Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Artikel ; Karyawan ; Puisi ; Ensiklopedia ; Jurnal ; Kerajaan Malaysia ; Dialek ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Khidmat Nasihat
Soalan Jawapan Jenis Soalan Tarikh Soalan
Apakah perbezaan perkataan Sejak dan Semenjak? Adakah Sejak merupakan sinkof bagi Semenjak?Sejak dan semenjak sama sahaja maknanya. Kata sejak menerima sisipan em menjadi semenjak.Tatabahasa22.12.2011
sejak dan semenjakSoalan tidak jelas. Adakah saudara maksudkan makna sejak dan semenjak? Sejak dan semenjak mempunyai makna yang sama iaitu bermula dari , mulai. Sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat.Makna25.07.2011
Assalamualaikum, tolong jelaskan perbezaan penggunaan sejak dan semenjak.Sejak dan semenjak membawa maksud bermula dr, mulai atau dari. Kedua-duanya membawa pengertian atau maksud yang sama. Terima kasih. Makna08.10.2008
Apakah perbezaan penggunaan: 1. sejak - semenjak 2. telah - sudah 3. abstrak - mujaradBerdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, sejak merujuk semenjak, yang bermaksud perkataan semenjak merupakan istilah yang lebih baku.  Perkataan telah dan sudah,  kedua-duanya sama maksud.  Perkataan abstrak dan mujarad membawa maksud yang sama. Abstrak merupakan kata pinjaman daripada bahasa Inggeris, manakala mujarad daripada bahasa Arab.  Istilah15.03.2009
Apakah perbezaan di antara "Sejak" dengan "Semenjak"?Sejak dan semenjak mempunyai maksud yang sama, iaitu bermula dari, mulai dan dari. Dalam Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, sejak atau semenjak ialah kata sendi yang membawa maksud penanda waktu atau masa dan digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama. Contohnya: Hasnah sentiasa sugul sejak/semenjak kematian ibunya.Tatabahasa24.03.2014
Ada perbezaankah antara 'sejak' dengan 'semenjak'? Saya semak dalam kamus dewan lebih kurang sama tetapi soalan objektif PMR meletakkan pilihan sejak dengan semenjak, yang manakah jawapannya?Sejak dan semenjak membawa maksud bermula dari, mulai atau dari. Kedua-duanya membawa pengertian atau maksud yang sama.Tatabahasa24.05.2010
Selamat sejahtera, Soalan 1: Apakah perbezaan dalam penggunaan antara perkataan "sejak" dengan perkataan "semenjak"? Soalan 2: "Digantung sekolah" atau "digantung persekolahan", yang mana satu betul? Terima kasih! =)

1. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, sejak dan semenjak mempunyai maksud yang sama, iaitu bermula dari, mulai, dari. Dalam Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, sejak atau semenjak ialah kata sendi yang membawa maksud penanda waktu atau masa dan digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama. Contohnya: Hasnah sentiasa sugul sejak kematian ibunya atau Hasnah sentiasa sugul semenjak kematian ibunya.

2. Digantung sekolah

Tatabahasa16.07.2011
Bolehkah dua kata sendi nama bergabung seperti "semenjak dari" dan "seperti di".Kata semenjak bermaksud bermula dari, oleh itu tidak perlu lagi diikuti dengan kata dari. Kata seperti bermaksud sama halnya, kata sendi nama di hadapan kata nama atau frasa nama, oleh itu seperti boleh diikuti dengan kata sendi di (dalam frasa nama).Tatabahasa20.01.2011
Mana yang betul? 1.Ali berasa _____ semenjak isterinya meninggal dunia. kesepian / sepi / kedua-dua boleh diterima 2.Para penonton terpesona _____ kehebatan Abu mendeklamasi sajak. oleh / dengan /kedua-dua boleh diterima1. Ali berasa sepi semenjak isterinya meninggal dunia. atau Ali kesepian semenjak isterinya meninggal dunia
2. Para penonton terpesona oleh/dengan kehebatan Abu mendeklamasi sajak.
Tatabahasa09.07.2012
Yang mana ayat yang betul antara "Sebab itu semenjak mereka masih kecil lagi kedua-dua adik-beradik itu telah diajar supaya taat beragama" atau "Sebab itu semenjak mereka masih kecil lagi kedua-dua beradik itu telah diajar supaya taat beragama"

Kedua-dua ayat contoh yang diberikan itu tidak tepat dari segi tatabahasa. Ayat tersebut tergantung, tiada subjek dan tidak lengkap.

Tatabahasa29.10.2009
Tesaurus
 
semenjak (kata tugas)
Bersinonim dengan mulai dari, sejak, bermula dari, sedari, setarek.,

Puisi
 

Burung merpati terbang sekawan,
     Terbangmari ke awan biru;
Semenjak berkasih dengan tuan,
     Siang malam menanggung rindu.



Lihat selanjutnya...