat dan sesuai bagi penggunaan tema berikut: "Kelestarian Komoditi Menjamin Masa Depan" atau "Kelestarian Komoditi Untuk Masa Depan Yang Lebih TerjaminUntuk makluman saudara lestari bermaksud kekal dan lazimnya digunakan dalam konteks alam sekitar dan perhutanan. Namun begitu penggunaan perkataan lestari boleh diperluaskan kepada bidang yang lain selagi bertepatan dengan maksud "kekal"nya itu. Dalam hal ini kami berpandangan frasa kelestarian komoditi tidak sesuai kerana komoditi sesebuah negara mesti ditingkatkan atau bertambah dari semasa ke semasa dan bukannya dikekalkan. Sila gantikan dengan perkataan lain yang lebih tepat maknanya. Dalam konteks perkataan yang lain tema yang pertama lebih sesuai kerana lebih ringkas dan mudah diingati
Tatabahasa26.02.2013
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata semak-semak

Puisi
 

Di dalam semak ada kebun,
     Di dalam kebun ada bunga;
Di dalam gelak ada pantun,
     Dalam pantun ada makna.



Lihat selanjutnya...