[se.mut] | سموت
Definisi : sj serangga yg merayap; jenis-jenisnya: ~ api sj semut, Tetraponera rufonigra; ~ gajah sj semut, Camponotus gigas; ~ gula sj semut, Monomorium pharaonis; ~ kayu sj semut yg besar dan hitam (yg mengorek kayu), Camponotus herculaneus; ~ kerengga sj semut, Oecophylla smaragdina dll; ~ dipijak tidak mati, gajah diharung ber-gelimpangan = ~ terpijak tidak mati, alu terharung patah tiga prb perihal jalan se-orang perempuan yg baik lagi teratur (tidak terlalu lambat dan tidak terlalu cepat); ~ gatal nak gonggong gunung bagaimana dunia takkan sunyi prb perbuatan yg bukan-bukan; di mana ~ mati kalau tidak dlm gula = mati ~ kerana gula prb manusia itu akan tertipu dgn pujuk rayu; umpama ~ mempersembah-kan paha belalang kpd raja prb pemberian yg amat sedikit; semut-semut berasa kebas kerana lama ter-tekan dll (bkn kaki dan tangan), berasa senyar; menyemut berkerumun dgn ramainya, menge-lilingi sesuatu dgn ramainya: ia tidak berkejar ke sana kerana orang telah ~ di sana; semut-semutan, kesemut-semutan, kesemutan semut-semut: sekejap-sekejap dia bangun berjalan kerana menghilangkan kesemutan di kakinya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[se.mut] | سموت
Definisi : pd anggota badan kerana lama terhimpit dsb. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
[se.mut] | سموت
Definisi : ~ orang di sepanjang jalan itu. kesemutan, semut-semutan berasa kebas (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
[se.mut] | سموت
Definisi : berbagai-bagai jenis serangga kecil yg merayap. ~ api Tetraponera rufonigra. ~ gajah Camponotus gigas. ~ gula Monomorium pharaonis. ~ kerengga kerengga, Oecophylla smaragdina. menyemut banyak spt semut; berkerumun (berduyun-duyun); banyak sekali: (Kamus Pelajar Edisi Kedua)